Dia menuju ke arah suaminya yang sedang membasuh tangan. Tak berkelip dia memandang suaminya. Tengok dari tepi pun dah segak! Dari kata lainnya, tengok dari sudut mana pun, suami dia mesti akan kelihatan segak!

"Tak nak ambil gambar ke? Nanti boleh letak bawah bantal. Buat teman tidur." Penuh sarkastik ayat yang dituturkan oleh Ayden. Bibirnya dihiasi dengan senyuman sinis.

"Saya tak buat macam tu pun awak memang akan selalu teman saya tidur la," cebik Airish. Suami dia lupa ke yang mereka berdua memang tidur sebilik? Cara cakap tu macam mereka ni tidur berasingan pula.

"Sebab budak kecil tu selagi aku tak peluk, selagi tu la tak nak tidur," ujar Ayden sinis. Seronok juga dapat perli isteri comelnya itu.

Airish mendengus tidak suka. Tidak suka bila diusik seperti itu. Bukan apa. Dia malu! Bila diingatkan balik, kadang-kadang dia rasa yang dia ni mengada pun ada. Macam mana la suami dia boleh tahan dengan perangai dia.

"Dahlah... Saya nak pergi basuh baju," rajuknya sebelum meninggalkan Ayden yang masih galak menyakatnya. Lebih baik dia pergi basuh pakaian. Ada faedahnya juga. Pagi nanti dia hanya perlu jemur je. Dah tak perlu susah-susah nak basuh bagai.

Pakaian kotor yang berada di dalam bakul diambil satu persatu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Apabila dia mengangkat bajunya yang dipakai ketika pergi ke supermarket semalam, ada sesuatu yang terjatuh dari poket bajunya.

"Sampul surat?" gumamnya sambil mengerutkan dahinya. Dari mana pula datang sampul surat ni? Rasanya itu bukan milik dia. Tapi macam mana boleh ada dalam poket baju dia?

"Buka nantilah." Dia kembali menyiapkan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sampul surat itu pula dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Nasib baik muat!

"Tesoro," panggil Ayden sambil menghampiri isterinya. Belakang badan Airish dipandang.

Airish buat tak layan dengan panggilan suaminya. Pandai sangat usik dia tadi. Nak-nak pula suami dia tu tak habis-habis dengan senyuman sinis dan ayat sarkastik dia tu.

"Sayang..." Sekali lagi, Ayden menyeru isterinya. Kali ini sekali dengan pakej suara yang penuh merdu dan romantis!

Kejung terus tubuh Airish. Aduh! Masa ni juga la suami dia nak bersayang bagai. Bukan dia tak suka tapi... macam tak kena je dengan situasi.

Sekarang ni dia nak lancarkan perang yang tak berapa dingin kot dengan Ayden! Kalau macam ni gayanya, memang tak jadi la dia nak buat-buat tak layan Ayden. Rasa nak terus melompat masuk dalam pelukan Ayden je.

"Apa?" soalnya sepatah. Semampu mungkin dia cuba untuk menutup perasaan terujanya. Macam boleh rasakan je rama-rama yang tengah berterbangan di dalam perutnya!

Tatkala suaminya tidak membalas pertanyaannya, dia memusingkan badannya. Terbeliak matanya apabila terpandang tubuh suaminya yang hanya dibaluti tuala yang dililit di pinggang.

Melihatkan rambut suaminya yang messy itu masih kering, dia dapat mengagak yang suaminya mahu mandi. Tapi kenapa turun bawah lagi ni? Kenapa tak mandi dulu dekat atas? Bilik mereka pun bukannya tak ada bilik air.

"Anything wrong with my body, huh babygirl?" Ayden tersenyum senget apabila mata isterinya masih melekat di dada bidangnya. Sengaja dia turun bawah sekejap.

Berbahang muka Airish apabila ditegur. Dah macam udang kena bakar je rasanya muka dia saat ini. Panas!

"Err ya... Eh maksud saya tak!" Pipinya yang tidak gatal digaru. Dah macam orang tak betul dah. Kejap cakap tak, kejap cakap ya.

Makin tak senang duduk dia dibuatnya saat suaminya semakin mendekati dirinya. Gelabah teruk! Jantung dia pun dah buat hal! Berdegup macam dah tak ada hari esok. Alahai!

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now