Rasanya inilah kelebihan dirinya.

Dompet yang dipegangnya dilihat, dari segi jahitan, dia sudah tahu yang pengerusi kelasnya itu menjahit Dompet itu sendiri.

Kalau aku bukak ada apa kat dalam tu, ada gambar girlfriend dia ke..?

Eh y/n jangan bukak, bukan milik kita. Pesan y/n pada diri sendiri.

Sedang dia bersembunyi disebalik pokok itu, baju sekolahnya tersangkut pada basikal tanpa dia sedar.

Susuk tubuh mitsuya yang dicarinya tidak dijumpai, mungkin kerana terlalu ramai orang.

Ala aku tak dengar la apa dia cakap tu.. Kata y/n dalam hati melihat seorang lelaki be rambut blonde yang sedang memberi ucapan.

Dengan perlahan lahan dia berjalan ke hadapan sedikit, mahu dengar apa yang diucapkan oleh lelaki itu.

Disebabkam bajunya yang tersangkut, basikal itu terjatuh, sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Lelaki berambut blonde itu menghentikan ucapannya. "siapa tu?" katanya.

"biar aku pergi check" kata sesorang.

Mitsuya terus menuju ke arah pokok yang menghasilkan bunyi itu.

Wajahnya terkejut Namun masih tenang melihat y/n yang sedang gelabah menarik bajunya yang tersangkut itu.

Mitsuya tersenyum sebelum menolong y/n membetulkan bajunya yang tersangkut itu.

Y/n terkejut melihat sesorang tiba tiba ada di sebelahnya, yang membuatkan dia lebih terkejut ialah orang itu merupakan orang yang dicarinya.

Akhirnya dengan bantuan mitsuya, baju y/n yang tersangkut itu akhirnya sudah tidak tersangkut pada basikal.

" arigatou." ucap y/n.

" kau tak sepatutnya ada kat sini, apa kau buat kat sini?" tanya mitsuya perlahan Dan lembut.

Hampir saja y/n cair seperti aiskrim yang cair disitu.

"oh er nah, terjatuh tadi." y/n yang tersedar dari lamunanya itu cepat cepat menghulurkan Dompet.

Wajah mitsuya tersenyum gembira. "arigatou." kata mitsuya mengambil Dompet yang dihulur oleh y/n.

"kau boleh balik tak? , nak aku-"

Belum sempat dia bertanya, y/n terus mengayuh basikal meninggalkan mitsuya.

Mitsuya yang baru muncul itu dipandang seluruh touman.

"lama nya, ada apa belakang pokok tu..?" tanya draken.

" takde apa apa pun. Ada kucing comel je." kata mitsuya tersenyum sambil tangannya memegang Dompet itu.

Siapa diorang tu, apa diorang buat pakai baju semua hitam macam tu...

Bermacam macam soalan masuk ke dalam fikiran y/n sambil dia mengayuh basikal nya itu.
_____________

Y/n membetulkan ikatan rambutnya.

Barang barang yang sudah diisi di dalam kotak itu diangkutnya.

Dia berjalan sambil membawa kotak itu turun ke tingkat bawah rumahnya.

" onesan!" jerit adiknya, shiro berlari ke arahnya.

Shiro terus memeluknya erat.

"nande shiro?" tanya y/n.. Hampir terjatuh dia kerana adiknya memeluknya tiba tiba dengan erat.

"tengok la shoji tu!!" kata shiro menunjuk ke arah adik kembarnya shoji.

Kelihatan wajah shoji penuh dengan dakwat marker pen berwarna warni.

Shoji dengan sengaja membuat gaya seperti hantu menuju ke arah shiro si abang yang memeluk y/n erat.

" shoji!! Yameru! " kata y/n.

Mendengar itu shoji mengeluh.

" ala shiro, awak ni lemah la. Itu pun nak takut." kata shoji kepada abang kembarnya itu.

Y/n sebenarnya mahu tergelak melihat muka adiknya penuh dengan dakwat marker pen, tapi cepat cepat dia cover.

Shiro menjelir lidah kepada shoji, yang menggelarnya lemah itu.

" budak budak, jom breakfast! " panggil kakak sulungnya, kayoko dari arah dapur.

Y/n yang membawa kotak itu segera menuju ke pintu rumah.

Kotak yang dipegang terus diletakkan ke dalam bonet kereta sebelum dia menuju semula ke arah dapur.

Kelihatan kakaknya yang memakai apron itu sedang sibuk menuang air ke dalam cawan adik adiknya.

Walaupun mereka ada maid, keluarga mereka tidak suka hanya bergantung pada orang.

" jiro mana?" tanya y/n.

" ade tu, dia pergi tandas kot." kata kakaknya tanpa memandang y/n.

" kamu ni tak nak makan dulu ke, kalau nak pergi pun..?" tanya kakaknya, kini memandang adiknya itu.

" tak nak lah. Y/n boleh makan kat situ nanti." kata y/n.

Matanya memandang jiro yang baru keluar dari tandas itu, rambutnya yang basah itu digosok gosok dengan tuala kecil . Patutla rakan rakannya minat dengan jiro.

"jom jiro" panggil y/n lalu terus berjalan menuju ke pintu rumahnya.

"bye bye!" jerit y/n teruja kepada adik adik serta kakaknya itu.

" bye bye byee byee!!" sambung shiro Dan shoji pula me jerit satu rumah boleh dengar.

Kakaknya hanya menggeleng kepala perlahan.

Apa lah nasib aku adik adik macam ni.. Katanya dalam hati sambil tersenyum.

_________

Y/n meletakkan kotak itu diatas meja.

Usai sahaja berbual dengan nenek nenek yang ada disitu, kini tiba masanya untuk pulang.

Memang rutin hariannya pada hari cuti dia akan ke rumah orang tua atau rumah anak yatim meluangkan masa bersama mereka.

Tetapi atas arahan ayah tirinya, dia terpkasa memakai pelitup muka agar orang yang bermusuh dengannya tidak melakukan apa apa kepada dirinya.

" nanti datang lagi y/n! Nenek buat biskut untuk kamu lain kali!" pesan nenek yang paling dia rapat melambai lambai ke arahnya .

Lambaian nenek itu dibalas.

Dia kemudian berjalan kaki menuju ke kereta yang dipandu jiro yang diparkir jauh dari rumah orang tua itu.

Sengaja dia suruh parking jauh jauh, risau musuh ayahnya mengekori kereta mereka.

" haaa bagi la aku luna!! Aku nak lolipop tu!" kedengaran suara budak perempuan menangis.

"ishhhhh ni lolipop aku la mana! Pergila beli sendiri!" kata seorang lagi.,

"aku takde duit!" kata gadis yang dipanggil mana itu

"nah." y/n menghulurkan satu lollipop berperisa strawberi kepada gadis yang bernama mana itu.

Badannya ditundukkan sedikit biar sama ketinggian dengan gadis gadis itu.

"arigatou" kata mana yang sudah berhenti menangis itu. Tangannya mencapai lollipop yang dihulur y/n.

" mak ayah luna dengan mana dekat mana?" tanya y/n tersenyum mesra
Dia membetulkam topi yang dipakainya.

" eh luna, mana, kan dah cakap jangan layan orang yang tak kenal.." tegur sesorang membuatkan y/n yang menunduk memandang gadis itu mengangkat muka.

Kelihatan mitsuya yang memegang anak patung itu memandangnya.

"eh ohayou, y/n!" tegur mitsuya mesra,melihat rupanya y/n yang bercakap dengan adik adiknya .

Dia kenal nama aku? Takashi mitsuya kenal nama aku? Aarhhhhhhh

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang