Twenty Two

221 27 51
                                    

" lepastu rasanya belok sini" arah y/n. Jarinya laju menunjukkan ke arah kiri. Sementara tangan kanannya memegang erta bahu mitsuya.

Motor mitsuya laju membelok ke arah kiri. " okay lepastu hmm straight!" kata y/n setelah melihat kertas kecil yang mempunyai peta itu.

Setelah mitsuya memandu motornya jalan terus seperti diarahkan y/n.. Mereka akhirnya tiba.

Y/n yang tersenyum itu hilang senyuman melihat apa yang ada di hadapannya.

Kelihatan tanah perkuburan yang besar berserta banyak kubur didalamya.

Y/n hilang kata. Dia hanya berdiri tercegat di hadapan motorsikal mitsuya.

Mitsuya pula sudah memandang y/n penuh risau dan rasa bersalah yang mendalam.

"ey.. Dia prank je ni." kata y/n tergelak kecil palsu berharap apa yang berada di dalam fikirannya hanyalah prank semata mata.

Langkahnya terus berjalan melepasi pagar yang terbuka itu.

Kertas kecil itu dilihatnya sekilas.

" dia tulis kat sini... Sebelah pokok. " kata y/n perlahan.

Mitsuya pula sudah memegang tangan y/n membuatkan y/n yang berjalan itu menoleh.

"y/n-"

" apa? Alah dia prank je ni. Kita layankan ajelah." kata y/n memandang mitsuya sambil tergelak kecil.

Tangannya yang dipegang mitsuya ditarik perlahan sebelum terus berjalan menuju ke sebuah pokok besar yang redup itu.

Kubur kubur yang berada di tepi diperhati setiap satu sambil berjalan dengan penuh hati hati sebelum akhirnya dia tiba di sebuah kubur di tepi pokok itu.

Nama yang berada di batu Lisan kubur itu membuatkan dia sekali lagi hilang kata. Matanya dengan laju tidak sempat sesaat sudah bergelinang beribu air mata.

Jelas lagi tertera nama yang tertulis di batu lisan itu merupakan nama orang yang tercari carinya seumur hidup.

" y/n -"

" 11 tahun lepas... Maksudnya setahun lepas tu mak aku kahwin dengan ayah tiri aku."

katanya perlahan memotong percakapan mitsuya yang baru tiba itu.

Air mata yang tidak berhenti jatuh itu tidak menghalangnya untuk tersenyum. Dia tersenyum sambil menangis.

Melihat itu, mitsuya berasa amat bersalah. Sangkanya ini semua salahnya.

" y/n.. Aku- aku minta maaf.. Aku-"

"mitsuya. Boleh... Boleh aku peluk kau..?" tanya y/n memotong percakapan mitsuya sekali lagi.

Y/n tergelak kecil sambil mengelap air matanya. " gomen.. Aku melebih pulak. Aku -"

Mitsuya terus memeluk y/n perlahan. Sebaik sahaja berada di dalam dakapan mitsuya membuatkan air mata y/n bertambah banyak dan semakin laju berderai.

Entah kenapa pelukan mitsuya membuatkan dia merasa seperti dia memeluk ayah kandungnya.

Mereka berdua tidak berkata apa apa selain hanya memeluk antara satu sama lain sementara esak tangis y/n jelas kedengaran.

Rambut y/n diusap mitsuya perlahan.

Sedang y/n menangis akhirnya sedikit sebanyak dia teringat yang dia pernah bersama dengan ayah kandungnya.

*flashback

" huwaaaaa! Ayah! Tengok kayoko!" kata y/n sambil menangis teresak esak.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now