Eight

245 26 45
                                    

Tangan y/n memegang kuat totebagnya sementara menunggu jiro di hadapan sekolah.

Matanya pula seperti biasa, fokus memandang orang di sekeliling.

" y/n" tegur mitsuya yang baru sahaja tiba.

Y/n menoleh tersenyum memandang mitsuya tanpa berkata apa apa.

"kau....etto-nak balik dengan aku..? Aku boleh hantarkan. Lagipun.. Er.. Kan kau nak jaga adik aku nanti." kata mitsuya.

Matanya memandang y/n dengan teragak agak.

Sejak bila pula mitsuya malu malu ni. Tanya y/n dalam hati.

" takpelah. Aku tak nak susahkan kau. "kata y/n lembut.

Mitsuya mengangguk Namun tidak beredar. Sebaliknya dia hanya kekal berdiri di sebelah y/n.

" kau.. Er.. Tak nak balik.. Lagi ke..? " tanya y/n pada mitsuya. Sepatutnya mitsuya sudah boleh pergi ke motorsikal miliknya.

" tak. Aku nak teman kau." kata mitsuya, tidak memandang y/n.

Apalagi, sudah tentu pipi y/n kemerahan. Cepat cepat dia memandang tempat lain, tidak mahu kantoi dengan mitsuya.

Dinggg!! Bunyi notfikasi dari telefon miliknya jelas kedengaran

Dengan laju y/n mengeluarkan telefon bimbit itu daripada poketnya.

Jiro - saya lambat sikit kot, y/n. Kayoko San mintak saya hantarkan pergi mall tapi sekarang jammed pula traffic. Gomennasai.

Y/n meletakkan semula telefon kedalam poker sebelum hanya mengeluh.

Tokyo kalau jammed pasti mengambil masa yang lama. Tiba tiba dia teringat. Dia terus menoleh pada mitsuya disebelah.

"etto-kalau.. Er.. Aku tumpang kau, boleh...?" tanya y/n dengan malu.

Tadi sudah tolak, sekarang tanya balik.

Mendengar itu, mitsuya tersenyum.
________

"tadaima!" kata y/n sebaik sahaja kakinya menjejak rumah nya itu.

" ha.. Y/n.. Kamu balik dengan siapa? Bukan ke jiro temankan kayoko..?" tanya ayahnya yang berpakaian baju kerja.

Ayahnya Kelihatan sedang duduk di sofa.

" kamu jangan cakap kamu balik dengan budak Ryan tu, otousan tak suka dia." kata ayahnya tidak memandang anaknya sebaliknya fokus pada surat khabar di tangan.

" memang tak lah y/n nak balik dengan Ryan, y/n balik dengan -"

" konnichiwa." kedengaran suara mitsuya memotong percakapannya.

Cepat cepat y/n menoleh. Terkejut juga dia melihat mitsuya yang sepatutnya tunggu di luar, memasuki rumah nya.

Sekejap dia memandang mitsuya, sekejap dia memandang ayahnya .

Cepat cepat dia mendekatkan diri di sebelah mitsuya.

" eh bukan ke aku suruh tunggu luar." bisiknya.

Dia tidak sedar dirinya berada begitu rapat dengan mitsuya.

Mitsuya hanya memandang nya sekilas, sebelum memandang ayah nya semula dengan senyuman.

Y/n pula sudah mula risau ayahnya akan memarahi dirinya.

" saya.. Takashi mitsuya. Saya yang tolong hantarkan y/n sebab dia -"

" Takashi mitsuya? Mitsuya?" tanya ayahnya memotong penjelasan mitsuya

Mitsuya mengangguk.

" kamu yang pernah menang young fashion designer tu kan..?" tanya ayahnya.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now