' 04

1.8K 160 27
                                    

all the better days are the ones spent with you

﹙all the better days are the ones spent with you ﹚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aisy tak nak pergi sekolah . Aisy nak jaga mama "

" boleh tak mama ? " sambung Aisy sambil mata tertumpu kepada Sarah . Lelaki itu menguis-nguis roti bakar di pinggan . Rasa tak semangat pula nak pergi sekolah dengan keadaan mama macam tu . Zafriel dan Sarah memandang anak sulung mereka . Aisy tersengih . Pandang dia macam nak telan . Sarah meletakkan mangkuk berisi baby food ke bawah . Tangan Akif nakal mencapai sudu plastik di dalam mangkuk kecil itu .

" pergi sekolah . tak perlu jaga mama " kata-kata Sarah membuatkan Aisy menjatuhkan bahu . Dia menjuih bibir . Aisy nak jaga mama . Jeritnya di dalam hati . Sarah menggeleng perlahan . Dia bukannya budak kecil yang perlu dijaga . Dia dah besar panjang . Perangai lama dia . Baby food kembali diusap ke mulut Akif . Hari ini , anak dia berselera makan . Baguslah . Anak-anak dia semua sihat-sihat belaka .

" ma .. ma " bibir yang comot itu tersenyum lebar melihat Sarah . Tangan Akif mahu menyentuh tangan mamanya . Mama , nak dukung ! Sarah mengelap mulut Akif menggunakan kain . " abang , ambil anak ni . Sarah tak larat nak dukung dia " badan Akif diangkat lalu diberikan kepada Zafriel . Berat , tak macam dulu .

" mama , bolehlah . hari ni je " Aisy memujuk . Sarah menjeling . Mata Aisy seakan bersinar memandang mamanya . Please mama . Aisy tak nak pergi sekolah . " mama boleh jaga diri . tak perlu susah-susah jaga mama . Nanti siapa nak jaga Ayesha dengan Hania dekat sekolah kalau Aisy tak pergi ? " kata Sarah . Wajah sedih Aisy dipandang . Mengada-ngada .

" Ayesha tak nak pergi "

" Hania pun "

Sarah dan Zafriel memandang pelik .

" kenapa semua tak nak pergi sekolah ni ? " ketua keluarga , Zafriel sudah bersuara . Dengar sahaja suara papa , mereka terus menunduk dan mencebikkan bibir . Papa bukannya nak tolong pujukan mama . Zafriel mengerling Sarah . Isterinya hanya menjungkit bahu . Malas nak melayan . Cebisan roti bakar dimasukkan ke dalam mulut .

" papa , please " Zafriel sibuk mengunyah roti bakar . Aisy , Ayesha dan Hania memucung . " papa , bolehlah " Zafriel memandang wajah sedih anak-anaknya . Lelaki itu membuat muka . Kopi panas dicicip . Sarah menjeling anak-anaknya . Mengada-ngada . Karipap disuap ke dalam mulut . Rasa nak cubit je anak-anak dia . Sabar , kau mengandung . Kang terberanak dekat sini .

" hari ini je . esok pergi sekolah "

" yeay ! "

" abang " lengan Zafriel ditepuk .

" biarlah , diorang risaukan sayang " peha Sarah diusap lembut . Sarah diam . Dia bukan apa , kalau dia sakitkan anak-anak dia macam mana ? Usapan pada tangannya menyentakkan Sarah dari lamunan . Anak mata Zafriel ditatap lama . Zafriel senyum . Pipi gebu Sarah dicium . Sarah tersengih suka . Rahang Zafriel mahu dicium tetapi terbantut kerana Aisy , Ayesha dan Hania menjerit .

S2 | Mafia Academy 2Where stories live. Discover now