Skinship

213 4 2
                                    

Universiti (2019-2020)

Okay, so hmm cerita dekat U x banyak sangat, lagipun aku sempat duduk dekat kolej 1 sem 3 minggu je :') maklumlah PKP ehem.

Anyway, antara memori yang aku tak boleh lupa adalah skinship aku dengan housemate aku xD. Okay mcm ni, aku ni memang jenis yang suka skinship, dari sekolah menengah lagi. Tak tahulah kenapa, mungkin aku ni tak cukup kasih sayang agaknye hahah. Tapi of course-lah bukan dengan semua orang. Hanya orang yang aku betul2 selesa je. Even bestfriends aku sendiri pon, hanya yang tertentu je aq betul2 selesa. 

Dan aku ni jenis suka kalau orang pegang tangan aku (interlocked :3), peluk aku etc. (Ye aku tahu aku manja xD) Seingat aku, waktu sekolah menengah dulu, sorang je pernah pegang tangan dengan aku macam tu. Aku ingat lagi waktu tu otw balik lepas habis kelas. Tapi classmate aku yang tu memang jenis suka jalan sambil pegang tangan orang, bukan tangan aku je xD. Dan ada jugak sorang classmate aku ni, satu dorm dengan aku jugak, dia pernah sandar dekat belakang aku, sambil peluk aku dari belakang, dekat surau lol. Waktu tu kami baru lepas gaduh dekat dorm. Terkejut aku, ingat sapelah yang dok peluk aku ni. Tak pernah2 orang peluk aku camtu xD. Well actually dia crush aku jugak kat sekolah dulu hehe.

So nak dijadikan ceritanya, dekat kolej, ada 2 orang lah housemate aku ni yang pernah ada skinship dengan aku. Btw aku ni bukan jenis yang mulakan tau, jangan salah faham plak, dorang yang pegang tangan aku dulu okay :P. Tapi tak selalu pon, jarang actually hahah. 

Okay, so yang pertama, si A. Actually aku pernah crush kat dia jugak sebelum ni hehe sebab dia baik, comel dan ayu je. Lepastu dah la nama dia hampir sama dengan X. So, pada satu hari tu, kami tengah jalan otw balik ke bilik, dari cafe. Lepastu tiba2 dia pegang tangan aku, interlock jari dia dengan aku. Lepastu macam kepit tangan aku sikit. Aku pon biar je lah, sebab aku memang tak kisah pon, suka lagi ade lah bila orang buat macam tu dekat aku :3. The end. Hahah tu je yang aku ingat pasal skinship aku dengan dia. Ye tahu pendek, nk buat mcm mana xD. Mungkin bagi korang biase je, tapi bagi aku, memori yang aku ingat sampai sekarang sebab jarang aku nak interlock fingers dengan orang :3.

Next, si N pulak. Okay dengan si N ni, skinship aku banyak lagilah daripada si A sebab si N ni jenis manja sikit, macam aku jugak lah hahah. Dia pon memang jenis suka skinship gak. Haa elok lah tu xD. Antara yang aku ingat, waktu otw balik ke bilik jugak (waktu tu lah nak pegang tangan ye). Macam biasa, dia pegang tangan aku, interlocked, sambil jalan, hayun2 tangan kami. Dann tiba2, waktu tengah jalan tu, dia ternampak crush dia tengah lalu kat seberang jalan, terus dia lepaskan tangan aku secepat mungkin. Fuhh, bukan main laju ye. Mungkin tak nak crush dia salah faham ke ape, lah kot? Aku pon buat macam biase je lah, tak ada ape. Yang si N ni pulak sibuk dok intai crush dia hahah. So itulah kisahnya. Ringkas dan padat yer.

Tapiii, kejapp, ada lagii, kali ni bukan pegang tangan, kali ni si N ni dia siap peluk aku terus omaigad. Tak pernah2 orang peluk aku macam tu. Tapi aku tahu pelukan dia tu tak maksudkan apa2 pon. Mungkin dia nak melepaskan stress. Ohh btw si N ni dah ada boyfriend ye, dari sekolah, tapi tulah dah berjauhanlah sebab masuk U lain2. Dan actually time tu, dorang macam selalu bergaduh jugak. 

So cerita dia macam ni. Pada suatu malam, tak silap aku, waktu tu aku baru lepas mandi. Lepastu aku baring kat atas katil aku, time tu lampu bilik dah tutup,  memang harap lampu luar bilik je, memandangkan pintu bilik memang kami biarkan terbuka. Dah nak tidur kot waktu tu. Tengah elok aku dok baring sambil termenung, tiba2 dia datang masuk bilik aku. Ohh time tu roomate aku tak masuk lagi, gi mane ntah. 

Masuk2 tu dia terus baring sebelah kiri aku. Aku pon bagi laluanlah kat dia, injak ke kanan sikit. Lepastu dia mengiring dan peluk aku dari tepi. Takdelah erat, cuma peluk letak tangan jelah atas perut aku xD Tapi of course-lah aku terkejut, ingat nak baring sebelah je sebab memang dah biasa lepak baring sebelah2. Dan sepanjang tu, dari awal, memang dia diam je. Aku? Aku pon diam jugaklah, dah dia pon tak cakap apa2. Cuma mungkin jantung akulah yang tak duduk diam kan? hahah. Tak lama lepas dia peluk aku tu, dia bangun, lepastu dia blah camtu je. Tinggalkan aku yang kebingungan hahah. Dan seingat aku, aku rasa aku tak ada tanya apa2 pon dekat dia pasal waktu tu. Tapi boleh jadi ntah2 aku yang lupa sebab dah lama xD

P.S : Aku rasa aku ni memang jenis kena taip memori aku ni, kalau tak, mesti aku lupa. Cerita Part 1 yang 2 tahun lepas pon actually dah terpadam dari ingatan aku, sampailah aku baca balik hahah.

SomethingWhere stories live. Discover now