Bayang Cik Zee yang membantunya sejak dua hari lalu muncul dalam fikiran. Wajah Niliyyah yang separuh hati merawatnya. Wajah Tuan Fauhad yang tersenyum memberi semangat kepadanya. Suara Hayyan yang terdengar resah. Dan wajah Waseem yang memandangnya tidak lepas memandangnya sambil tersenyum lembut. Semua bercampur baur dalam kepala. Namun, wajah Waseem yang paling lama muncul sebelum semua menjadi gelap.

Wareesa dah tidur.

Ting!

Satu detingan, dan mata Wareesa kembali terbuka. Tiada lagi gelap. Yang dia nampak hanya lah siling biliknya. Tiga saat mamai, Wareesa mula menggeliat sendiri. Sambil itu, tangan menyeluk masuk di bawah bantal untuk ambil telefon yang berada di situ.

Terpisat-pisat mata saat cahaya skrin telefon menembus masuk ke kornea.

Hanya baca notifikas pop-up, mesej Hayyan di aplikasi WhatsApp dibiarkan sahaja tanpa dibuka. Malas nak tunjuk dia online. Kalau dia online, pastila terjawab soalan yang lelaki itu aju kepadanya.

Hayyan
Sleep already?

Wareesa menggeleng perlahan. Kenapa lah dia boleh terjaga untuk mesej Hayyan ini. Lelaki itu pun. Tak reti tengok jam ke? Dah nak pukul 12 pagi. Masakan dia masih berjaga? Ni pun terjaga setelah lima minit tidur-tidur ayam.

"Hish." Rungut Wareesa tak puas hati.

Telefon ditutup dan dilempar ke tepi. Iringkan badan ke kanan, Wareesa menarik erat sebiji bantal dalam dakapan. Dia mahu tidurnya lebih lena. Itu sahaja caranya. Mungkin dengan peluk bantal, apa-apa notifikasi pun tak akan mengganggunya.

"Wait." Baru nak melayari alam mimpi semula, satu idea udah muncul dalam kepala.

"Tutup aje lah data. Apa susah?" Ucap Wareesa mudah. Kepala diluku sedikit sebagai denda kepada diri sendiri. Kenapa lah lambat sangat otak nak timbulkan idea itu. Mungkin sebab mamai lagi kut. Nak rehat, tiba-tiba terjaga. Sian dia.

Tolak sedikit bantal dari pelukan, tangan mula meraba-raba ruang tilam. Mahu cari telefon dan laksanakan idea yang dikeluarkan otak tadi.

Slide ke bawah dan ikon yang tunjuk celular data dicari. Dah jumpa, tapi belum sempat dia hendak menekannya, satu panggilan dari aplikasi WhatsApp masuk buat bilik yang sunyi itu sedikit meriah dengan ringtone Wareesa.

Dahi Wareesa berkerut melihta nombor yang tertera di skrin. Sudah lah takde gambar profil. Salah dia juga kerana dia set agar gambar profil hanya keluar untuk nombor yang dia simpan dalam ruang contactnya.

"Siapa pula ni?" Soal Wareesa. Teragak-agak mahu menjawabnya.

Jari dan bergerak nak gesek ikon hijau. Eh, tak sempat buat panggilan dah diputuskan dahulu. Makin berkerut dahi Wareesa jadinya. Main-main ke macam mana ni? Sekejap betul tunggu dia menjawab panggilan.

"Salah nombor barangkali." Bisik Wareesa.

Tidak mahu ambil pusing, Wareesa mahu tutup datanya kembali. Tapi, sekali lagi nombor yang sama menghubunginya. Wareesa jadi pelik.

"Macam bukan salah nombor." Ragu-ragu Wareesa kata. Tidak seperti tadi, panggilan itua agak lama seolah-olah si pemanggil memang munggunya untuk menjawab panggilan itu.

Telan liur, ikon hijau digesek lambat. Dan bila panggilan bersambung dan lihat angka durasi bergerak, Wareesa berdebar. Dilekapkan telefon di telinga dan dia diam. Makin menggila debaran di dada bila lihat pemanggil sana mendiamkan diri.

'Huh?' Hati Wareesa berbisik aneh.

"H-hello?" Soal Wareesa berani.

Tut... Tut... Tut...

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Où les histoires vivent. Découvrez maintenant