B A B 15

17 6 13
                                    

*Hee Woon nama ketua Kerajaan Bukit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Hee Woon nama ketua Kerajaan Bukit. Terlupa bagi nama dekat ketua kerajaan mereka tu.

Kerajaan Bukit

KELIHATAN seorang lelaki yang berlari seperti orang panik menuju ke arah pondok ketua kerajaan mereka. Setelah sampai di hadapan pintu pondok tempat tinggal ketua kerajaan mereka, lelaki tersebut terus mengetuk pintu tersebut bertalu-talu seperti orang yang hendak merobohkan pintu tersebut.

"Ketua! Ketua!" jeritnya. Tak lama selepas itu Hee Woon muncul di muka pintu pondoknya dengan wajah yang garang.

"Kamu ni dah kenapa! Nak robohkan pondok saya ni ke apa?!" jeritnya di hadapan wajah lelaki tersebut.

"Budak tu hilang ketua! Budak tu dah lari!" lapornya lalu membongkokkan badannya tanda menghormati ketua kerajaan mereka.

"Hah! Macam mana boleh berlaku? Kamu semua tak reti nak jaga dia ke?!" tempiknya dengan wajah yang menyinga.

"Kami jaga dia ketua. Tapi kami tak ingat apa yang berlaku waktu tu" lelaki tersebut ingin menegakkan kebenaran.

"Huh! Sudah! Saya tak nak dengar alasan kamu tu!" Hee Woon terus bergegas ke penjara bawah tanah untuk melihat dengan matanya sendiri.

Sungjin yang kebetulan lalu di situ tanpa sengaja telah melihat adegan itu terus bergegas mencari kawan-kawannya yang lain. "Baik aku cepat. Nanti tak pasal-pasal habislah kitaorang" gumamnya sambil berjalan dengan santai. Tak nak nanti dia pulak yang kena syak apa-apa.

"Korang! Korang! Ada berita hangat ni" beritahu Sungjin setelah berjumpa dengan kawan-kawannya. Si Putih, Si Merah Jambu dan Si Kelabu juga turut berada di situ. Si Merah Jambu dan Si Kelabu merupakan perempuan dan Si Putih pulak lelaki. Biasalah..dah jadi partner in crime kan, mestilah rapatkan.

"Hangat sangat ke berita kau tu? Sampai kau macam orang tak cukup nafas je nak cakap ni" tegur Jackson sambil mngunyah kekacang yang dibelinya tadi di salah sebuah garai jualan makanan.

"Ha'ah, hangat sangat ke?" soal Jb lagi. Sempat dia mencapai beberapa kekacang yang berada di tangan Jackson.

"Ketua dah perasaan ketiadaan Jinyoung" beritahu Sungjin selepas mengambil nafas dalam-dalam.

"WHAT!" hampir terjerit Si Merah Jambu dan Si Kelabu. Hoya dan Sunggyu pula terbeliak biji mata.

"Tu MEMANG BERITA TERHANGAT!" kata Jackson lantas tertawa janggal.

"Aku setuju" Jb menyahut sambil menguyah kekacang yang ada di dalam mulutnya dengan santai.

"Jadi apa kita nak buat sekarang?" tanya Si Putih.

"Ala...kita buat selamba je la. Jangan kasi mereka tengok muka tak selesa kita. Psiko la sikit. Nanti tak la mereka syak kita yang punya angkara" ujar Jb dengan santai.

"Amboi kau! Aku rasa, aku yang suka buat masalah ni. Kenapa pulak aku yang tak boleh duduk santai macam kau sekarang ni!" kata Jackson. Sungjin dan yang lain mengangguk setuju.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now