B A B 7

24 5 24
                                    

"Eh! Tempat apa tu? Hari dah nak gelap ni

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Eh! Tempat apa tu? Hari dah nak gelap ni. Mana tahu kat sana ada tempat menginap" ujar Bambam selepas menunding jari telunjuknya pada suatu tempat yang kelihatan seperti banteng pertahanan.

"Ha'ah kan. Tapi mereka ni okay ke. Boleh korang lama-lama kat darat?" pertanyaan Younghyun itu ditujukan pada Wonpil and the geng.

"Kitaorang okay je" sahut Youngjae. Wonpil dan Sungjong mengaggukkan kepala mengiakan kata-kata sahabat mereka itu. Baru sahaja mereka ingin meneruskan langkah menuju ke destinasi mereka...

"Hoi!" sergah suara seseorang yang baru saja muncul di belakang mereka. Dengan serentak mereka pun berpaling ke belakang.

"Mark! Sungyeol!" dengan wajah terkejut becampur gembira Younghyun menyambut kedatangan mereka. Tapi rakan-rakannya itu tidak berdua sahaja. Mark dan rombongannya pun menghampiri mereka.

"Puas kitaorang tunggu korang berdua tadi kat tempat kita berpisah! Kan kita dah janji nak berkumpul balik. Rupa-rupanya korang kat sini!" ujar Sungyeol dengan wajahnya yang tak percaya. Bambam dan Younghyun berpandangan sebelum berkata.

"Ops! Kitaorang lupa pasal tu! Hihihi" Bambam menyahut lalu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

"Huh! Nasib baikla jumpa kat sini! Kalau tak...tak tau la nak jadi apa!" herdik Mark kerana perasaan geram yang muncul pada hatinya.

"Ala, jangan la marah. Sorry la..." ucap Younghyun membuat nada seperti orang memujuk. Mark dan Sungyeol memberikan mereka jelingan yang tertajam yang mereka punya. Manakala, Bambam dan Younghyun pulak hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Mereka ni siapa pulak? Tak nak kenal kan ke?" soal Mark yang memaksudkan kepada kumpulan ikan duyung itu.

"Kenakan mereka ni, Wonpil, Sungjong dan Youngjae dari kerajaan air" beritahu Bambam dengan bangganya kerana bertemu dengan bangsa ikan duyung itu.

"Woah! Kerajaan air? Maknanya mereka ni ikan duyung la? Aku ada terbaca jugak mengenai bangsa kamu ni. Selamat berkenalan" kata Mark dengan teruja. Mereka pun bersalaman. "Aku Mark dan dia ni Sungyeol" kumpulan ikan duyung hanya menganggukan kepala mereka sebagai balasan.

"Mereka ni pulak siapa?" kali ini Younghyun pulak bertanya kepada Mark sambil memandang kumpulan pahlawan pedang.

"Kenalkan Jackson, Sungjin dan Hoya" beritahu Sungyeol. Mereka pun bertukar salaman.

"Kami sebenarnya bercadang nak berhenti bermalam kat tempat tu. Manala tau kan ada tempat menginap. Lagipun hari dah nak gelap ni. Bahaya. Aku tak nak jadi santapan gergasi-gergasi tu" Bambam menjelaskan tujuan mereka sebentar tadi.

"Betul jugak tu. Jomla!" Mark menyahut lalu mengajak yang lain.

.

.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGDove le storie prendono vita. Scoprilo ora