"Daren, Zheng xiaojie, Ma Shang Wu dan LIu Li sudah pun bertolak sebelum fajar," bisik Ah Chan. Shu Wu Ji mengangguk. Dia tahu yang mereka bertiga akan bertolak terlebih dahulu selepas pengintip mereka memberitahu ada rancangan serangan hendap. Dia diberitahu oleh Pipit tentang rancangan pembunuh upahan itu dan dia sengaja tidak bercakap mengenainya dengan Sara. Dengan bantuan Pipit, Ma Shang Wu mengambil keputusan agar mereka bertiga bertolak lebih dulu dari yang lain. Pipit tahu yang dalam kereta kuda itu bukan Sara. Soo Mi dan Soo LI memainkan peranan mereka dengan baik.

"Kita berangkat sekarang. Orang-orang kita bagaimana?"tanya Shu Wu Ji.

"Kesemua pembunuh upahan itu telah dibunuh  dan ada yang dibawa ke penjara," jawab Ah Chan tersenyum. 

"Aku berbesar hati mempunyai orang-orang yang cekap seperti kau dan Pipit bersama aku," balas Shu Wu tersenyum lebar.

"Na.. kenapa Daren biarkan xiaojie pergi ke ibukota bersama Ma Shang Wu dan Liu Li?'tanya Ah Chan lagi.

"Sebenarnya walau tiada ancaman, rancangan untuk dia pergi berasingan adalah yang terbaik," jawab Shu Wu JI. 

"Oh, patutlah Daren meletakkan askar-askar kita berjaga secara rahsia di sepanjang perjalanan," ucap Ah Chan. 

"Kita dah lambat ni, mari kita bertolak sekarang," kata Shu Wu JI. Mereka perlahan-lahan meninggalkan kediaman itu menuju ke ibukota. 

Ma Shang Wu pergi meninjau haluan mereka pada pagi itu. Hatinya terdetik kerana dia ternampak tentera di bawah kepimpinan Shu Wu JI bersembunyi selang beberapa meter. Sudah dua jam mereka menunggang dan setakat ini tiada kecelakaan yang mereka hadapi. Lama Ma Shang Wu berfikir. Dia menggelengkan kepalanya. JIka benar telahannya, Shu Wu JI sudahpun mengetahui apa yang mereka ketahui dan tentera-tentera yang bersembunyi itu adalah untuk tujuan perlindungan Zheng Shuang. Dia menghela nafas lega. Dia kembali ke tempat mereka berhenti.

"Kau ke mana?"tanya Sara yang baru sahaja memberi kudanya makan dan minum.

"Scouting," jawab Ma Shang Wu.

"Oh? What did you find?"tanya Sara menepuk manja kudanya yang berwarna putih.

"Saya rasa kita semua selamat," jawab Ma Shang Wu.

"Tak faham, kenapa kau kata kita selamat?"tanya Sara lagi memandang Ma Shang Wu.

"Kerana tentera Daren sedang berkawal di sepanjang haluan."

Sara terdiam. 'Wu JI, kau membuat aku kagum kali ini,'bisik hatinya.

"Shuang er," panggil Andrew. Dia kelihatan lebih sihat dari semalam.

"Kau sakit kepala ke?"tanya Sara. Andrew menggelengkan kepalanya. 

"Aku tak mahu berpakaian perempuan!" kata Andrew.

"Ok boleh, tapi kau mesti berkelakuan lembut macam sida-sida untuk mengelak fitnah orang," jawab Sara. Lama Andrew berfikir.

"Eh, kau ni tak berapa waras ya?"

"Aku tak waras?"tanya Sara balik.

"Asyik-asyik suruh aku jadi pondan,"bentak Andrew. Ma Shang Wu yang sedang minum air itu tersedak mendengar kata-kata Andrew. Sara menahan dirinya dari ketawa besar.

"Kau dengar sini. Kau boleh jadi lelaki tetapi akan jadi well "hamba" jangan marah Ah Wu,"kata Sara mengangkat kening kepada Ma Shang Wu. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. "Ah Wu jadi orang kanan aku, takkan aku mesti ada seorang lelaki lagi? So either kau jadi er "perempuan" atau kau jadi sida-sida aka "penasihat" aku."

"Dua-dua pilihan tu aku tak suka fyi,"balas Andrew. 

"Do you want to be beside me 24/7 atau 16/7 macam Ah Wu?" tanya Sara."Tak memalukan pun jadi sida-sida. Zheng gonggong ialah seorang sida tetapi dia tetap gagah dan bijak lagi,"sambung Sara. "And wo shi ta de nu er (dan aku ialah anak Zheng gonggong)."

"Aku tak perlu er you know what," tanya Andrew teragak-agak setelah berfikir seberapa lama. Ma Shang Wu tidak boleh menahan ketawanya lagi. Andrew memandang Ma Shang Wu dan dia memberhentikan tawanya. 

"Jadi, bagaimana?"tanya Sara.

"Soo LI dan Soo Mi sudah menganggap Andrew perempuan," sampuk Ma Shang Wu.

"Soo LI dan Soo Mi ialah pasangan kembar yang bijak. Kita tak perlu bimbang," jawab Sara. "Aku cuma harapkan kau akan berhati-hati dengan perempuan bernama Zhen gugu. Penjaga Woo Wei young."

"Woo Wei Young tu siapa? Kenapa aku seperti pernah mendengar namanya?"tanya Andrew berfikir-fikir.

"Dulu Shu Furen, tetapi setelah Shu Wu JI memeluk Islam, dia menjadi gundik kepada Shu Wu Ji," jelas Sara. 

"Baik, aku akan jadi "penasihat" kau. Aku rimas kena mekap tebal-tebal dan berdandan seharian," komplen Andrew sambil mengipas wajahnya dengan tangan. Sara mengangguk tanda dia faham. 'Alahai ex husband, kau lepas hilang memori ni aku tengok macam budak 10 tahun pun ada,'kata Sara dalam hati.


Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now