" Sara... Arwah atuk dah janji, lagipun janji mesti ditepati, please Sara." Tengku Azhar memandang wajah puteri tunggalnya dengan pandangan sayu.

" Tapi pa... kenapa Sara? Sepatutnya Along yang kena kahwin." Syafiq disebelah dikerling. Lengan Sara disiku. " Sakitlah."

" Anak Uncle tu lelaki tak kan Sara nak suruh Along kahwin dengan dia! " keningnya dijongkit sedikit.

Risau.

Sara mencebik, Menyampah dengan jawapan yang diberi oleh Alongnya. Dia mengeluh perlahan. " Bagi Sara masa."

Tengku Azhar dan Tengku Hasni memandang sesama sendiri. Tengku Hasni mengaguk kepala. " Esok Keluarga pihak lelaki nak datang kerumah untuk berbincang pasal majlis perkahwinan Sara."

" Papa harap Sara buat keputusan yang betul." sambung Tengku Azhar pula.

Sara mengaguk perlahan. Dia terus memanjat tangga menuju ke biliknya yang berada ditingkat atas. Beg sekolah diletak ditepi meja belajar. Tanpa berlengah, Sara masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi, sejadah yang elok dilipat itu dibentang. Solat fardhu Asarnya segera ditunaikan.

|...|...|...|...|...|

Pintu bilik diketuk perlahan. Tombol dipulas bila si penghuni membenarkannya masuk. Syafiq melangkah masuk. Segenap ruang bilik diperhati. Mana adiknya? Tadi waktu makan malam pun tak keluar bilik.

" Sara! "

" Balkoni! " Sara membalas tanpa memandang Syafiq. Pandangannya dihalakan ke arah langit yang gelap tetapi masih disinari dengan cahaya bulan dan kilauan bintang-bintang.

" Sara... okey? " soal Syafiq. Walaupun dia tahu adiknya masih memikirkan hal yang dibincangkan pada petang tadi. Tetapi dia masih mahu bertanya.

Sara mengerling Alongnya tajam. Masakan Alongnya ini buta. " Ada nampak Sara okey ke? "

" Rilek lah, Tanya pun tak boleh." Kerusi kosong disebelah adiknya menjadi tempat dia melabuhkan punggung. " Kenapa tak turun makan? "

Sara tersenyum kecil, Bahu dijongket sedikit. " Takde Selera."

" Sara... Along tahu Sara terganggu sebab apa yang terjadi ni terlalu awal bagi Sara. Tapi Mama dan Papa tiada pilihan."

" Tapi, Along rasa Sara akan bahagia ke? Ni kahwin paksa lah, Sara tak rasa Perkahwinan ni akan bertahan! " Sara mengeluh perlahan.

Meanwhile -

Readers yang dah baca bab belakang be like : * Tak tahu nak bagi respon apa*

" With Allah on your side, The impossible becomes Possible. Allah tahu mana yang baik, mana yang buruk untuk hamba-Nya. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Doa banyak-banyak."

Nasihat Syafiq sambil mengusap rambut panjang milik adiknya. Dia tersenyum sebelum melangkah keluar memberikan ruang untuk adiknya berfikir.

Tiba-tiba Syafiq terasa lengannya disauk oleh sepasang tangan. Dia menoleh ke arah manusia atau lebih tepat adik kesayangannya.

" Eh! Tuan Puteri baru nak turun makan ke? " Soal Syafiq berbaur sindiran.

Sara mencebik sebelum mengemaskan pautannya pada lengan Syafiq. " Ye, orang gaji, beta baru nak turun makan. Alang-alang ikut lah sekali ye."

Pipi adiknya dipicit geram sehingga meninggalkan kesan. Mereka berdua ketawa riang sambil menuruni tangga menuju dapur yang berada ditinggkat bawah.

|...|...|...|...|...|


" Hoi! " sergah Yana sambil menampar kuat bahu Sara.

Sara tersentak. Terkejut dengan sergahan secara tiba-tiba itu. Dia mengurut dada. " Kau ni dari bab 4 tak habis-habis nak sergah orang, macam takde skrip lain."

Yana tersengih. Beg Sekolahnya diletak diatas kerusi sebelum dia melabuhkan duduk. Kerusi ditarik kebelakang menghadap meja Sara
" Rilek lah, kau ni asal termenung sorang - sorang."

Sara mengeluh perlahan. Nak cerita ke tak nak?

" Eh, kau tak pelik ke? Selalunya di Pagi hari yang mulia yini, kita akan mendengar suara pekikan kau dan Harris tapi kenapa tiba-tiba hari ni, Suara pekikan itu tidak didengari? " soal Yana hairan. Baru nak tengok drama Tom and jerry tapi tidak ada lah pulak.

Sara mengangkat bahu. " Mana aku tahu." jawabnya ringkas. Kepala diletak kan diatas meja belajar. Pandanganya beralih keluar tingkap. Kelihatan beberapa pelajar yang baru memasuki pagar sekolah.

Dia tiada mood untuk bercakap tentang lelaki itu. Sekarang otaknya masih memikirkan tentang apa yang diberitahu oleh papanya.

Yana yang sedar kawannya tiada mood untuk bercakap tentang Harris, dia segera menukar topik. " Wei, jom masuk Pertandingan Menyanyi."

Sara mengangkat kepala memandang wajah yana. Pelipis gadis itu berkedut tanda tidak faham. " Huh? "

" Aku ingat nak--" kata-katanya terputus apabila kelibat Puan Suraya memasuki kelas dan diikuti Harris dan Iqbal, mereka berdua mengambil tempat duduk masing-masing. Yana segera berpusing kehadapan.

" Selamat Pagi, Puan Suraya! "

" Selamat Pagi, kamu semua boleh duduk." arah Puan Suraya.

Harris dan Sara hanya mendiamkan diri seakan mereka berdua tidak wujud. Entah kenapa hati Sara sakit bila mengenangkan dia akan berkahwin dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Nanti macam mana dengan Harris? Eh apa kena mengena dia dengan aku?

Apa yang diajar oleh Puan Suraya tidak masuk dalam otaknya. Dia sibuk termenung.


To Be Continue

1097 Words

Don't forget to vote and Comment

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞

Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.





The Bad Boy's Wife | OGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang