Ya lah, sekarang semua benda nak diviralkan. Lepastu mulalah, spekulasi timbul dari mulut-mulut yang hanya tahu menghukum. Benda yang betul diketepikan. Yang pasti, pendapat masing-masing diutamakan terlebih dahulu.

Gadis itu tercengang untuk seketika.

Asyfa menyembunyikan senyum. Hek eleh si Natty ni. Tahu pulak diam. Tercengang sebab dia ada orang pertahankan ke hah? Ke tercengang sebab kehenseman Firas? Tolong mintak jauh! Si Natty ni dah la memang jenis suka menggatal.

"Abang, lamanya... Dari tadi lagi Sya tunggu."

Huh? Abang, Sya? Bukan lagi Firas, saya?

Firas ditilik Natty dari atas ke bawah. Perasan akan pandangan Natty pada suaminya itu, Asyfa segera melingkarkan tangannya di pinggang Firas.

Firas hanya berpura-pura biasa walaupun agak terkejut dengan tindakan berani isterinya itu. Pandai berlakon si Asyfa ni..tapi dia suka. Bila lagi kan nak tengok sisi Asyfa yang ni.

Menghayati karakter baru betul!

"Oh, lupa nak kenalkan. Ni suami aku.  By the way... Danish who?"

Natty tampak terkedu. Mulut seperti bergerak-gerak ingin mempersoalkan sesuatu tetapi Asyfa terlebih dahulu pantas menambah.

"Dahlah, aku nak dating dengan suami aku dulu. Layan kau yang entah apa-apa ni buat apa. Semak otak aku."

"Oh, one more thing. Don't you dare laid your eyes on my husband. He's not interested with someone low like you. I mean..low attitude. Lagipun, he's only valid for me."

"Jom abang. Tadi cakap nak belanja Sya kan?" Lengan Firas dipeluk seraya kepalanya didongakkan sedikit memandang Firas.

Firas yang sedang tersenyum membuatkan dia menelan liur. Reaksinya cuba dikawal sebaik mungkin. Faham sahajalah dia bahawa senyum Firas itu ada maksud tersendiri.

"Jom Sya, my little sayang." Perkataan 'sayang' itu ditekankan Firas sengaja.

Asyfa pura-pura gelak. My little sayang?

Amboi amboi Firas ni, lebih-lebih pulak! Ah, memang dia akan jadi bahan ketawa Firas la nanti!

Sempat lagi Natty dijelingnya tajam sebelum terus berlalu meninggalkan gadis itu yang sudah terpinga-pinga.

"Abang, huh? Sounds natural to you. Dah praktis lama ke?"

"Eei, shh! Awak diam kejap, nanti dia dengar. Nak jadikan saya bahan gelak, sila buat nanti. Bukan sekarang!"

Terpaksa Asyfa menjengketkan kakinya sedikit semata-mata untuk menekup mulut Firas. Dahlah tinggi, cakap main lepas pulak!

Firas mengalihkan tangan Asyfa pada mulutnya. Kesian, siap terjengket-jengket kaki isterinya itu. Nasib comel.

Apabila jarak mereka sudah jauh dari keberadaan gadis itu, Firas terus melontarkan persoalannya pada Asyfa.

"Siapa tu?"

"Oh, peminat Danish." balas Asyfa bersahaja. Betul la peminat. Kan dah bagitahu Danish dulu everyone's favourite. Tapi dulu lah.

"What? Dah tak ada orang sangat ke korang nak minat dulu?"

"Eei, tersilap langkah la tu! Manalah saya boleh jangka masa depan. Saya tak tahu pulak dia boleh jadi teruk macam tu."

"Hmm, kinda agree. Well, we can't predict the future right. But for sure, I think maybe he went through some kind of problems. Like..surrounding problems I guess. Kalau tak, takkanlah berubah sampai macam tu sekali perangai."

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now