"Okey bang! Jangan beritahu ibu ayah! Izumi tidur sekarang juga." Jawab Izumi ketakutan. Taufan yang mendengarnya terkekeh.

"Yelah yelah..abang tak beritahu. さよなら、Izumi." Selamat tinggal diucap.

"さよなら、juga, abang." Jawab Izumi sebelum dia menutup telefon dan tidur.

Taufan juga mematikan telefon dan memasukkannya kedalam beg pinggang miliknya. Setelah beberapa detik, dia mula terasa lapar apabila menyedari bahawa dia kurang makan semasa dalam kapal terbang tadi.

"Laparlah pula. Aku pergi kedai serbaneka dululah. Dahlah tadi aku cuma makan 2 bungkus kacang masin, 3 bungkus onigiri dan 2 gelas air oren. Nasib baik ada air lebih. Aku keluar dululah." Kata Taufan sebelum dia mengambil jaketnya dan keluar ke kedai serbaneka berdekatan. Beg pinggangnya juga dibawa.

^_^_^_^_^_^_^_^

"Fufufu...sejuk.."

Suasana di Kuala Lumpur pada waktu malam sekarang amat riuh. Ada kalangan pengunjung dan penduduk suka makan angin di kawasan sekitar KL pada waktu malam. Pasar malam, gedung membeli-belah, kedai serbaneka dan juga sebagainya juga masih beroperasi. Waktunya pula sudah malam dan gelap, cahaya warna-warni dari lampu sorot dan lampu berkedip mengindahkan lagi pemandangan di KL itu.

"Mana kedai berdekatan...hmmm....." Mata biru Taufan melilau mencari kedai serbaneka berdekatan. Sehinggalah beberapa detik kemudian, dia melonjak kecil gembira.

"Haa! Ada pun!" Taufan berlari kearah kedai itu yang tertulis nama kedai 'Family Mart'.

Sebaik sahaja memasuki kedai, mata Taufan bersinar bak mentari apabila melihat pelbagai makanan dan minuman yang ada. Kebanyakan makanan di situ ialah makanan Jepun, tetapi berstatus Halal. Ya, meskipun Taufan bukan beragama Islam.

Apa lagi? Taufan segera mengambil bakul dan mengambil makanan dan minuman yang menjadi tarikannya. Sebenarnya dia masih belum pernah datang ke sini. Bermula daripada rak makanan, pencuci mulut dan yang terakhir ialah minuman. Banyak juga yang Taufan beli. Hingga mencecah separuh daripada bakul. Setelah puas membeli, Taufan terus ke kaunter dan membayar semua yang dibelinya tadi.

"Jumlah semuanya, RM 73.70, encik." Setelah selesai  mengira, penjaga kaunter itu memberitahu harganya.

Taufan menghulurkan wangnya sebanyak RM 80. Selesai mendapat baki, Taufan lalu berterima kasih dan cepat-cepat keluar untuk menikmati makanannya. Dia tidak pulang terus ke kondominium, malah ke sebuah kerusi dan meja bulat kecil dan mengeluarkan semua makanan yang dibelinya tadi. Kebetulan, keadaan sekeliling masih lagi ramai orang dan agak riuh. Jadi Taufan tidak perlu takut untuk duduk di situ.

Taufan membawa mi segera, onigiri dan juga sandwich keju yang dibelinya masuk kembali ke Family Mart. Bukan untuk memulangkannya tetapi untuk memasak dan memanaskannya di ketuhar dan mengisi air panas kedalam mi segera. Setelah beberapa minit, barulah Taufan kembali ke tempat duduk dan membawa makanan yang dimasak tadi.

"Selamat Makan!!"

Dengan penuh lapar, Taufan menikmati makanannya dengan penuh berselera. Macaron, air coklat panas, aiskrim, onigiri, oden, sandwich, kek dan sebagainya. Dan bermulalah mukbang yang dibuat oleh Taufan di public..:^

Kalau korang nak tahu apa yang Taufan beli, ni dia:

1 kotak macaron
1 mangkuk oden
1 Onigiri
1 Sandwich Strawberry
1 Sandwich telur
3 Aiskrim berbeza
1 bungkus Mochi
1 bungkus Maggi Goreng
1 bungkus Maggi Sup Ayam
1 Ramen Cup Jepun
I cawan air coklat panas
3 air berperisa berlainan
1 Kek keju Hanjuku
1 Kek Red Velvet
3 bungkus coklat

Me be like: Taufan ni perut raksasa ke pebenda? Banyak betul dia makan tapi badan masih lagi perfect.. TwT Aku makan 2 pinggan nasi pun naik berapa kilo...TAT *menangis ditepi katil*

Back to story. :v

"Mmm!! Manisnya macaron ni!"

"Lembut betul roti ni!"

"Rasa onigiri ni sama macam yang aku makan kat Jepun lah!"

"おいし!!"

Macam-macam pujian apabila satu persatu makanan disuapkan kedalam mulut. Mi goreng segera yang disuapkan kedalam mulutnya juga adalah sedikit pedas. Taufan mengulum aiskrim yang dibelinya. Hilang sikit rasa pedas.

"からい..." Gumam Taufan. Mukanya sedikit merah.

Lama kemudian, selesai menghabiskan makanan, Taufan mengemas meja dan membuang plastik ke tong sampah. Baki mi segera, coklat, kek, aiskrim dan air kotak yang masih belum dibuka dibawa ke kondominium. Simpanlah untuk esok..tak elok makan banyak malam-malam.

"Tak sabar nak pergi cari kerja esok!" Taufan tersenyum gembira. Segera dia berjalan ke kondominium. Rasa kenyang pula makan banyak tadi..

🍲🍞🍦🍰☕

"Baiklah..jom tengok ada kerja apa kat sini." Taufan duduk di ruang tamu dan membuka telefonnya. Selepas menyimpan makanan kedalam peti sejuk dan membersihkan diri, Taufan memulakan misi mencari kerja atau jawatan kosong di KL.

"Kerja yang ada ialah..pelayan di restoran KFC, juruwang di Giant.." Satu persatu kerja kosong yang dia berkenan dicatat oleh Taufan di buku notanya.

20 minit berlalu. Dihitung semula, sebanyak 8 buah kerja kosong telah dicatat oleh Taufan. Agak sedikit kerana Taufan agak berpengalaman dalam kesemua kerja itu berbanding kerja-kerja yang lain.

"Esok kena bangun awal. Baik aku set penggera masa dulu." Penggera masa telefon Taufan disetkan kepada pukul 5 pagi. Perlu bangun awal kerana interviu kerja yang pertama bermula pada pukul 8 pagi.

Taufan lalu ke bilik tidur. Telefon diletakkan di meja sebelahnya dan selimut ditarik rapat. Taufan akhirnya dapat melelapkan matanya.

Selamat tidur dan harap-harap urusannya dipermudahkan...

To Be Continued

Mmm...mengarut lagi chapter kali ni...TwT

Kalau korang tak faham pasal makanan atau kondominium tadi, korang tanya je saya. Okey? ^w^

Bye Bye!! (ノ´ヮ')ノ*: ・゚

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now