" Fresh Orange. "

" Fresh Orange Tiga, Please. " pesan Sara. Pelayan itu tersenyum sebelum berlalu pergi meninggalkan meja mereka.

" Makan? " Mia menyoal. punya lah lama dia selak menu tapi minum je?

Siku Mia ditolak perlahan. " Ish kau ni, tunggu lah Farra dulu. Tak manis pulak kalau kita makan tak tunggu dia." Yana mengeleng kecil.

Mia tersengih menampakkan giginya yang teratur cantik. Kepala yang tidak gatal digaru. " Sorry."

" Ni airnya." ujar pelayan tadi. Pelayan itu tersenyum sebelum beredar.

" Sorry lambat. " Farra mengukir senyum. kerusi disebelah Sara menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

" Tak kan korang minum air je? Makan?" tangannya diangkat sedikit memanggil pelayan.

" Kitaorang tunggu kau. " ujar Mia.

Selesai memesan, mereka berbual sementara menunggu makanan yang dipesan tiba.

|...|...|...|...|...|

"

Kenapa lambat? " Farra memejamkan mata. Dia hanya lambat beberapa minit, Ayahnya sudah menyerang. Baru masuk rumah dah kena serbu.

Semua mata sedang merenung ke arahnya sejak dia mula masuk ke dalam rumah.

Suasana yang agak tegang membuatkan dirinya tidak selesa. Dia hanya mendiamkan diri malas mahu bertengkar. Farra sudah berura-rura mahu naik ke biliknya.

" Tengku Farra Anisya!" Farra melepaskan keluhan besar apabila nama penuhnya sudah meniti di bibir Tengku Azzam. Wajah bengis ayahnya dipandang.

" Jammed , daddy." jawab gadis itu sambil anak matanya memandang ke lantai.

" Daddy suruh duduk rumah , study! Yang kau sibuk nak merayap kenapa?!" kuat suara itu menjengah masuk ke telinga Farra. Gadis itu hanya menunduk memandang ke lantai.

" SPM dah nak dekat tapi kau sibuk merayap! Kalau kau macam abang dan kakak kau takpe lah juga! SPM straight A+ tapi kau?! Kau jangan memalukan nama aku , Farra!"

Bibir digigit menahan air mata dari tumpah. Dia penat. Dia penat bila dirinya selalu dibandingkan.

" I'm tired , Daddy! " Farra menjerit kuat dan satu tamparan nyaring menjamah teliganya. Segera dia mengangkat muka. Pipinya yang pedih ditampar dipegang. Air mata mula jatuh ke pipi.

Tanpa membalas apa-apa, Farra mencapai kunci keretanya di dalam bekas kunci sebelum keluar rumah. Berdentum bunyi pintu rumah dihempas.

" Farra! Tengku Farra Anisya!"

Tidak diendahkan jeritan suara ayahnya , Farra hanya membuka langkah keluar dari kawasan banglo itu. Dia perlukan ketenangan. Menangis? Tiada guna untuk dia menangis. Dilayan seperti orang luar oleh keluarganya sendiri, siapa saja yang tidak sedih tapi bagi dia perkara itu biasa. Pipinya yang sakit ditampar tidak sesakit hatinya.

Taman yang berdekatan dengan rumahnya menjadi tempat dia mencari ketenangan.

Farra melabuhkan punggung ke kerusi panjang yang memang disediakan untuk pengunjung.

Nafas ditarik perlahan tanpa sedar air matanya turun membasahi pipi. Dia cuba untuk berlakon kuat tapi dia juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

" Are you okay? "

Perlahan-lahan gadis itu mendongak memandang lelaki yang berada dihadapannya itu. Tempat duduk di sebelah Farra menjadi tempat dia melabuhkan duduk.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now