"BAB 44

10K 287 23
                                    

Sudah sebulan peristiwa Naura diculik berlaku dan kini Naura kembali kepangkuan keluarganya semula. Buat sementara dia hanya duduk di rumah kerana tangan kirinya masih belum sembuh.

Kini dia boleh tersenyum gembira kerana dia telah bertunang dengan ASP Ghadi Aqhar seminggu yang lalu. Naura akan tertawa sendiri apabila terkenangkan peristiwa ketika Ghadi melamarnya.

Ketika di hospital sebulan lalu:

"Misi kali ni berbahaya. Saya kena tangkap Puan Sri supaya serahkan anak dia."

Krik...krik..

Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran diruang bilik itu.

Pintu bilik terbuka secara tiba-tiba dan kelihatan sekumpulan makhluk terjatuh dan tertindan antara satu sama lain. Puan Sri bernasib baik tidak terjatuh kerana ditarik oleh Qaid.

Ghadi dan Naura tercengang melihat adegan yang tak sepatutnya berlaku.
Sudah! Budak-budak Lions ni dah buat balik perangai tak semenggah itu. Semua yang terjatuh hanya mampu tersengih dan akhirnya bangun seorang demi seorang.

"Abang! Apa yang abang buat ni? Adik tak kisah dengan yang lain sebab mereka selalu macam tu tapi Dr.Rayyan pun. Unbelievable!"

Naura geram kerana diskodeng saat dia dan Ghadi sedang melepaskan perasaan rindu. Malu pun ada. Dia memandang Puan Sri Nazariah dengan perasaan bercampur baur.

Ghadi pula sudah bercekak pinggang melihat telatah anak-anak buahnya.
Orlando, Jai, Kai dan Kecik hanya mampu tersengih kerana terkantoi mengendap bos mereka.

Dr.Rayyan agak malu kerana kelakuan yang tidak beretika itu pasti akan menjejaskan kedudukannya sebagai seorang doktor. Nak buat macam mana, dia pun manusia biasa yang kadang kala perlukan hiburan.

"Maaf ibu ya Ghadi, Naura. Ibu yang mula dulu dengan Naufal."

"Puan Sri..tak apa..err..tiada apa-apa yang perlu Puan Sri minta maaf."

"Ibuuu..malu Naura tau."

"So Ghadi bila nak tangkap ibu?"

"Ibuuuu..." Naura dah jerit malu dengan sifat terlalu terbuka ibunya. Dia tak tahan lalu tutup muka dengan bantal.

Puan Sri Nazariah mengajak Ghadi keluar ke cafe untuk berbincang dengan lebih lanjut.

"Nanti! Nanti dulu." Naura panggil Ghadi dengan cemas.

"Kenapa?"

"Boleh tak kapten salin baju dulu, dah macam ahli bina badan saya tengok. Takut nanti nurse mengorat pula."

Qaid terus memberi beg yang berisi pakaian Ghadi. Tanpa banyak soal Ghadi terus menukar kepada bajunya sendiri.

Setelah Ghadi dan Puan Sri Nazariah keluar, bilik Naura mula riuh rendah dengan usikan pasukan Lion of the Desert serta Naufal. Naura terpaksa tahan telinga dan membiarkan Dr.Rayyan memeriksanya.

"Doktor, saya nak ubat tidur. Nak tidur tiga hari. Tak tahan dah kena usik ni."
Naura buat muka meluat kepada mereka.

HAHAHA

Gamat bilik itu dengan gelak ketawa kaum lelaki yang berada di situ.

Assalamualaikum.

Naura berpaling setelah mendengar salam dari arah belakang. Terbang habis segala lamunannya tadi. Dia tersenyum melihat gerangan yang membeli salam tadi.

"Kapten, bila sampai?"

"Dah lama tapi ada orang tu asyik berangan sampai tak nampak orang lain datang nak jumpa dia."

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now