BAB 39

6.9K 285 4
                                    

Qaid, Orlando, Jai, Kai dan Kecik tiba di Telaga Bay Harbour berpandukan GPS telefon Ghadi. Mereka menjumpai motorbike Ghadi elok terparkir di tempat parking di situ, tetapi kelibat Ghadi tidak kelihatan.

"Qaid, motor Ghadi ada tapi dia tak ada disini." Kai yang sampai dulu memeriksa motorbike Ghadi.

Mendengar kata Kai, mereka yang lain meninjau sekitar kawasan itu. Kai pula masih membelek motorbike Ghadi. Matanya cepat menangkap objek yang ditinggalkan Ghadi.

Dia mengambil telefon Samsung A11 Ghadi dan memeriksanya. Pasti ada sebab mengapa Ghadi meninggalkan telefonnya diatas motor. Kai dengan pantas membuka apps Samsung Notes dan setelah membaca apa yang tertulis didalamnya, dia menjerit kegembiraan.

"Gotcha! I love you my man. Qaid datang sini."

Qaid pergi mendapatkan Kai dan melihat apa yang ditunjukkan oleh Kai.

"Macam mana kau tahu dia akan tinggalkan clue?"

"Apabila dah lama kerja dengan dia, then you know him well."

"Good job Kai."

Qaid terus melaporkan penemuan clue itu kepada ASP Fakhrul. ASP Fakhrul yang kecewa dengan kegagalan misinya di gudang amat gembira dengan perkembangan ini.

"Permission to proceed tuan!"

"Permission granted. Saya hantar backup sekarang."

"Okay guys lets roll out. It's going to be
nasty damn war."

"Yeah!"

Mereka semua bersemangat untuk angkat senjata pagi itu. Mereka berazam untuk menyelesaikan misi hari ini juga. Aariz dan kumpulannya tidak boleh dibiarkan berleluasa.


Setelah Joko meninggalkan Ghadi dan Naura disitu, Ghadi segera bertindak.

"Naura tolong saya. Walaupun saya suka melekat dengan awak macam ni tapi kita perlu lepaskan diri."

"Apa ni kapten, agak-agaklah nak bergurau pun. Mana pergi kapten yang beku macam ais dulu?"

"Macam awaklah, dulu sopan santun ja sekarang garang ya. Tak sangka saya."

"Yalah..yalah..kapten nak saya buat apa?"

"Cuba awak cari pisau lipat dicelah talipinggang saya."

Naura sedaya upaya mencari pisau lipat yang dikatakan Ghadi. Agak susah dengan tangan yang terikat itu tapi Naura tidak patah semangat. Semangat untuk lepaskan diri lebih tinggi dari kesusahan mencari pisau itu.

"Haa dah dapat."

"Bagus. Letak atas tapak tangan saya."

"Kenapa bukan saya saja yang potong tali tu. Pisau ada kat saya kan."

"Err awak potong sayur sudahlah, yang ni biar saya buat."

"Are you underestimate me kapten?"

"No I just don't want you get hurt. You're precious to me."

"Ohhhh so sweet."

Bergerak sesenyap mungkin, mereka mencari kapal layar bernama 'Rosemary', kapal layar Aariz. Clue yang ditinggalkan Ghadi memudahkan mereka mencari kedudukan Aariz.

Jika tidak susah untuk mereka mencari kerana terdapat beratus kapal layar dan bot persiaran berlabuh disitu.
Seumpama mencari jarum dalam jerami.

Suasana yang kelam berserta pakaian serba hitam yang dipakai oleh pasukan Lion of the Desert memudahkan mereka merapati kapal Aariz tanpa disedari.

GHADI AQHAR: THE LIONS حيث تعيش القصص. اكتشف الآن