BAB 34

5.5K 247 0
                                    

Perit, kesal dan sakit hati...itu yang Ghadi rasakan setelah selesai misi mereka. Misi yang mereka lakukan kali ini menemui kegagalan kerana mereka diserang hendap oleh orang Aariz.

Setibanya di tempat yang ditetapkan, Ghadi mendapati bot yang dijangka membawa senjata api itu kosong. Bot itu meletup sejurus mereka tiba untuk melakukan pemeriksaan.

Nasib masih menyebelahi mereka kerana tiada siapa yang maut dalm kejadian itu. Mereka hanya mengalami luka kecil akibat terkena serpihan bot yang berkecai.

Luka yang dirasai tidaklah sesakit luka dikhianati namun Ghadi pasrah dengan kegagalan dalam misi tadi. Mereka perlu menukar modus operandi jika hendak berjaya lain kali.

Mereka kembali ke markas setelah selesai memberi laporan di ibu pejabat.
Sepanjang perjalanan pulang, Ghadi diam seribu bahasa. Dendamnya membara sekaligus dia berikrar untuk menghadap Aariz ke muka pengadilan secepat mungkin.

Setibanya di markas mereka sekali lagi menerima kejutan. Keadaan di dalam markas berselerakan seperti dilanda tsunami. Ghadi dan rakan-rakannya terpempan di muka pintu melihat kejadian yang tidak dijangka sama sekali.

************************************

Beberapa jam sebelum Ghadi balik :

Kecik dan Naura duduk santai di ruang tamu setelah pemergian rakan-rakan mereka. Naura membancuh teh tarik kepadanya dan kopi Americano kata Kai untuk Kecik. Hanya dia dan Ghadi sahaja yang suka minum teh tarik manakala yang lain lebih gemarkan kopi.

"Nah Kecik." Naura sua kopi pekat kepada Kecik.

"Terima kasih kakcik, ini yang buatkan saya sayang kakcik."

Ghadi tidak ada beranilah Kecik ucap sayang kepada Naura.

"Alaa biasa ja Kecik, benda mudah ja ni."

Mereka menikmati minuman masing-
masing sambil melayan perasaan. Naura menghirup teh tariknya sambil tersenyum mengingati kegemarannya dan Ghadi. Tidak disangka ada juga persamaan di antara mereka. Mereka berdua 'hantu' teh tarik walaupun Naura lebih gemarkan teh ais.

Kecik memandang pelik kepada Naura yang sedang tersenyum sendiri lalu dia memetik jari di hadapan muka Naura. Naura terkejut dari lamunan apabila mendengar petikan jari Kecik lalu dia langutkan mukanya dan memandang Kecik.

"Kakcik berangan apa?" tanya Kecik selamba tapi memberi senyuman yang nakal.

"Eh! Mana ada berangan. Saya menikmati aroma teh tarik yang harum ni."

"Ooo, ingatkan kakcik ingat insan yang suka minum teh tarik tu."

"Ishh mana ada!" Terkejut dengan tekaan Kecik, suara Naura naik seoktaf.

Kecik hanya ketawa melihat Naura yang kelihatan sedikit gelabah.

"Kakcik, saya nak tanya sesuatu, boleh tak?"

"Sejak bila nak tanya kena minta kebenaran ni?"

"Apa hubungan..."

Belum sempat Kecik menghabiskan ayat terdengar bunyi dentuman di pintu hadapan. Tanpa amaran markas mereka dirempuh oleh Joko dan orangnya. Kecik dan Naura terkejut melihat tetamu yang tidak diundang datang menerjah tanpa salam itu.

Kecik segera mengeluarkan pistolnya dan mengarahkan Naura masuk ke dalam bilik. Sebelum sempat Naura melarikan diri, Joko lebih pantas menerkam kearah Naura. Dia terus memeluk Naura dengan kuat supaya Naura tidak dapat melepaskan diri.

Kecik tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong Naura kerana pada ketika itu juga dia diserang oleh Andi. Kecik dan Andi terus bergasak, habis semua jurus silat yang pernah mereka pelajari dikeluarkan untuk menentang antara satu sama lain.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now