BAB 37

6.8K 254 0
                                    

Ghadi sudah mendapat lokasi tempat Aariz menyimpan barang seludupnya.
Kemungkinan juga Naura disembunyikan di situ.

Terima kasih kepada team Gagak Hitam yang diketuai oleh ASP Fakhrul,
Ghadi mendapat maklumat tersebut.
Team Gagak Hitam adalah pasukan yang sama-sama berganding bahu dengan team Lion of the Desert semasa operasi membenteras lanun tempohari.

Sedang Ghadi dan ahli pasukannya bersiap sedia, deringan telefon Ghadi memecah kesunyian dalam bilik persalinan tersebut.

Ghadi hairan melihat private number tertera di skrin telefon tetapi hatinya menyatakan yang panggilan itu adalah penting. Tanpa berlengah dia terus menekan ikon hijau.

"Hello." getar suara Ghadi jelas kedengaran.

"Hello ASP Ghadi Aqhar, apa khabar?"

"Cut the crap, what do you want? "

Semua yang berada di situ memandang serentak kearah Ghadi. Mereka berdiri tegak dan hairan mendengar suara Ghadi yang kuat menjawab panggilan.

"Woowoo jangan garang sangat Ghadi, kau tahu siapa berada ditangan aku sekarang kan."

"Kau jangan sentuh dia.Dia tiada kena mengena dalam hal kita. Lebih baik kau lepaskan dia."

"Lepaskan dia? Kau buat lawak ke ni?"

Aariz ketawa suka apabila dapat membuat Ghadi marah. Ghadi menahan getar badannya agar lebih bertenang supaya dia tidak hilang kawalan nanti.

"Apa kau nak?" nada suara Ghadi dah naik seoktaf.

"Kalau kau nak buah hati kau selamat, kau datang sini tapi dengan satu syarat."

"Apa?"

"Datang seorang diri. Datang. Seorang. Diri.Faham!"

"Baik aku datang sekarang."

"Sabar..sabar..bukan sekarang. Tengah malam nanti. Pastikan tiada siapa yang ikut kau, kalau tidak gadis ini hmm kau fahamkan."

"Kau jangan sentuh walaupun sehelai rambut dia. Kalau tidak..."

Sebelum sempat Ghadi habis cakap, Aariz sudah memutuskan talian. Ghadi mencengkam erat telefon hingga timbul urat-urat tangannya. Mukanya merah padam menahan marah.

Qaid, Orlando, Jai, Kai dan Kecik memandang antara satu sama lain. Sesiapapun tidak berani menegur Ghadi sementelah melihat wajah Ghadi dah macam singa lapar.

Jai mencuit lengan Qaid, memberi isyarat agar Qaid bertanya kepada Ghadi. Hanya Qaid yang mampu berkomunikasi dengan Ghadi ketika Ghadi berada dalam keadaan tegang.

"Hmm..Ghadi apa yang berlaku?"

Ghadi angkat tangan tanda dia tidak mahu ditanya. Tanpa menjawab soalan
Qaid, dia terus keluar dan menuju ke motorbike kesayangannya.

Enjin motorbike dihidupkan, Ghadi melepaskan senyum nipis kepada ahli pasukannya yang kebingungan dan terus memecut pergi meninggalkan mereka.

"Ya Allah! Kenapa dengan Ghadi ni? Tak pernah dia buat perangai macam ni."  Jai cekak pinggang tengok Ghadi sehingga hilang dari pandangan.

"Entahlah, lepas habis call terus senyap." Kai pun pelik.

"Siapa call dia?" tanya Kecik.

"Tak tahu tapi dia nampak marah benar dengan pemanggil tu." Qaid masih buntu, tak tahu hendak buat apa.

Qaid tahu Ghadi sesekali tidak akan melanggar arahan. Dia mempunyai rekod disiplin yang tinggi. Ada sesuatu perkara yang besar sedang berlaku menyebabkan dia terpaksa melanggar arahan pegawai atasan.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now