BAB 16

6.8K 272 1
                                    

Karisma duduk bersendiran di tepi pantai setelah habis shifnya. Selalunya Naura akan menemaninya tetapi sejak Naura tiada, Karisma seorang saja yang setia datang ke situ.

Dah namanya Karisma, mulut memang tak boleh diam, sentiasa menyanyi lagu Hindustan. Orlando yang melihat Karisma keseorangan tersenyum senang kerana mudah baginya untuk mendekati Karisma demi misinya.

"Hai sorang ja ka?" soalan tak cerdik daripada Orlando.

Karisma terpelangah dan ternganga apabila ditegur Orlando.

"Oh mak kau Hrithik Roshan..kaho na pyar hai..kuch kuch hota hai..Allahu terkejut chek." Lalut dan Karisma berpisah tiada.

"Sorry..sorry..saya tak bermaksud nak kejutkan awak."

"Eh! dak aih, tak terkejut, terperanjat ja." Karisma tersengih gembira, ada pemuda kacak tegur dia.
Bukan selalu pelanggan hotel nak tegur pekerja macam dia kut. Yang marah dan maki pekerja ramailah.

"Termenung panjang tu ingat boyfriend ka?" Orlando dah mula cucuk jarum.

"Hahaha mana ada aih, chek tunggu Hrithik Roshan tak mai mai lagi."

"Awak minat hindustan eh?"

"Nak buat macam mana, keturunan chek belah belah sana..pakistan,
benggali,keling semua ada."

"Oooo patut la macam anak mami..
cantik."

"Cantik ka? Hehehe." hidung Karima dah kembang semangkuk.

Orlando terus melayan Karisma bersembang kerana dia amat senang dengan keramahan Karisma. Karisma pula pantang orang puji layan sakan Orlando macam dah lama kenal.

Akhirnya dapat juga dia mengorek sedikit sebanyak rahsia Naura. Nampaknya Naura amat disenangi oleh ramai pekerja di sini termasuk majikan mereka Aariz Zafri.

Karisma juga memberitahu yang Naura kembali ke pangkuan keluarganya kerana dikatakan ditimpa kemalangan.
Itupun Aariz yang beritahu Karisma tapi Karisma masih belum dapat menghubungi Naura.

Setelah berpuashati dengan penjelasan Karisma, Orlando mengambil keputusan untuk kembali ke markas hari itu juga. Apa yang dia dengar semasa di kafe tadi adalah sama dengan apa yang diceritakan oleh Karisma. Info tersebut cukup baginya untuk dilaporkan kepada Ghadi.

"Cik Karisma, saya minta diri dulu ya, saya ada hal ni." Orlando terpaksa meninggalkan Karisma walaupun hatinya berasa agak bersalah mempergunakan Karisma untuk penyiasatannya.

"Ohh okey, Hmm encik, saya mintak maaf naa kalau encik rasa terganggu dengar saya merepek tadi."

"Eh, tak pa, saya suka bersembang dengan awak. Awak lucu dan saya senang sekali bersama awak." Wahhh sejak bila Orlando mulut manis ni?

"Laaa ya ka?"

"Ya cik Karisma, rasa macam tak sia-sia percutian saya kali ni. Terima kasih."

"Eh! pasai apa terima kasih kat saya pulak?"

"Tak ada apa-apa. Senang bertemu dengan awak Karisma." kata Orlando sambil berlalu dari situ.

Karisma tidak sempat berkata-kata apa lagi apabila melihat Orlando sudah berlalu dari situ. Dia hanya mampu melihat dengan pandangan yang dia sendiri tidak dapat gambarkan. Terharu mungkin. Tiba-tiba baru dia teringat...

"Laaaa aku lupa tanya nama diaaa."
Karisma ketuk dahinya.


*************


Naura mula rasa sunyi apabila Kecik dan Jai ke tanah besar untuk membeli barang keperluan. Kai pula diarahkan untuk berkawal. Naura hairan kenapa lanun perlu berkawal. Ghadi pula hilang entah ke mana.

Bosan duduk dalam rumah, Naura memberanikan diri keluar dan melihat sekeliling. Rupa-rupanya rumah itu dikelilingi dengan hutan. Hanya ada lorong kecil untuk laluan. Mesti untuk mengelakkan daripada dikesan oleh orang luar.

Naura duduk diatas sebuah kerusi yang terdapat di beranda. Rumah itu macam cabin yang selalu Naura lihat dalam filem Hollywood tetapi lebih mirip rumah Melayu. Tinggal kat Malaysia kan cuma tak ada tangga saja.

Dia menongkat dagu sambil memandang ke hadapan melihat kehijauan hutan. Memikirkan untung nasibnya. Apa yang akan terjadi kelak.
Sampai bila dia akan tinggal bersama lanun-lanun ini? Dia sendiri yang tidak mahu pulang jadi mengapa dia perlu fikir yang bukan-bukan.

Naura perlu menguatkan semangatnya dan berani jika dia hendak kekal bersama mereka. Adakah dia bersedia meninggalkan segala-galanya termasuk keluarganya? Itulah yang dia fikirkan buat masa sekarang.

"Hah! Kau fikir apa tu? Nak lari lagi?"
sergahan Ghadi membuatkan Naura terkejut besar.

"Allahuakbar..apa ni kapten. Lain kali bagilah salam dulu. Ini tak main sergah macam tu saja. Kalau jantung saya tak melekat, dah lama tergolek keluar."

"Yang kau asyik berangan sampai orang panggil pun tak dengar."

"Kapten panggil ka? Sorry tak dengar."

"Apa yang kau menungkan? Ingat boyfriend?"

"Ishh kapten ni, saya mana ada boyfriend."

"Habis tu?"

"Entah la, fikir masa depan."

"Itulah, kalau kau baik-baik dengan majikan kau, taklah kau jatuh hari tu. Sekarang tengok dah tersadai kat sini."

"Apa ni kapten, saya tak suka dia la."

"Mesti dia kaya kan. Kenapa kau tolak dia eh."

"Kapten, kalau kita suka seseorang, kaya bukan kayu pengukurnya. Hati kita akan bergetar kalau kita suka seseorang tu. Bila kita tengok hati kata kuch kuch hota hai..haa macam tu la."

"Apa yang kau merepek ni Naura?"

"Tak kan Kapten tak pernah jatuh cinta kut?"

"Should I tell you my private life?"

"Eh! dia yang mula dulu, nak mengelak pulak. Oh okey lanun tak ada hati dan perasaan kan."

"Siapa kata?"

"Saya la yang kata. Saya sorang ja yang ada kat sini kan."

"Kauuu..." Ghadi meluruskan jari telunjuknya ke muka Naura.

Naura tidak mahu kalah, bangun dari tempat duduknya dan menentang mata Ghadi. Mereka terus bertentangan mata tanpa menyedari perbuatan mereka disaksikan oleh anak-anak buahnya.

Krik...krik...

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now