BAB 13

7K 260 2
                                    

Suasana di markas menjadi sunyi seketika. Mungkin penat ketawakan Naura atau mungkin sedang memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah Naura. Semua memandang kearah Ghadi kerana keputusan berada ditangannya selaku ketua kumpulan.

Naura cuba berlagak setenang yang boleh supaya dapat memberi kesan yang baik kepada Ghadi. Dia cuba membuat muka comel seperti sikucing Puss in Boots, sekurang-kurangnya dengan wajah tersebut dapat mempengaruhi keputusan Ghadi. Ghadi yang melihat telatah Naura terus meraup mukanya tetapi roman wajah tetap beku.

Sementara itu rakan-rakan lain yang melihat telatah mereka hanya tersengih-sengih. Mereka dapat rasakan ada pertalian istimewa yang tidak disedari kedua-duanya.

"My angel is so funny." Orlando tersenyum senang melihat Naura.

"Nah bos minum dulu, kut-kut lepas minum ni dapat idea. Nah untuk kakcik, mesti kakcik dahagakan lepas macam-macam berlaku tadi." Kecik letak dua mug teh tarik dihadapan Ghadi dan Naura.

"Terima kasih Kecik"

"Terima kasih Kecik. Macam mana Kecik tau favourite saya ni? Tapi kalau teh ais lagi ummpp."

"Minum ja la. Banyak songehlah kau ni. Dah orang baik hati buat air tu."

"Ya la ya la, orang nak chit chat pun marah."

"Bukan marah, nasihat." Haa dialog P.Ramlee pula yang keluar.

"Bluwerk.."Naura jelir lagi dekat Ghadi.
"Sedap la Kecik. Thanks."

"Kasih diterima, hai selera sama..ada jodoh ni." Kecik buat hipotesis sendiri sambil ketuk dagu.

"Kecikkkkkk.." panjang harakat Ghadi seru nama Kecik. Naura jelir lidah lagi tapi kali ini untuk Kecik.

"Kecik, ayaq kami mana. Takkan untuk depa dua saja kut." Jai dah jerit dekat Kecik.

"Sabar la, Americano on the way "

"Daebak."

"Kecik, mocha latte please."

"Aku mana tau buat, kopi dengan teh tau la."

"Tak pa Kecik biar saya yang buat. Dapur mana?"

Beberapa minit kemudian Naura dan Kecik menatang dulang dengan minuman masing-masing.

"Nah abang Lando, mocha latte special just for you."

"Thank you angel" Orlando menyisip mocha lattenya dengan penuh perasaan.

"My God so delicious, thanks Naura."

"Hai, Naura panggil abang Lando tak marah pulak."

"Shut up."

"Haa macam nilah baru kopi, pekat melekat, yang penting kurang manis. Terbaikkk." Jai pula puji Naura."Bos apa kata kita suruh Naura masak kat kita, lagipun dia sendiri tak mau balik kan." selepas puji Jai beri cadangan pula.

"SETUJU" Kai, Kecik, Orlando dn Naura angkat tangan.

"Hehehe." Naura tersengih.

"Macam ni lah,sekarang pergi tidur dulu. Esok pagi saya beri jawapan." Ghadi masih buntu nak buat keputusan.

"Bos dah pagi dah ni." Jai tunjuk jam. Dah pukul 4 pagi rupanya.

"Kakcik tidur dalam bilik tadi ya."
Naura terpaksa akur, dah tak berani nak cakap banyak. Silap cakap Ghadi gantung dia atas pokok pulak. Naya.

Selepas Naura masuk bilik:

"Orlando, pergi ke hotel tempat Naura bekerja, check betul atau tidak dia kerja situ. Check sama majikan yang bawa dia belayar hari tu. Disguise as a customer. Take 3 or 4 days."

"Qaid, pergi ke ibu pejabat, check samada ada laporan kehilangan Naura, kalau ada berikan status terkini keberadaaan Naura..takut mereka teruskan pencarian. Kalau tiada, diamkan dahulu. Siasat samada dia masih mempunyai keluarga atau tidak."

"Bukannya apa, cuma nak kita lebih berhati-hati. Takut nanti dia tu spy ka ejen pengganas ka."

"Takkan kut bos, cantik macam tu boleh jadi spy."

"Dah lupa ka sejarah dulu. Apa nama dia haaa Matahari spy terkenal masa perang dunia dulu. Tu spy James Bond semua pompuan cantik-cantik belaka." dengan bangganya Jai buka kisah sejarah.

"Aye aye captain" Orlando dah tersampuk dengan Naura.

"In syaa Allah." Qaid pula membalas.

Ghadi perlu berhati-hati dalam tindakannya. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Naura. Tugas mereka amat berbahaya dan mencabar bagi seorang gadis yang tidak terlatih. Dia tidak mahu mempertaruhkan nyawa Naura kerana Naura adalah orang awam.

Dia juga tidak mahu mempertaruhkan
hatinya sebab hatinya dah bergendang tidak tentu arah apabila berhadapan dengan Naura. Ghadi memegang dada kirinya sambil pejam mata.

"Bos awat pegang dada, sakit jantung ka? Jai pelik dengan kelaku Ghadi.

"Choiii mulut, bos penat ja tu."

"Tak ada apa-apa, jom rehat dulu, malam ni malam yang panjang bagi kita."

Semuanya tersenyum sumbing apabila terkenangkan peristiwa tadi. Kemunculan Naura telah menghuru-
harakan hidup mereka dengan sekelip mata.

Nampaknya Naura bukanlah seorang gadis yang lemah. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya berlawan
dengan enam orang lelaki walaupun
dia tahu harapan untuk menang adalah tipis.

Ketika Naura bangun, dia rasakan suasana begitu sunyi. Kaum lelaki belum bangun rasanya. Naura menjenguk keluar, tiada sesiapapun
di situ.

'Aku nak buat apa ni?' Naura garu kepala. ' Buat sarapanlah.'

Peti sejuk dibuka. Tingkat atas hanya ada air mineral dan telur. Buka freezer mak aih penuh dengan makanan sejuk beku. Sausage, nuget, burger dan jejari kentang penuh dalam freezer. Berapa bulan punya stok ni? Patut la bos mereka muka sejuk beku dan dingin saja. Asyik makan makanan sejuk beku saja. Hehehe Naura ketawa sendiri.

Dikeluarkan beberapa paket sausage dan telur. Naura bercadang untuk membuat telur hancur dan goreng sausage sahaja. Roti pun tak ada. Kalau ada tepung boleh buat cucur udang.
Dapur bujang, ini sajalah yang mampu Naura lakukan.

Kuali..mana kuali ni? Naura garu kepala lagi. Diselongkarnya dalam almari tepi dapur. Ketang ketung bunyi periuk belanga berlaga menarik perhatian Ghadi yang baru masuk ke dalam rumah.

'Siapa pula yang ceroboh pagi-pagi ni.'
Ghadi mengambil pistol yang sentiasa tersisip dibelakangnya dan menuju ke dapur. Perlahan langkahnya sehingga Naura pun tidak menyedari kehadiran Ghadi.

"Jangan bergerak." jerit Ghadi sambil diacunya pistol kearah Naura.

Naura yang terkejut terus berpaling dan matanya terbelalak melihat senjata hitam berkilat itu diacu kearahnya lalu

ARGHHHHH!!!!!!!!!!!

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now