BAB 4

8.2K 305 1
                                    

Karisma yang baru mengetahui kejadian tersebut terus berlalri mendapatkan Naura yang kelihatan sangat sedih. Wajah sugul Naura telah menceritakan segala-galanya.

"Naura..Naura hang okey ka?" kalut Karisma menuju ke arah Naura.

" Aku baik-baik ja Karisma. Terima kasih kerana ambil berat." Naura tersenyum untuk menutup kedukaannya.

" Tak boleh aku. Dapat kat aku tau la budak tu langit tinggi rendah."

" Tak payah kecohlah Karisma. Benda kecil ja tu."

" Benda kecik kau kata. Dia tampar kau tau dak. Kalau aku..eh, awat hang tak lawan balik? Bukan hang ada tali pinggang hitam ka?" tanya Karisma sambil mengetuk dagunya.

" Kau ni, dia bukan musuh aku pun sampai nak karate dia. Dia tu cuma kurang kasih sayang saja tu."

"Ya la tak cukup kasih sayang. Cemburu buta namanya tu. Mentang-mentang la Encik Aariz layan hang lebih daripada dia, dia jealous pulak."

"Biarkan dia. Ala lama- lama okey la tu."

" Hang ni baik sangat. Kalau aku dah makan pasir dah budak tu aku tendang."

"Uishh, ganasnya. Kau berani ka?"

"Eh, dak aih. Aku acah-acah ja."

"Tau pun takut. Cakap bukan main lagi."

"Dak, mak aku pesan supaya jadi wanita melayu terakhir. Tak main la pukul orang. Nahe nahe kuch kuch hota hai."

" Apa-apa ja la Karisma oi. Dah jom masuk bilik,dah nak maghrib ni."

Tiada faedah berlama-lama di situ. Naura menghembus nafas sambil melangkah perlahan menuju ke bilik mereka. Sakit dapat, malupun dapat.

Pening juga Naura bila mengingatkan kejadian tadi. Dia datang ke sini pun sebab nak lari dari kes cinta tiga segi inilah. Dia lebih suka beralah daripada bergaduh berebut seorang lelaki.

Satu pergi sepuluh marilah. Itulah semangat yang dipegangnya dari dulu. Sambil tertawa kecil mengenangkan kisahnya, Naura terus berlari mengejar Karisma.

"Nah, ubat sedih hang. Chef Zaidi bagi kat aku suruh bagi kat hang. Aku hampir terlupa tadi." sengih Karisma.

"Ohhhh I love you Karisma."

" Dah tak payah duk lap you lap me. Hang lap chef Zaidi la sebab dia buat kat hang."

" Esok la aku ucap terima kasih dekat dia. Sekarang ni terima kasih Karisma. Kau la sahabat aku dunia akhirat."

"Sukriya bete inspector shahab." Karisma balas dalam hindi. Entah betul entah tidak Karisma tak peduli. Janji ada bunyi hindustan.

Duka Naura hilang dengan pemberian dari Karisma tadi. Sebungkus teh ais dapat menghilangkan sedih di hati Naura.

Sepasang mata memerhati gelagat mereka berdua tanpa disedari oleh Naura mahupun Karisma.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now