BAB 19

6.4K 273 7
                                    

Kecik menghampiri Naura yang sedang bersedih. Ala biasa la orang perempuan kalau kena marah mesti nak merajuk, tak banyak sikit pun jadi la. Sekental mana pun perempuan itu sifat manja mesti ada sedikit.

"Dah, dah la tu kakcik..sikit-sikit merajuk sudahlah. Nanti muka macam asam kecut tak dak sapa nak."

Naura berpaling dan mencebik mendengar pujukan Kecik.Macam tu ka nak pujuk orang? Mana mulut manis bergula tadi? Hampeh.

"Jom kakcik, ikut saya. Saya nak bawak pi syurga."

"Apa yang awak merepek ni?"

"Jom la, tadi kata nak melanun sangat kan. Orang ajak tak mau ikut pulak."

Mahu tak mahu Naura mengikut juga. Tadi mulut celupar sangat nak adventure kan.Nasib kau la Naura.

Kecik membawa Naura masuk ke dalam hutan dan bukan ke arah pantai.
Naura mula cuak tapi dia tidak menunjukkan rasa tidak senang itu di hadapan Kecik.

"Kecik, kita nak ke mana ni?"

"Ikut ja la. Kakcik ni risau sangat, bukan saya nak buat apa-apa pun."

"Awak jangan macam-macam Kecik, saya karate nanti."

"Kakcik ingat saya ni perogol bersiri ka? Choii tengok orang la, romeo Malaya ni."

"Ish..ish bangganya dia."

Setelah meredah semak samun, mereka sampai ke satu kawasan yang terdapat sungai yang jernih. Naura terpegun melihat alam semulajadi yang cantik. Tak sangka dalam hutan itu tersorok satu khazanah alam yang menakjubkan.

Tanpa membuang masa dia terus lari ke arah sungai tersebut. Telatahnya macam kanak-kanak mendapat gula-gula. Seronok sungguh. Hilang segala duka nestapa selama ini.

"Apa la kakcik ni, dah macam budak-budak."

"Ya Allah bestnya Kecik, kenapa tak bagitau awal-awal kat sini ada sungai.
Kalau tak boleh kita berkelah."

"Errr..." Kecik tak gamak nak beritahu yang Ghadi tidak membenarkan memberitahu Naura. Kenapa? Tiada siapa yang tanya kenapa.

Tanpa memperdulikan Kecik, Naura terus berlari ke gigi air dan mencelup kaki. Tanpa membuang masa terus dia terjun ke dalam air. Paras air yang separas dada menyenangkan Naura untuk berenang.

Seronok bermain air membuatkan Naura leka seketika. Kegembiraannya melegakan hati Ghadi yang ralit melihat Naura mandi sungai. Ghadi mengekori Kecik dan Naura ke sini untuk memastikan keselamatan Naura

Bukan dia tidak percayakan Kecik tetapi rasa bersalah kerana memarahi Naura membuatkan dia rasa bertanggungjawab atas keselamatan Naura. Lagipun tidak diketahui bahaya yang akan datang dalam hutan ini.

"Kakcik hati-hatilah. Jadi apa-apa nanti jenuh saya nak berjawab dengan bos."

"Rileks la Kecik, kita enjoyyyy!!"
Naura ketawa senang hati. Hilang segala masalah. Dia tidak pedulikan keadaan sekeliling. Kecik yang setia menanti hanya duduk diatas batu sambil memerhati Naura mandi.

Mungkin sudah lama tidak berenang, kaki Naura tiba-tiba kejang. Naura terkapai-kapai di tengah-tengah sungai dan hampir lemas. Kecik menjerit melihat kejadian itu terus terjun menyelamatkan Naura. Ghadi pun turut terjun apabila mendengar Kecik menjerit.

Ghadi terlebih dahulu sampai kearah Naura. Naura yang hampir lemas, terkulai disaat Ghadi menariknya ke darat. Ghadi terus melakukan pertolongan kecemasan keatas Naura.

"Kakcik bangun kakcik.." Kecik dah kecut melihat Naura tidak memberi sebarang reaksi.

"Kecik bawa bertenang."

Ghadi masih melakukan compression
keatas Naura tapi masih tidak menunjukkan sebarang kesan.

"Bos, buat cpr la cepat sikit." Kecik dah resah apabila Naura masih belum menunjukkan sebarang reaksi.

Ghadi masih lagi diam, memikirkan baik buruk jika dia buat cpr.

"Jangan fikir lama sangat bos, mati budak tu nanti."

Mendengar gesaan Kecik, Ghadi terus melakukan cpr keatas Naura. Kali pertama dan kedua tidak berhasil dan kali ketiga apabila Ghadi mahu meletakkan bibirnya ke bibir Naura, Naura terbatuk kuat.

Naura memuntahkan air yang banyak kerana tertelan ketika hampir lemas tadi. Ghadi terus menjauhkan mukanya dari Naura dan menarik nafas panjang. Letih juga nak selamatkan Naura tadi.

Kecik membetulkan kedudukan Naura sambil mengurut belakang Naura. Naura membiarkan sahaja perbuatan Kecik itu. Darurat kan.

"Terima kasih Kecik, nasib baik ada Kecik, kalau tidak saya dah mati lemas."

"Eh! Bukan saya yang....."

"Tu la seronok sangat sampai tak ingat dunia. Lain kali jangan terus terjun, turun perlahan-lahan basahkan badan dulu baru berenang."Ghadi dah potong ayat Kecik, takut Kecik bocorkan rahsia.

Naura tersentak apabila ditegur Ghadi. Dia hanya tunduk kerana dia tahu salahnya. Eh, bila masa Ghadi ada disini? Tadi dia datang dengan Kecik sahaja.

"Maaf kapten, lain kali saya akan lebih berhati-hati."

"Tu la kau selalu sangat bagi masalah kat aku. Kesian Kecik, kalau aku tak ada tadi, macam mana?"

"Tadi mengadu bosan la apa la, bila orang bagi peluang, dia lemas pulak. Esok-esok tak taulah apa nak jadi."

'Jadi mayat kut' kata Naura tapi cuma dalam hati.

"Sorry..tapi macam mana kapten ada kat sini? Kapten skodeng saya eh."

"Dah kenapa pulak aku nak skodeng kau. Tak ada kerja la aku nak buat macam tu."

"Tadi..."

"Jom kakcik, kita balik rehat dulu." Kecik cepat-cepat ajak Naura beredar. Kalau dibiarkan mahu bergaduh pula di tepi sungai itu.

"Terima kasih tau Kecik. Saya terhutang budi sangat."

"Tak pa kakcik, jangan terhutang budi nanti tergadai body." kata Kecik sambil mata melirik kearah Ghadi.

"Kecikkk..apa cakap macam tu. Takkan saya nak gadai body pulak. Saya bagi hati ja."

"Jangan kakcik, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata merana badan."

"Ishh apasal banyak sangat peribahasa hari ni Kecik?"

Ghadi hanya diam membisu. Malas nak campur perbualan mereka.

"Kecik apasal saya rasa bibir saya kebas semacam ja ni?"

"Erkk..air sejuk sangat kut, tu pasal kebas." Kecik pun tak tahu betul atau tidak alasan itu.

"Mungkin la kut tapi apasal rasa macam bekas orang cium ja...entahlah mungkin perasaan saya ja kut."

"Apa yang kau merepek ni???" Ghadi dah kalut.

"Entahlah kapten, mungkin perasaan saya ja. Mana la saya tau. Saya pun tak pernah bercium."

"Tadi kau kata.."

"Saya gurau ja la."

Kecik dah tak tahan terus ketawa berdekah-dekah. Kalau Naura tahu yang Ghadi dah curi ciuman pertamanya, tak tahulah apa yang akan terjadi.

Kalau Naura tahu pecah perang dunia ketiga rasanya.

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now