BAB 21

6.4K 254 5
                                    

Hei kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungmu
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak bagaikan
Laksamana Melayu

Hei sepuluh helai daun sireh
Kugentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat mengisi
Uratku agar bisa kulangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan si jantan yang berkokok

Di mana bumi kupijak
Disitu langit kujunjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Naura terpegun melihat Ghadi dan rakan-rakannya berlatih silat. Aduh! kenapalah engkau handsome sangat Ghadi. Persis pahlawan melayu dahulukala dengan baju silat hitamnya. Lagak seperti Laksamana Hang Tuah lakonan M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang. Masih terngiang-
ngiang lagu Mentera Semerah Padi.

Dia masih lagi keliru, relevankah lanun bersilat bagai? Mungkin lanun melayu kut masih menghidupkan tradisi nenek moyang. Ah! tak kisahlah lanun ka penyamun ka tapi pandangan Naura masih terlekat kepada Ghadi. Tak terkelip mata melihat pendekarnya membuka langkah.

Sejak kejadian hampir lemas, Naura sudah dibenarkan menyertai aktiviti mereka tetapi sebagai penonton sahaja. Ghadi sesekali tidak membenarkan Naura melibatkan diri kerana takut tercedera lagi.

Naura terus khusyuk meyaksikan mereka berentap sambil tersenyum.
Matanya terpejam nak ambil feel rasanya.

"Kakcik dah buat dah. Tu dah berangan sampai planet mana pun tak tau."

Masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Faham sangat dah dengan perangai Naura. Adanya Naura dapat menghiburkan hati mereka dengan telatahnya tetapi yang paling penting dapat makan sedap-sedap seperti di hotel.

Sehinggalah latihan silat habis, Naura masih lagi berangan. Yang lain sudah masuk kecuali Ghadi masih menunggu Naura. Ghadi duduk berhadapan dengan Naura tanpa berkata apa-apa. Saja nak tengok berapa lama lagi Naura nak berangan.

Naura tersedar apabila keadaan sudah senyap sunyi. Apabila dia membuka mata, dia terkejut melihat Ghadi sedang merenungnya dan kedudukan mereka hanya berjarak beberapa inci sahaja.

"Opocot mak kau Hang Tuah handsome." terus Naura tutup mulut bila dia terlatah.

Ghadi hanya mengherotkan bibirnya.

"Apa yang kau angankan Naura?"

"Err..err..bayangkan kapten jadi Hang Tuah. Gagah."

"Aku memang gagah pun, kau ja yang tak tahu."

"Eh! bukanlah. Saya bayangkan Jack Sparrow tukar baju lanun ganti baju silat, mesti lagi handsome kan."

Selesai berkata begitu Naura terus lari, tak mahu tunggu lama-lama takut Hang Tuah bertukar jadi Hulk.

Hahaha ada saja ayat Naura nak kenakan Ghadi. Ghadi hanya mampu memandang dengan geram sambil tangan memegang dada kirinya.

"Oh jantung please stay quietly there, I still want to live."

Dia sendiri tidak pasti berapa lama jantungnya akan bertahan jika setiap kali bersama Naura debarnya seperti lari 100 meter. Akhirnya dia melangkah dengan longlai menuju ke markas tetapi senyuman masih terhias dibibirnya.

Naura pula terus masuk ke dalam bilik dan tersandar dibalik pintu. Seperti Ghadi, dia juga memegang dada kiri yang berkocak hebat. Kalau macam ni hari-hari mahu kena heart attack. Ketika Naura masih berdebat dengan diri sendiri, terdengar ketukan.

"Kakcik, cepat la masak, kami dah lapar ni. Tadi latihan dah habis banyak tenaga ni."

'Aduhh Kecik ni kacaulah orang nak melankolia ni.'

"Ya ya nak keluar la ni."

"Kakcik berangan apa lagi?"

"Mana ada berangan."

"Alaa bagitau la. Sharing is caring."

"Banyak la awak punya sharing. Nanti masak sorang-sorang baru tau."

"Okey okey tak kacau dah."

So as long as I live I love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now 'till my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight

Naura hanya mampu jelir lidah apabila Kecik menyanyi lagu Beautiful in White dengan penuh perasaan.

"Kakcik nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia Kecik?"

"Kakcik dah ada boyfriend?"

"Buat apa nak tahu?

"Apa ni kakcik, saya tanya kakcik pun tanya balik, bila nak jawab soalan ni?"

Naura hanya ketawa gelihati. Dia memang suka nak buat Kecik geram.

"Kakcik sajakan. Cepat la, dah ada boyfriend ka?"

"Ishhh tak sabar sabar."

"Betul-betul la kakcik. Saya serius ni."

"Hmmm nanti nak kira."

Tanpa mereka sedar, Jai, Kai, Orlando, Qaid dan Ghadi berada disebalik dinding dapur. Sengaja mereka menyorok di situ setelah mendengar perbualan yang menarik antara Kecik dan Naura.

"So kakcik mengenai soalan saya tadi."

Naura memerhati sekeliling jika ada orang lain di situ.

"Kita berdua ja kat sini."

"Okey okey, sebenarnya kawan lelaki ramai alaa kawan sekerja tu la."

"Kami pun kawan lelaki juga kan, ishh kakcik ni, maksud saya kekasih."

"Ooo kekasih..ada."

"Kakcik dah ada kekasih? Alamak."

"Kenapa? Tak percaya?" Naura sengih melihat Kecik tercengang.

Ghadi yang mendengar dah berubah wajahnya. Tak sangka Naura sudah berpunya. Dia sanggup menahan debar setiap kali bersama Naura tetapi rupa-rupanya Naura dah ada kekasih.

Dia belum pun mula langkah takkan dah kecundang.Rakan-rakan yang lain hanya memandang Ghadi dengan wajah kasihan tetapi Ghadi masih dapat bertenang tanpa menunjukkan sebarang kesan.

"Siapa? Orang dekat ka?"

"Tak ah, orang jauh."

"Ya la siapa??" Kecik dah ketap gigi.
Geram Naura melengah-lengahkan jawapan.

"Nama dia...nama dia..." Naura saja melambat-lambatkan kata sambil tersenyum .

Mereka yang sedang menyorok tadi tidak tahan terus terjah Naura. Secara serentak mereka menjerit...

"APA NAMA DIA???"

Naura yang terkejut turut menjerit..

"OPTIMUS PRIME!!!"

Krik..krik..

GHADI AQHAR: THE LIONS Where stories live. Discover now