eps - 7 : Jumpa

Mulai dari awal
                                    

Satu ruangan pon jadi hening untuk beberapa lama tak percaya Boboiboy akan ambil keputusan ni.

"Kau betul - betul nak tolong diorang ke?" Soal Ying memastikan.

"Hmm mungkin" 

Fang mendengus tak setuju. "Tapi ini terlalu beresiko Boboiboy..!" 

Boboiboy membuang muka dia. Dia tau, tapi.

"Fikir lagi Boboiboy! Kalau diorang ingkar janji macam mana?! Tambahan bila Aunty kau tau nanti apa jadi??!! Akhir sekali kita belum pasti yang adik kau tu dah selesai dari masa penyembuhan dia ke tak, bila dia belum selesai kau nak ke kejadian tu berlaku lagi?!!?? Jangan jadi ego Boboiboy! Kau tak fikir dengan kesehatan adik kau ke?!" 

"Fang!!" Ucap  Yaya,Ying dan Ochobot mengingatkan. 

Fang pon tersedar langsung menutup mulut dia dengan tangan, alamak apa yang baru keluar dari mulut dia ni?? Mulut jahanam..! kau dah melampau!!

Lepas mendengar luahan Fang Boboiboy merasa murung dia jadi tak pasti dengan keputusan dia. Bila di fikir balik Fang betul jugak. Dia tak boleh macam ni, dia tak boleh punya rasa ego nak sangat jumpa ngan adik dia.

Kerana lepas kejadian yang pernah berlaku dulu dia dah tak pernah jumpa adik dia lagi, dia pon dah tak tau macam mana kabar adik dia. Yang ia tahu hanyalah adik dia baik - baik sahaja tinggal dengan Aunty mereka.

"S-sorry itu bukan apa yang aku maksud" ucap Fang ragu, aih dah silap cakap dia ni.

"Aih erh...j-jangan risau, si Pang tu cuma asal cakap je kau tau sendiri kan dia tu suka berlakon macam tau mana - mana hal" kata Gopal memberi semangat walaupun apa yang dia cakap tu sebenarnya tak logik. Sebab apa yang Fang cakap tu sesuai fakta kot.

Atok tetiba mendekat "Boboiboy.!"

"Eh? Ye Tok?" 

"Kau betul - betul nak pegi sana balik ke?" 

Dia nampak ragu "Hmm, kalau Atok izinkan" 

"Tapi..! Kalau tak pon Boboiboy rasa takpe" tambahnya.

Atok melihat Boboiboy dengan tatapan sedih, kesinalah cucu Atok ni, kalau Atok jawab tak nanti dia sedih, tapi bila Atok jawab ya bahaya jugak.

Dalam fikiran Boboiboy dia dah tau pasti Atok tak izinkan, haih mungkin nak pegi Cyberaya tu keputusannya yang paling buruk. Boboiboy pon dah mula berhenti berharap, mungkin perpisahan dia ngan adik dia tu lagi bagus dari pada diorang berjumpa.

"Hmm, kalau kau dah sampai sana jangan lupa bagi salam dari Atok tau" Rupanya jawapan Atok lain macam dari yang difikirannya.

Diorang tersentak. Ha?!

"Tok biar betul?" Soal Ochobot. 

"Betullah" 

"A-atok izinkan Boboiboy pegi?" Tanya Boboiboy tak percaya. 

"Iyalah, kalau kau tak pegi nanti sedih pulak" jawab Atok tersenyum.

Dengan rasa haru yang memenuhi jiwa, Boboiboy memeluk Tok Aba sambil berterimakasih.

"Haih menyusahkan betul! Kalau macam tu kitaorang ikutlah!!" Kata Gopal. 

"Eh? Buat apa pulak?" Tanya Ochobot.

Gopal berjalan mendekati Boboiboy lalu merangkul leher kawan dia tu. "Eih Ochobot, kan kesian bila si kepala dino ni kene masalah sorang - sorang! Lagi bagus bila kitaorang ikot! Seronok kan bila kene masalah sama - sama" katanya.

"Korang nak ikot?" Tanya Boboiboy dibalas anggukan dari 3 kawan dia. 

"Hm! Kitaorang pon penasaran ngan dia yang sekarang" kata Yaya ngan anggukan dari Ying.

Little Sister {EA and BBB fanfiction}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang