Peribadi Tuan Hardeen yang tidak pernah dilihat sepanjang tempoh perkenalan ini bagai melenyapkan peribadi buruk yang sentiasa terlekat di mindanya. Setiap malam mereka akan berjumpa di dek atas untuk menyaksikan panorama langit malam yang dihiasi kerlipan bintang sambil berbual kosong. Mereka bersetuju untuk mengenal hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Tiada sebarang ikatan percintaan namun masing-masing mengerti dengan perasaan yang dikongsi. Itu lebih memadai dari terburu-buru. Mereka masih memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri. Elliana seolah-olah mengerti, tidak menyoal lebih lanjut. Cukup mereka berdua saja yang tahu.

Usai saja solekan diberikan sentuhan terakhir, Tiara diminta Elliana untuk menukar pakaian sebelum membuat rambut. Busana putih mengikut potongan berkepuk-kepuk di bahagian lutut dan lengan terletak elok di tubuh. Pereka Bonia, Cik Katherine membantu dalam memperkemaskan busana di bahagian dada untuk menyembunyikan tonjolan lurah. Bunyi suara-suara manusia makin riuh selepas ahli pengurus pentas mula memberi notis acara akan dimulakan satu jam lagi. Para tetamu-tetamu sudah berasak-asak masuk ke dalam Miami Beach Convention Centre.

Semburan setiap bahagian kulit yang terdedah diratakan untuk memberi efek kilauan jika dilintasi cahaya. Kalung dihiasi batu permata amethyst dikenakan di leher, begitu juga dengan sebentuk cincin dari jenama Bonia. Tatkala penampilannya sudah siap sepenuhnya, dia diiringi Elliana untuk keluar dari ruangan khas bagi bersedia di belakang pentas. Acara sudah dimulakan dengan model lelaki terlebih dahulu sebelum diikuti wanita. Individu.

Gabra. Jenama yang dibawa mereka hampir tiba giliran. Apabila saat yang ditunggu-tunggu menjelang, pengurus memberi akses untuk keluar ke pentas runway. Nafas ditarik panjang. Segala ilmu yang ditimba selama dua bulan ini dikeluarkan sepenuhnya, bersusun-susun langkah yang digayakan kasut tumit tinggi lima inci dengan lenggok mengasyikkan. Lensa-lensa kamera tidak berhenti menangkap momen, Tiara berhenti di hujung dan memberi pose yang sangat indah. Lirikan matanya membuatkan penonton terpukau.

"Well, she definitely grabs people's attention with her walking style

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Well, she definitely grabs people's attention with her walking style."

"Her dress is awesome, is it Bonia?"

"You're right, it is Bonia. Their designs are amazing."

Kedua-dua belah kaki bertemu dengan pusingan yang sangat kemas untuk kembali ke platform hadapan. Pose terakhir diberikan untuk keluar dari runway ke belakang pentas. Tiara menarik nafas lega selepas matanya terhidang figura Elliana yang setia menunggu. Wanita itu mengiringinya untuk menukar pakaian bagi pertunjukkan peragaan secara berpasangan. Pujian demi pujian yang ditaburkan kru-kru produksi menembak-nembak gegendang telinga setelah mereka melolos ke dalam ruangan khas. Mata Tiara terhenti pada figura Hardeen yang sedang diperkemaskan Jenny di hadapan vanity mirror.

Tiara memerhati Michael yang sibuk mengurus rambutnya dari biasan cermin untuk mendaratkan chain headpiece. Busana yang digayakan cukup seksi dengan potongan yang terdedah sehingga ke peha. Terdapat kilauan manik-manik di atas fabrik nipis senada kulit, disertai fabrik tebal berbentuk V yang menutupi bahagian dada sehingga ke bawah. Solekan diubah suai dalam pemilihan warna gincu. Barang perhiasan yang lebih sederhana rekaannya dipilih bagi keseimbangan fesyen. Siap saja penampilannya, Jenny menghulur air minuman bersama straw selepas mereka bergerak keluar dari ruangan khas. Mata-mata lain tersasar tatkala Hardeen mendekati.

T I A R AWhere stories live. Discover now