Suasana pagi di New York pada hari kedua diisi dengan aktiviti meneroka. Mereka tiba di Spring Studios untuk ikut serta kempen sebelum minggu fesyen diadakan. Manusia membanjir di pintu masuk. Terdapat beberapa event yang dilakukan serentak seperti pelancaran koleksi, pembentangan rekaan pereka, booth pameran, dan acara peragaan busana yang dilakukan secara kecil-kecilan.

Tiara tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen-momen berharga. Sungguh dia sangat teruja merasai pengalaman begini. Sempat juga dia membeli cenderahati seperti rantai kunci, baju tertera 'I Love New York' di kedai kecil luar bangunan Spring Studios untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Tiara, cuba you berdiri sini. I have something particular in mind. Just stand right here for me, okay? I nak masukkan dalam album pameran studio." Kamera mirrorless yang tergantung di leher dihidupkan. Tiara bersetuju dan bersandar di railing jambatan. Elliana merapatkan kamera di wajah dan memfokuskan subjek di hadapan.

"Try to look natural and playful, like you aren't even aware of the camera."

Bersambung. "Perfect, I'm getting such a good angle here. Let's count it down and take a picture when I get to three."

"One, two, three!"

Beberapa keping gambar berjaya ditangkap. Tiara tersenyum lebar melihat figuranya di skrin. Butang masih ditekan ke slaid gambar seterusnya sebelum terhenti pada gambar terakhir. Lagak senyuman sangat ceria sehingga memperlihatkan barisan gigi. Gaya terpamer santai, dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa petang ini memberi efek selerakan sedikit rambut di wajah. Sangat natural.

 Sangat natural

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantik kan?"

"Cantik."

"Masuk bakul angkat sendiri nampak?"

Iringan campuran tawa mereka bergempita. Jam berganjak ke hari petang, sebuah restoran mesra muslim menjadi pilihan menjamu selera. Tepat pada angka tujuh, mereka pulang ke hotel untuk membersihkan diri selepas seharian bersiar. Dokumen-dokumen yang diperlukan diperiksa Tiara untuk memudahkan urusannya pada hari esok. Lampu dimatikan. Moga-moga semuanya berjalan lancar.

Pelabuhan Cape Liberty yang terletak di Bayonne dipenuhi banjiran penumpang yang tidak sabar menunggu pelayaran menaiki kapal persiaran Royal Caribbean. Melodi menggembirakan memenuhi udara, menambah unsur hiburan pada persekitaran. Meliar anak mata Tiara menikmati atmosfera riuh-rendah di sekeliling sambil merasai aroma laut yang bangkit di rongga pernafasan.

Sebuah kapal megah berlambang Royal Carribean menghiasi dok, dengan reka bentuk yang cukup mewah bertingkat dan berteknologi tinggi. Tidak dilupakan juga dengan servis berkelas daripada kru-kru kapal yang menyambut hangat, membimbing dan memaklumkan informasi kepada tetamu sepanjang pelayaran. Lensa kamera para pengunjung sesekali bercahaya.

 Lensa kamera para pengunjung sesekali bercahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
T I A R AWhere stories live. Discover now