"Bertaruh."

Hardeen menjawab setelah lama menyepi. Matanya tidak lepas merenung Tiara yang sedikit terkesan akan perbualan ini. Penumbuk dikepal, mengumpul kekuatan untuk berterus-terang walaupun akibat sedang menanti. Dia sudah tidak menghiraukan senyuman mengejek dari Sean, kerana fokusnya lebih tertumpu kepada gadis ini. Detik dimana dia menyampaikan selindungan rasa akhirnya musnah sekelip mata disebabkan khilaf sendiri. Mungkin ini saja masa sesuai untuk menyelesaikan sesuatu yang belum jelas di antara mereka berdua. Dan dia perlu menerima kenyataan bahawa dia bakal kehilangan Tiara selamanya.

Kelopak mata Tiara mula berkelip beberapa kali, merasakan sesuatu buruk sedang menantinya di hadapan. Lidah terasa kejung untuk bersuara. "Ber...bertaruh apa?"

"Untuk dapatkan kau."

Jujur Hardeen tidak bernada. Irisnya masih membaca air muka Tiara yang sedikit demi sedikit berubah. Ronaan kemerahan di wajah gadis itu semakin ketara. Sepasang mata indah yang menjadi gilaiannya turut berkaca sebelum menitis setitik demi setitik ke pipi. Hardeen menarik nafas yang terasa begitu sakit dan sempit di dada. Matanya masih tidak lepas merenung Tiara. Dunia bagaikan sedang tertawa. Demi Tuhan, dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan situasi ini.

"Exactly! Dia hantar I ke USA untuk pastikan I tiada peluang dekati you. Not just that, but he did say that you are the perfect target to feed his huge ego." Jelas Sean lagi sebelum menoleh berlagak kearah Hardeen yang diam tidak mempertahankan diri. "Puppet kampung, tak betul apa aku cakap Hardeen?"

Sekeping hati Tiara mulai menyanyikan melodi retak. Terhunus-hunus organ dalaman dengan belati tajam sehingga memancut darah. Mutiara jernih bergenang sedikit demi sedikit sebelum bertukar kepada empangan bocor. Tiara terhumban di lautan patah hati yang sangat dalam. Tuan Hardeen masih berdiri kaku, merenungnya tanpa berkeras untuk membela diri. Mereka bertatapan lama. Encik Sean cuba merapati untuk memujuk, namun dia lebih pantas mengelak dari disentuh.

"Tiara."

"Jangan sentuh I."

Sean menghela nafas. Turut terluka melihat kesedihan Tiara. "Just so you know, this is the real explanation behind it. I tak nak you terus tertipu Tiara."

"Apa bezanya dengan encik?" Air mata bergenang. Wajah Encik Sean ditatap berani. Dada ditunjuk. "Hati I tetap dipermainkan. Dua-" Nafas ditarik kasar, kedua-dua belah tangan menekup mulut, sukar menghadam. Sukar menerima. Setitik air mata menitis lagi. "-Dua kali. Dua kali I diperbodohkan. Dua kali. Apa salah I? Apa salah I?!"

Hardeen berdiri kaku, terpacak di bumi. Dia sekadar melihat figura Tiara yang sedang menangis, yang sedang terluka, yang sedang kecewa disebabkan dosa lalunya. Hati ini ditoreh berkali-kali, jiwanya kosong sehingga hilang kesedaran untuk bertindak. Kebenaran melanggarnya bertubi-tubi, tubuhnya hancur, binasa.

"Tiara." Sean ingin menenangkan gelodak emosi Tiara dengan menyentuh bahu gadis itu. Namun tidak sempat dia berbuat demikian, Tiara laju menepis. Sangat kasar.

'I will gladly cherish, love and protect her with my life. She's a part of me now.'

'One of the greatest joys of my life was getting to know her.'

'Aku cintakan kau.'

Luahan Hardeen terngiang umpama putaran kaset rosak. Tidak menunggu lama, kaki Tiara berundur tiga tapak ke belakang untuk beredar. Panggilan Encik Sean tidak disambut. Pandangan kabur, hala tujuannya entah ke mana. Kedua-dua belah kaki mulai laju menyusun langkah dalam keadaan berkaki ayam untuk melepaskan diri dari kemelut kesengsaraan.

Kesesakkan pergerakan kenderaan di lebuh raya bersusun panjang. Cahaya lampu isyarat berwarna merah tersimbah di wajah yang sembap dan bengkak. Dada ditepuk berkali-kali. Cubaan hanya sia-sia untuk mengurangkan nyeri. Hatinya sangat pedih. Mutiara jernih berhujanan lebat. Berlagu.

T I A R AWhere stories live. Discover now