18

145 41 26
                                    

"Jiae?..."

Jiyeon menolehkan kepalanya ke sebelah melihat seseorang yang baru sahaja memanggilnya tetapi dengan menggunakan nama Jiae. Terkebil kebil Jiyeon dibuatnya. Oh? Perempuan ini.

Gadis cantik yang dia pernah lihat berbual dengan Jeno pada bulan yang lalu mungkin? Jiyeon kemudian lambat lambat mengangukkan kepalanya, tidak pasti bahawa dia mahu menganggap dirinya sebagai Jiae ataupun tidak di hadapan si dia.

Gadis itu hanya tersenyum.

"Boleh aku duduk dengan kau?" tanya dia lagi sambil menunjuk satu tempat kosong di hadapan Jiyeon yang kini berseorangan. Sekali lagi Jiyeon menganggukkan kepalanya, mengiyakan pertanyaan tersebut.

"Er boleh panggil aku Jiyeon, nama aku bukan Jiae" kata Jiyeon yang masih lagi takut takut ingin melihat reaksi yang datang daripada gadis itu.

"Eh? Aku salah orang ke? Maaf—."

"Eh tak tak. Tak salah orang, ni kawan Jeno kan? Minyoung eh?" Jiyeon cepat melambaikan tangannya sebagai tanda tidak dan memotong ucapan si gadis. Dia juga cuba meneka nama gerangan tersebut.

Tidak lama untuk Minyoung menganggukkan kepalanya teruja lalu mengukirkan sebuah senyuman. Lalu tangannya dibawa masuk ke dalam beg sandangnya, ingin mencari sesuatu.

"Sebenarnya ni semua Jeno yang paksa aku untuk bagi dekat kau. Tak tahu kenapa dia gelabah tadi nak cepat cepat pergi ke satu tempat. Dahlah tak cakap apa apa selain daripada suruh aku bagi ni dekat girlfriend dia. Panik jugaklah aku, tapi nasib baik jumpa dekat sini hehe" terang Minyoung lalu menayangkan barisan giginya. Lantas, dia menghulurkan satu kertas yang berbentuk surat kepada Jiyeon.

Huh?

Dah kenapa dengan Jeno? Tiba tiba sahaja main pas pas surat dekat orang ni.

"Oh? Terima kasih" ujar Jiyeon dan dengan sopan, dia mengambil surat itu daripada huluran Minyoung. Tiba tiba Jiyeon terkekeh kecil apabila boleh membayangkan wajah Jeno yang gelabah disebabkan oleh cerita Minyoung tadi.

Mesti lelaki itu sibuk sangat sehinggakan ingin meletak surat hariannya di dalam loker Jiyeon pun tidak sempat. Aduh, lelaki itu. Terlalu bersungguh sungguh dalam hal yang seperti ini. Sebenarnya kalau diikutkan, Jiyeon tidak kisah pun jika Jeno langsung tidak mempunyai waktu untuk itu. Semuanya terpulang kepada Jeno.

Dan macam biasalah, Jeno kan degil.

"Sama sama. Aku tengok Jeno macam angau gila sejak akhir akhir ni. Dia ada cerewet dengan kau ke?" terang Minyoung, memandang Jiyeon di hadapannya sambil menahan dagu dengan kedua dua tangannya.

Jiyeon tertawa setelah mendengarkan cerita daripada Minyoung. Jelas sangat ke Jeno terlihat begitu angau sehinggakan orang lain juga boleh melihatnya?

"Tak, aku dah boleh agak. Mesti dia cerewet sangat kan dengan kau?" sambung Minyoung sekali lagi sambil memikirkan perangai si lelaki yang sedang menjadi topik perbualan mereka berdua.

Tidak disangkal, Jiyeon juga turut bersetuju dengan kata kata Minyoung.

"Sangat"

Minyoung pula yang terkekeh kecil setelah itu. Kini baru Jiyeon menyedari akan sesuatu, Minyoung sebenarnya adalah orang yang seperti ini? Sangkanya dahulu sewaktu pertama kali bertemu, Jiyeon ingatkan bahawa gadis cantik ini ada menyimpan hati terhadap Jeno.

Okay. Nampaknya Jiyeon yang salah mentafsirkan cara percakapan dan pandangannya kepada Jeno pada tempoh bulan yang lalu. Mungkin kerana dia terlalu cemburu? Salahkan Jiyeon.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now