17

141 44 29
                                    

Jiyeon menyepak batu batu kecil di jalan dengan menggunakan selipar yang dipakai olehnya. Matanya meliar memandang permandangan sekeliling dan kadang kadang dia tidak sengaja melihat tangannya yang digenggam oleh lelaki yang bernama Lee Jeno di sebelahnya.

Lee Jeno menawarkan diri dia untuk menghantarnya pulang !!

Sudahlah Jiyeon letih. Jiyeon letih hendak menghadap kemanisan lelaki itu. Tidak cukupkah dengan senyuman yang sememangnya sudah terlihat manis? Inikan pula kelakuannya yang juga turut sama manis.

Tolong ajarkan Jiyeon bagaimana cara untuk tidak pengsan setiap kali mereka bertemu nanti. asdfghjkl.

"Memandangkan tengah cuti, kau jangan buat benda pelik pelik kat rumah" pesan Jeno menyebabkan Jiyeon hanya menganggukkan kepalanya.

"Kau jangan bakar dapur, jangan buat eksperimen pelik pelik okay?" Jeno berkata lagi dan sekali lagi juga Jiyeon mengangguk. Amboi, kenapa prihatin sangat ni?

"Kenapa ambil berat tiba tiba ni?" Jiyeon bertanya disebabkan oleh rasa yang tertanya tanya. Memang lelaki itu terlihat tiba tiba sekarang ini. Selama mereka bersama sama sebelumnya, tidak pernah pula Jeno memberi pesanan seperti sekarang.

Jeno terkekeh kecil dan matanya memandang Jiyeon di sebelahnya yang kadang kadang masih lagi menyepak batu batu kecil di jalan.

"Yelah, aku mestilah ambil berat. Sekarang kau kan milik aku, milik Lee Jeno. Aku taknak kau terluka" ujar Jeno selamba menekankan perkataan 'Lee Jeno' sambil tangannya yang satu lagi mencuit hidung Jiyeon. Jiyeon tersentak lalu reflek tubuhnya sedikit ke belakang selepas itu. Wajahnya perlahan memerah sebaik sahaja menghadamkan kata kata Jeno tadi.

Oh. Dia lupa akan itu. Percaya tak?!! Jiyeon sudah menjadi hak milik Jeno. Mohon jangan cemburu dengan Jiyeon. Lagipun Jeno yang memaksanya untuk menggunakan gelaran itu. Bukan salahnya kan? Heh.

Hak. Milik. Lee Jeno.

Masih susah lagi untuk Jiyeon mempercayainya kerana semua ini berlaku dengan sekelip mata. Sungguh cepat waktu berlalu.

"Dah sampai"

Langkah kaki kedua duanya terhenti di hadapan bangunan rumah Jiyeon. Pegangan tangan mereka dilepaskan dengan perlahan. Jiyeon mula menganggukkan kepalanya sebelum ingin meminta izin masuk ke dalam.

"Bye"

Jeno menaikkan keningnya.

"Bye je?" tanya dia sedikit dengan nada yang kecewa membuatkan Jiyeon kembali berpaling memandang si lelaki.

"Bye je lah? Bye?" Jiyeon melambaikan tangannya lambat lambat. Dia juga keliru memandang Jeno yang kini memuncungkan bibirnya sedikit.

"Takde ke nak cakap dekat aku 'hati hati, nanti call lah kalau dah sampai rumah. take care' ha macam tu? Kau kena ingat yang aku ni sekarang cinta hati kau tau" kata Jeno lagi.

Oh tidak.

Jiyeon pula yang menjadi tidak kuat melihat Jeno yang sudah mula menjadi seperti ini. Kenapa dengan lelaki itu sebenarnya?! Mahu tidak mahu, Jiyeon tetap perlu mengawal dirinya daripada berguling di situ juga nanti. Sengaja bebola matanya digulingkan.

"Mengadanya. Okay take care, tu je" kata Jiyeon malas malas dan terus membuatkan Jeno tersenyum gembira.

Dapat take care pun jadilah. Lagipun baru hari yang pertama bukan? Hihi. Dia melambaikan tangannya kepada Jiyeon, kini sudah mula berjalan membelakanginya ingin masuk ke dalam.

"Jiyeon lambailah aku balik!" kata Jeno tidak puas hati. Apapun lelaki itu mesti mengajar Jiyeon agar terbiasa dengan perkara perkara seperti ini. Sekali lagi, Jiyeon dengan malas mengangkat tangannya dan digerakkan dengan laju tanpa berpusing memandang Jeno.

JENO ✔︎Onde histórias criam vida. Descubra agora