1

339 60 34
                                    

'Dear crush,

The reason I hate making eye contact with you is that I completely lose the ability to think properly'

  "Boo !!"

Secara tidak langsung surat yang berada dalam tangan Jiae terlepas. Laju laju dia menolehkan kepalanya ke belakang lalu surat yang berada di dalam pegangan, disorokkan ke belakang badan. Hati Jiae berdebar untuk beberapa saat, namun setelah melihat gerangan yang mengejutkannya sebentar tadi, debarannya semakin hilang.

"Terkejut aku! Dua orang ni memang tak sah kalau tak buat kerja gila" teriak Jiae tidak terlalu kuat kemudian menutup pintu lokernya.

Haeun dan Jiyeon hanya mencebik tidak puas setelah melihat Jiae yang mula menyalahkan mereka berdua. Jiyeon, gadis yang berwajah sama dan tiada beza sedikit pun dengan Jiae, mengambil sesuatu yang disorokkan oleh Jiae dengan pantas.

"Hei, aku punya!"

Jiae cuba untuk mengambil semula surat itu tetapi tidak berjaya disebabkan oleh Haeun yang menghalangnya daripada kakak kembarnya itu. Jiyeon pula mula tersenyum mengusik sebaik sahaja dia menghabiskan kata kata terakhir daripada surat istimewa milik Jiae.

"Wow! Kenapa Jiae ada secret admirer tapi aku takde?" Dia memuncungkan mulutnya berasa cemburu dengan si adik. Surat di tangannya kemudian diberikan kepada kepada Haeun pula yang mahu membaca.

"Yela kak, sebab kau ganas. Tak macam aku yang lemah lembut orangnya" Jiae selamba memuji dirinya sendiri dan sempat mendapatkan jelingan maut yang datang daripada Jiyeon. Tetapi senyuman bangga yang ada pada bibir Jiae tidak lama.

"Kenapa pulak ni? Kau tak suka ke dapat surat macam ni?" giliran Haeun pula yang bertanya setelah melihat reaksi Jiae yang mula merubah. Gadis yang ditanya hanya bermain dengan pakaiannya.

"Tapi aku kan nak Jaemin...."

Pfttt!

Jiyeon dan Haeun mula tertawa mendengarkan kata kata Jiae. Tinggi betul impian seorang gadis ini. Masih lagi tidak berputus asa dan mengharapkan lelaki yang bukan sahaja popular di kampus ini, malah mempunyai ribuan pengikut di media sosial yang dipanggil Instagram. Haeun mula merangkul bahu Jiae dan mengatur langkah pergi daripada kawasan itu.

"Kau yakin ke bestie yang suatu hari nanti lelaki tu sedar akan kehadiran kau kat dunia ni?" Haeun bertanya kepada Jiae dan mendapatkan persetujuan daripada Jiyeon. Jiyeon pun tidak yakin bahawa lelaki popular itu akan memandang gadis gadis biasa seperti mereka ini.

"Hei, aku boleh cuba okay!" nada suara Jiae sedikit ditinggikan.

Biarlah. Sekurang kurangnya dia ingin mencuba untuk membuat lelaki itu memandangnya suatu hari nanti. Biarpun itu nampak seperti mustahil. Helo? Dia cantik okay? Walaupun mungkin tidak secantik gadis gadis kaya yang wujud di kampus ini. Tetapi, rugi tau jika lelaki yang bernama Jaemin itu tidak melihat dirinya di sini. Apapun jadi, Jiae tidak mahu mengalah. Itu prinsipnya.

"Tapi, bukan bestfriend kau yang sorang lagi tu handsome jugak ke? Budak seni kan?" Haeun bertanya sekali lagi.

Hairan juga dia dibuatnya, sudah elok elok gadis itu ada rakan baik lelaki yang ada rupa paras menarik, tetapi tidak pula tertarik akan yang satu itu. Sudahlah putih, tinggi dan ada senyuman yang cantik pula. Bukankah Jiae yang sepatutnya rugi jika dia melepaskan lelaki itu?

"Jeno? Taknaklah aku" Jiae menaikkan keningnya. Dia terdiam seketika apabila mengingatkan rakan baiknya yang seorang lagi itu. Lelaki yang agak jarang dia berjumpa tetapi memegang status sebagai sahabat baiknya.

Istimewa bukan?

Jiae mendudukkan dirinya pada salah sebuah kerusi di meja kosong cafeteria besar kampus itu. Begitu dengan Jiyeon di sebelah lalu Haeun di hadapannya. Fikiran Jiae penuh dengan pelbagai cara ingin menyelesaikan masalahnya. Lebih lebih lagi masalah itu berkaitan dengan Jeno, seseorang yang merangkap kepada sahabat baiknya selain daripada dua orang gadis yang kini berada di hadapannya matanya.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now