7

133 44 11
                                    

Sudah hampir 15 minit Jeno memerhati skrin layar handphone yang memaparkan nombor baru Jiae. Perlukah dia menghubungi gadis itu pada waktu waktu seperti ini? Jeno duduk di hujung katilnya sambil mengeluh. Pandangan matanya dibawa ke luar tingkap, melihat langit malam.

Takut dia mahu menghubungi Jiae. Bagaimana nanti kalau dia sebenarnya mengganggu gadis itu? Tetapi, apa salahnya jika dia mencuba dan bertanya?

Setelah beberapa minit memikirkan hal itu, dia akhirnya memberanikan diri untuk menekan butang di skrin handphone itu. Handphonenya diletakkan di sisi telinga, menunggu si dia mengangkat. Berdebar jugalah Jeno dibuatnya.

"Jeno? Hi?"

Secara tidak langsung Jeno tersenyum mendengarkan suara itu daripada sana.

"Kau sibuk ke sekarang?" tanya Jeno setelah itu.

"Tak! Tak sibuk hehe. Kenapa kau call aku?" ujar si dia yang juga terlihat senang dengan Jeno yang menghubunginya.

Jeno mengeluarkan satu nafas yang lega sebaik sahaja mendengarkan keadaan orang di sana. Dia menjatuhkan tubuhnya, bebaring di atas katil sambil memandang ke siling atas.

"Saje. Rindu"

Jeno berkata dan tanpa diketahui olehnya yang si gadis di sana sedang bersemu merah mendengarkan hal itu. asdfghjkl. Jeno tiba tiba sahaja menelefonnya semata mata ingin mengatakan kata rindu? Jiyeon yang sebenarnya menjawab panggilan Jeno tadi, menggulingkan tubuhnya di atas katil.

"Jiae, kau buat apa harini?"

Jeno bertanya lagi menyebabkan Jiyeon menggigit jarinya. Lagaknya sudah seperti sang kekasih yang bertanyakan hari harinya. Adakah baik ataupun tidak? Berjalan dengan lancar ataupun tidak? Mata Jiyeon meliar, melihat sekitar bilik tidurnya sambil memikirkan sesuatu untuk dijadikan sebagai jawapan.

"Urm macam biasa. Pagi tadi aku pergi kelas lepastu makan lepastu kelas lepastu makan lepastu balik lepastu dekat dalam bilik ni. Tak pergi mana mana pun"

Mendengarkan penjelasan yang datang daripada Jiyeon menyebabkan Jeno menjadi tertawa, terhibur. Namun tawanya tidak lama setelah dia menyedari akan sesuatu. Serta merta dahinya berkerut, mencerna sesuatu.

Aik?

Jiae tidak pergi ke mana mana hari ini? Bukankah siang tadi baru sahaja Jaemin menceritakan hal mereka berdua kepadanya?

"Kau tak pergi mana mana ke harini? Tak keluar? Dengan seseorang?" tanya Jeno sekali lagi menjadi tertanya tanya. Jiyeon yang disana lambat lambat menggeleng.

Kenapa Jeno bertanya seperti itu?

"Takde. Aku tak keluar pun harini. Yelah siapalah aku, orang nak ajak keluar" Jiyeon berkata lalu terkekeh. Jarinya ralit bermain main dengan selimutnya.

Betul lah kan? Tiada siapa yang mahu mengajaknya keluar jika itu tidak Haeun ataupun Jeno. Lama juga Jeno terdiam dibuatnya, memikirkan sesuatu. Tiba tiba sahaja dia merasakan seperti ada seseorang yang sedang menipunya.

"Kau tak jumpa Jaemin ke?"

Eh? Jiyeon menjadi pelik. Kenapa mahu berjumpa dengan Jaemin? Lelaki itu masih lagi tidak berhenti mahu menyatukannya dengan Jaemin ke? Bukankah dia sudah menjelaskan bahawa dia tidak mahukan Jaemin, tempoh hari?

"Takde. Aku tak jumpa Jaemin, lagipun bukan ke aku dah bagitahu kau yang aku taknak dia?"

Terkilan Jeno untuk yang kesekian kali. Tiada lagi perasaan teruja tadi sewaktu pada waktu yang pertama dia menghubungi Jiyeon untuk 10 minit yang lepas. Dia terasa seperti mahu mengakhiri panggilan itu dengan segera disebakan oleh satu perasaan kecewa yang sedang mengganggunya.

"Jiae? Kita sambung esok boleh? Aku mengantuk" kata Jeno setelah itu lalu mendapatkan persetujuan daripada Jiyeon di sana. Walaupun Jiyeon terasa pelik dengan perubahan suara itu, namun dia tidak mahu mempersoalkannya. Mungkin betul Jeno sudah mengantuk?

Takpelah. Jangan fikir bukan bukan, Jiyeon.

Jeno mematikan panggilan itu setelahnya. Dia mencampakkan handphonenya ke sebelah dan termenung memandang ke atas. Dia tidak faham. Baru sahaja tadi Jaemin berseronok menceritakan tentang dirinya bersama sama dengan Jiae. Malah dia menunjukkan semua gambar gadis itu kepadanya begitu sahaja.

Mana mungkin Jaemin mahu menipu.

Ataupun Jiae yang menipunya sekarang ini? Kenapa Jiae mahu menipunya pula?

Jeno seperti tidak boleh berhenti memikirkannya sekarang. Matanya dipejam seketika sebelum dia membukanya kembali.

"Apa yang Jiae sedang sembunyikan?"












🎨












"Kenapa kau asyik tanya tentang Jaemin dengan aku ni?" Jiyeon bertanya sebaik sahaja dia mendengar sekali lagi pertanyaan Jeno tentang Jaemin kepadanya.

Sejujurnya dia tidak menyukai akan pertanyaan itu. Jeno hanya mendiamkan diri setelahnya dan memandang Jiyeon di hadapan. Dia hanya memerhati Jiyeon yang sedang sibuk membuat kerja yang hendak dihantar olehnya lusa.

Masih lagi Jeno tidak faham kenapa gadis itu mahu menidakkan halnya dengan Jaemin.

"Boleh tak kalau kita tak bercakap tentang Jaemin lagi selepas ini?" tanya Jiyeon dengan nada yang lembut, ingin meyakinkan Jeno bahawa dia memang sudah tidak mahukan Jaemin. Jeno mengeluh.

Baiklah. Jeno mengalah dan dia akan berhenti daripada berbicara tentang Jaemin sekarang.

"Kau kenapa sedih harini? Senyum sikit" Jiyeon berkata lagi sambil tersenyum dengan besar dan mahu tidak mahu, terpaksalah Jeno mengukirkan senyuman juga untuk si gadis.

Sekali lagi Jeno memandang gadis di hadapannya sambil temenung. Perlukah dia berhenti memikirkan hal itu? Lupakan semuanya? Tetapi bagaimana kalau selepas ini Jaemin mengajak Jiae keluar lagi dan bagaimana jika Jiae menipunya sekali lagi?

Okay cukup. Hentikannya Jeno. Dia sudah membuat sebuah keputusan untuk dirinya. Jika dia mendapati bahawa Jiae menipunya sekali lagi, dia tidak akan teragak agak untuk mencari tahu akan perkara yang sebenar. Okay sudah dan lupakan.

"Eoh kejap Jiae, aku ada bawa sesuatu untuk kau" Jeno tiba tiba teringatkan sesuatu yang dibawa olehnya khas untuk gadis itu. Dia membelek begnya sambil tersenyum. Kelakuan Jeno menyebabkan Jiyeon menjadi tidak sabar melihatnya.

"Kau bawa apa untuk aku?" terhenti kerjanya kerana menunggu hadiah daripada Jeno.

"Tadaaa!"

Jeno menghulurkan setangkai bunga mawar kepada Jiyeon. Tersenyum dia apabila melihat reaksi yang datang daripada si gadis yang sedang terkejut. Sangkanya bahawa Jiyeon akan menyukai bunga yang dibawa olehnya.

"Ambilah" kata Jeno lalu menayangkan barisan giginya.

Lama Jeno menghulurkan bunga itu tetapi tidak disambut sambut oleh Jiyeon. Malah gadis itu semakin ke belakang, menjauhi tangan Jeno. Masih lagi terdiam dan tidak berkata apa apa menyebabkan Jeno mengerutkan dahinya.

Kenapa? Tak suka ke?

"Haccum !!"

Terkejut Jeno dibuatnya apabila melihat Jiyeon yang tiba tiba sahaja bersin di hadapan dia. Jiyeon menutup hidungnya di situ dan bangun daripada duduknya. Tangan Jeno yang memegang tangkai bunga itu jatuh secara tidak langsung.

"Haccum !!"

Sekali lagi Jiyeon terbersin sekali gus membuatkan Jeno terkilan. Kenapa dengan gadis itu? Sungguh Jeno tidak faham. Dengan begitu sahaja, Jeno melepaskan bunga di tangannya dan berdiri mendekati Jiyeon yang masih lagi menutup hidungnya.

Dahi Jeno berkerut mencerna situasi sekarang. Namun langkah Jeno terhenti apabila Jiyeon menyuruhnya untuk tidak mendekatinya.

"Sejak bila kau alergi dengan bunga Jiae?!"














.
ohokkkk !!

JENO ✔︎Where stories live. Discover now