10

137 40 25
                                    

"i can still remember the first time i saw you. i wanted to be with you from the moment i laid eyes on you. i couldn't stop looking at you, your eyes, your smile – you stole my heart the first moment you spoke"

Jiyeon tersenyum pudar setelah itu. Dia kemudian memandang Jiae dan mula mengembalikan surat di tangannya kepada si adik.

"Ni untuk kau. Bukan untuk aku" ujarnya selepas itu dan begitu sahaja senyuman di wajahnya tadi.

Gagal.

Rancangan Jiyeon untuk berterus terang dengan Jeno gagal pada tempoh hari. Bukannya pada kali itu sahaja, malah sudah beberapa dia mencuba untuk mendekati lelaki itu bagi memberi tahu akan perkara yang sebenar. Tetapi? Sentiasa sahaja ada hal lain yang akan terjadi.

Jiyeon membencinya.

Tiada mood dia untuk hari ini. Air minumannya disedut tanpa perasaan. Entah dia pun tidak perasaan minumannya itu sama ada manis ataupun tawar. Sesekali dia mengunyah rotinya tetapi dengan sangat perlahan. Setiap satu suapan, itu akan mengambil masa selama 5 minit untuk mengunyah.

Kelakuan si kakak itu membuatkan Jiae menjadi tertanya tanya. Jiae mula mencebik lebih lebih lagi apabila dia melihat Jiyeon yang memberi semula surat istimewa daripada Jeno tadi kepadanya.

"Kak, kau kenapa?" tanya si adik sambil mengerutkan dahinya, tidak puas hati.

Jiyeon masih mendengar suara itu dan dengan malasnya dia mula menoleh, memandang Jiae di sebelah. Lalu, kepalanya terus dijatuhkan ke atas meja sambil matanya lurus melihat ke hadapan.

Sudah seperti orang yang baru sahaja putus cinta.

"Kau tak baca ke apa yang dia tulis? Dia tulis tentang waktu pertama dia tengok kau. Maksudnya tu bukannya tentang aku" jawab Jiyeon, menyebut satu satu perkataan tersebut dengan lambat.

Manakala Jiae menaikkan keningnya. Itu je?

"Alaaa tak rilek lah kau ni" sambung Jiae sambil menolak bahu Jiyeon yang masih lagi terbaring seperti orang yang tidak berdaya di atas meja tersebut.

Seketika, Jiyeon teringat tentang hal yang hari itu. Iaitu pada hari yang dia tiba tiba sahaja mengaku bahawa dia ialah teman wanita kepada Jeno di hadapan gadis cantik yang bernama Minyoung itu. Sekali lagi, Jiyeon mengeluh kesal.

Sudah berkali kali dia menyakiti hati Jeno ??!!

Dia ingat lagi bagaimana reaksi wajah milik Jeno yang satu itu ketika dia menjelaskan bahawa dia langsung tidak memaksudkannya. Dengan sebuah alasan, dia tidak mahu ada gadis gadis pelik mendekati Jeno.

Apa yang kau dah buat Jiyeon?!

Bodoh.

"Jiae, aku nak putuskan hubungan dengan Jeno" ujar Jiyeon sengaja mengaku di hadapan Jiae.

Entahlah. Dia sudah tidak sanggup lagi menjalani hari harinya seperti ini. Lainlah kalau Jeno betul betul menganggapnya sebagai Jiyeon dan bukannya Jiae. Memang dia betul betul akan menjadi dirinya sahaja selepas ini.

"Eh?! Kau dah kenapa? Cepatnya putus asa?"

Jiyeon terasa seperti ingin menampar sahaja wajah Jiae apabila melihat reaksi wajah adiknya itu yang seperti tidak puas hati. Malaslah Jiyeon mahu melayan. Dia menggulingkan bebola matanya.

"Tak kira tak kira. Aku dah taknak jumpa Jeno lepasni! Semua tu dah jadi urusan kau!" jelas Jiyeon dengan tegas. Dia menepuk meja itu berkali kali sebagai tanda muktamad.

Manakala Jiae tercengang dibuatnya.

Apani? Takkanlah secepat ini Jiyeon mahu mengalah? Dia takde menyimpan hati ke kepada lelaki itu sejak akhir akhir ini? Sudahlah hampir setiap hari kalau diikutkan mereka berjumpa.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now