2

207 50 37
                                    

"Kau okay ke?"

Jeno mengerutkan dahinya apabila menyedari akan sedikit perubahan yang ada pada si sahabatnya yang satu itu. Hairan Jeno dibuatnya. Dia hanya melihat gadis di hadapannya yang kadang kadang mengetuk meja dengan jari jemarinya sambil mata liar memerhati keadaan sekeliling.

Huh?

Manakala Jiyeon yang sedang berpura pura menjadi Jiae kini tersentak setelah mendengarkan pertanyaan itu. Semakin gelabah dia tetapi mahu buat apa? Kawal Jiyeon kawal. Kau jangan buat perkara yang pelik pelik.

Teragak agak Jiyeon mengangukkan kepalanya lalu tersenyum manis memandang Jeno.

"O—Okay. Aku okay"

Jiyeon tidak percaya yang dia akan mengikut sahaja permintaan Jiae terhadapnya. Dia juga tidak percaya bahawa misinya sekarang adalah untuk memikat lelaki handsome ini.

Iya handsome sangat !

Gila tak gelabah bila jumpa lelaki handsome seperti ini? Hairan Jiyeon dibuatnya. Kenapa si adik itu tidak mahu dengan lelaki ini? Terlalu berharap sangat dengan lelaki popular yang bernama Jaemin itu.

Haish.

"Jarang aku tengok kau ikat rambut kau macam ni" kata Jeno memutuskan lamunan Jiyeon sekali lagi menyebabkan Jiyeon terkejut dan terhenti.

Dia lupa! asdfghjkl

Jiae bukan jenis orang yang suka mengikat rambut.

"Panas. Aku ikat sebab panas" balas Jiyeon sambil menayangkan sengihan giginya. Wajahnya yang cemas sedaya upaya dikawal olehnya. Kalau boleh dia tidak mahulah Jeno terlalu curiga.

Kalau bolehlah.

Jiyeon betul betul mencuba untuk menjadi seperti Jiae. Sopan betul lah dia hari ini. Tetapi kalau suasana senyap begini sahaja, bagaimana dia mahu selesa setiap kali dengan lelaki itu?

Sungguh janggal!

Jiyeon tidak tahulah bahawa dia menyesal ataupun tidak untuk kalini. Tidak mahu terus larut dalam suasana yang agak janggal, dia lalu menyuapkan kek yang dipesan olehnya sebentar tadi ke dalam mulut. Kek pun sudah susah mahu ditelan.

Jeno menaikkan keningnya, sebaik sahaja merasa tertanya tanya.

"Aku tak tahu pulak yang kau dah mula sukakan benda manis ?" tanya Jeno berhati hati setelah melihat Jiyeon yang baru sahaja menelan kek coklatnya.

Alamak !

Jiyeon terhenti daripada mengambil suapan kek yang seterusnya. Matanya dibulatkan kerana sekali lagi rasa cemas itu menyelubungi diri. Nak jawab apa? Nak jawab apa?!

"Oh? Aku—tak suka benda manis ye? Tak tahulah. Harini tiba tiba rasa macam nak makan kek dia, nampak sedap. Memang sedap betul" Jiyeon sekali lagi menayangkan senyuman janggalnya. Matanya dibulatkan setelah mengatakan kata sedap itu.

Dia ingin meyakinkan Jeno dengan menyuap satu sudu lagi kek coklat itu ke dalam mulutnya. Biarlah Jiyeon. Kau redah sahajalah. Nanti kalau kantoi, salahkan Jiae. Kan senang.

"Princess.."

Jeno memanggil dan untuk yang keseribu kalinya dia terdiam di tempat duduknya. Princess? Kenapa dia panggil aku princess? Kenapa woi dia panggil aku dengan panggilan yang seperti itu? asdfghjkl !

Jeno mendekatkan wajahnya kepada Jiyeon apabila merasa pelik dengan tingkah laku gadis itu. Sungguh dekat wajah mereka berdua sehingga menyebabkan Jiyeon menjadi tidak boleh bernafas. Mendadak degupan jantungnya bekerja dengan keras sewaktu itu.

Ini adalah kali pertama untuk Jiyeon.

Dia tidak pernah menjadi sedekat ini dengan mana mana lelaki.

Jiyeon menjadi lagi terkejut apabila merasakan tangan lelaki itu yang terletak di dahinya untuk beberapa saat. Beberapa saat sahaja kerana selepas itu, Jeno kembali menjauhkan tubuh badannya daripada si gadis.

Tidak.

Jiyeon masih lagi terpaku di situ walaupun lelaki itu sudah menjauhinya.

Ya Tuhan.

Handsomenya dia ni.

"Aku ingatkan kau demam. Pelik semacam aku tengok harini" kata Jeno lagi lalu dia tertawa dengan begitu sahaja.

Ouh?

Jiyeon faham.

Tetapi melihatkan lelaki itu yang kini sedang tertawa semakin membuat Jiyeon menjadi terpesona. Sumpah dia tidak faham. Kenapa Jiae tak nak dekat dia ni ?! Baiklah dia ni daripada si lelaki yang popular itu.

"Oh aku nampak pelik ke harini? Sorry, aku pun tak tahu kenapa. Biasalah perempuan. Hehe" balas Jiyeon selamba menekankan 'hehe' di belakang ayatnya.

Dia memasukkan lagi sesudu kek coklat itu ke dalam mulutnya. Sempat dia mengunyah kek itu dengan kasar namun nasib sahaja dia menyedarinya dengan awal dan terhenti.

Jangan kasar sangat !

Cepat cepat dia mengubahnya dengan mengunyah perlahan sahaja. Kalau boleh matanya meliar ke tempat lain, tidak mahu nanti bertentang dengan milik Jeno.

Dia tidak sanggup untuk pengsan di situ.

Okay tiba tiba sahaja.

"Kau nampak comel harini, Jiae" kata Jeno tiba tiba terasa terhibur melihat kelakuan Jiyeon yang lain daripada lain hari ini. Ye memanglah lain. Dia bukan Jiae. Tertanya tanya la juga Jeno dibuatnya, tetapi dia tidak mahu mempersoalkan dengan lebih.

Nanti apa katanya pula.

Jeno tersenyum manis—

"Jangan senyum!" reflek Jiyeon menjerit lalu menghulurkan tangannya ke depan untuk menahan lelaki itu daripada tersenyum.

Krik krik.

Jeno yang terkejut sekarang ni mendengarkan jeritan daripada si gadis. Terus hilang senyuman di wajahnya. Kenapa dengan Jiae hari ini? Dia ada masalah ke? Jeno sekali lagi menjadi hairan.

Huh?

Jiyeon yang sepertinya telah sedar kembali ingin memaki dirinya sendiri di situ. Ha sudah! Apa yang kau dah buat, Jiyeon? asdfghjkl. Bagaimana mahu membetulkan semula keadaan kepada yang asal?

Jiyeon tersengih.

"Oh. Hehehe. Aku gurau? Aku gurau je, kau janganlah ambil hati HAHAHAH" Jiyeon tertawa kuat setelah itu.

Namun setelah menyedarinya untuk kali yang tidak tahu ke berapa kali, Jiyeon cepat cepat merapatkan bibirnya. Untuk yang ke tidak tahulah berapa kali jugalah dia memaki maki dirinya sendiri di dalam hati.

Bodohnya Jiyeon.

Kasar sangat ke dia gelak tadi?

Jiyeon lalu menunduk sambil menggigit bibir bawahnya. Sungguh dia terasa seperti ingin menangis sekarang ini. Semuanya salah Jiae! Kalau tidak dia yang mengada mahukan si Na Jaemin, takdenya jadi macam ni. Mungkin selamat sudah si Jeno ni menjadi bakal adik iparnya.

Namun tidak lama kemudian, tawa daripada Jeno mula masuk ke pendengarannya.

"Takpelah Jiae, kau baliklah dulu. Nanti kau dah rasa okay, kita boleh jumpa lagi" kata Jeno dengan nada yang sangat lembut sambil memandang Jiyeon yang kini sedang tidak tahulah sedang apa.

Jiyeon mengangukkan kepala. Dengan lambat lambat dia bangun daripada duduknya dan ingin beransur pulang dengan cepat.

"Urm Jiae.." Jeno memanggil lagi.

Jiyeon berpaling sambil kuat menahan dirinya daripada ingin menangis. Sempat dia melihat sekali lagi satu senyuman hangat yang terbit di bibir lelaki itu.

"Take care, princess"

Jeno berkata seperti itu sambil melambaikan tangannya kepada Jiyeon. Masih lagi dengan senyuman manis itu menyebabkan Jiyeon mahu tidak mahu, membalasnya juga. Apapun, dia tidak boleh menyakiti lelaki itu nanti.

Dalam diam, Jiyeon mengeluh. Nafasnya ditarik dan dihembuskan secara perlahan bagi menenangkan dirinya.

Mungkin dia perlu belajar banyak lagi daripada Jiae selepas ini?


















.

takut tersalah tulis Jiae dengan Jiyeon. hshhshshsjsk. terima kasih awak awak semua !

JENO ✔︎Onde histórias criam vida. Descubra agora