5

171 45 33
                                    

"Kak Jiyeon bangun !!"

Pang!

Jiae mengetuk di antara senduk dan kuali di dalam pegangan kedua dua tangannya menghasilkan satu bunyi yang kuat. Dia masuk ke dalam bilik si kakak kembarnya menyebabkan tidur pagi Jiyeon ternganggu. Dengan malas, dia membuka matanya lambat lambat.

Ei, budak ni aku lempang kejap lagi.

Jiyeon menutup kedua dua telinga, merasakan bunyi bingit yang kini semakin mendekatinya. Tidak lama kemudian, Jiae berhenti. Dia tersenyum mengusik sambil mendudukkan dirinya sebelah tubuh sang kakak.

"Eeee, semalam ada orang hantar balik" Jiae menyentuh Jiyeon menggunakan jari telunjuknya. Masih lagi tersenyum mengusik manakala Jiyeon hanya terdiam, mungkin memikirkan perkara yang terjadi.

Hantar balik? Siapa hantar balik?

Lama dia termenung sebelum dia memang betul betul sedar. Jiyeon terus bangun daripada baringannya, lalu membulatkan mata sambil memandang Jiae di sebelah. Bagaimana dia boleh tiba tiba tertidur semalam?

Jeno menghantarnya pulang ?!!

"Jeno hantar aku balik ke semalam ?!!" Jiyeon menjerit lalu pipinya lantas ditekupkan oleh diri sendiri. Em malunya!

Tetapi tidak lama kemudian, kejadian semalam membuatkan dia akhirnya tersenyum. Kenapa lelaki itu terlalu manis? Boleh sahaja Jeno mengejutkan dia semalam dan menyuruhnya pulang sendiri.

Uwaaaaaaa. Jiyeon menjatuhkan tubuhnya kembali ke atas katil dan berguling sedikit memikirkan si lelaki. Satu senyuman yang lebar terukir di bibirnya. Jiyeon sudah jatuh cinta? Tidak tahu.

"Hek eleh mengadanya dia ni"

Manakala Jiae tersenyum menyampah melihat gelagat si kakak. Tangannya tiba tiba melempar perlahan satu surat kepada Jiyeon. Jiyeon mengambilnya lalu menatap Jiae, dengan pelik.

"Tu Jeno punya surat cinta kat dalam loker aku. Tetapi disebabkan sekarang ni kau ialah Jiae, baik aku bagi kau baca dan simpan daripada aku buang" kata Jiae menjelaskan hal itu terhadap Jiyeon.

Jiyeon mendengarkannya, terus membuka surat tersebut. Dia membaca satu satu isi di dalam, masih lagi dengan senyuman lebarnya. Sekali lagi dia berguling guling di atas katil.

"Manisnya dia!" ingin sahaja Jiyeon menjadi gila disebabkan oleh lelaki itu.

Biarlah walaupun ayat ini Jeno sendiri yang reka ataupun dia mengambil dari mana mana ayat di internet sekali pun, Jiyeon tetap menghargainya. Dia memeluk surat itu. Memang dia akan simpan sampai bila bila! asdfghjkl.

"Aku nak makan, kalau kau nak makan keluarlah"

Jiae pula yang menggelengkan kepalanya, kerana ini adalah kali yang pertama dia melihat si kakak yang sedang dilamun cinta. Bahagia sangat nampaknya. Dia memukul perlahan Jiyeon sebelum keluar daripada bilik itu meninggalkan Jiyeon yang masih lagi tersenyum seperti orang gila, memandang siling di atas.

Sekali lagi dia membaca isi tulisan milik Jeno di dalam surat tadi.

"I think about you constantly, whether it's with my mind or my heart"















🎨















Hari ini sekali lagi, dia pergi bertemu dengan Jeno. Tidak tahu kenapa, setelah mengungkapkan bahawa dia tidak mahukan Jaemin pada tempoh hari menyebabkan dia menjadi semakin kerap bertemu dengan lelaki itu.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now