16

142 43 44
                                    

From : jeno yang tak handsome

jumpa aku dekat coffee bloom pukul 11, aku tunggu kau sampai kau datang <33

Jiyeon mencampakkan handphone ke sebelah, setelah dia membaca mesej yang baru sahaja dikirimkan oleh Jeno. Lantas tubuhnya kembali berbaring lalu memejamkan mata, dengan niat mahu menyambung kembali tidur paginya. Selimut tebalnya ditarik menutupi seluruh tubuh sehingga ke wajah.

Tidak mahu dia melayan lelaki itu. Lebih seronok jika dia melanjutkan tidurnya sehingga ke tengah hari nanti memandangkan dia sedang cuti sekarang.

Ting!

Jiyeon membuka matanya sekali lagi apabila mendengarkan itu. Terpaksalah dengan malasnya, dia kembali mencapai handphone tersebut. Geram sahaja Jiyeon ingin memaki, tetapi nasib baiklah mulutnya terasa seperti sedang malas ingin mengeluarkan sebarang makian.

From : jeno yang tak handsome

jangan sambung tidur !! bangun sekarang, jumpa dengan aku !! rugi tahu tak kau tolak aku yang handsome ni ?!!

Jiyeon tersenyum jengkel apabila dia membaca mesej yang dikirimkan oleh Jeno sekali lagi. Matanya yang masih lagi terasa berat disebabkan oleh mengantuk, dipejamnya sekali lagi. Handsome ke? Lebih baik dia memilih Minhyung berbanding dengan lelaki itu.

Okay tak.

Jiyeon menipu sahaja. Sebenarnya Jeno lah lelaki yang paling handsome dia pernah temui selama ini. Hanya sahaja Jiyeon sedang tidak bersedia lagi untuk menghadapnya. 3 hari lalu, gila dia tidak terkejut dengan luahan Jeno yang satu itu?!

Nasib dia tidak pengsan untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu menyukainya juga. Tetapi boleh percaya ke? Entah.

Ting!

Baru sahaja dia mahu kembali lena dibawa ke dalam alam mimpi, peranti elektronik itu juga kembali berbunyi mengganggu Jiyeon. Sekali lagi, dia membuka matanya dengan kesal. Apalagi dia nak?!

From : jeno yang tak handsome

seriously jiyeon ?? kau main mainkan aku ye main seen seen?? aku dekat depan bangunan rumah kau, aku tunggu kau sampai kau keluar. tak kira tak kira. bangun sekarang !!

Hah?!!

Terus Jiyeon bangun daripada baringannya setelah memahami teks mesej yang dikirimkan oleh Jeno sekali lagi. Membulat matanya setelah itu. Jeno betul betul dekat luar ke?! Ataupun dia sengaja nak suruh Jiyeon untuk bangun daripada tidurnya?

Selimut tebalnya dicampakkan ke tepi dan langkah kakinya diatur laju pergi ke tingkap bilik. Matanya meliar mencari kelibat lelaki yang baru sahaja berkata bahawa dia sedang ada di hadapan. Tidak lama untuk dia melihat Jeno yang sedang berjalan menghampiri bangunan itu.

Seketika, memang kebetulan kedua dua pandangan mata itu bertentangan di antara satu sama lain. Jelas muncul reaksi wajah yang terkejut daripada Jiyeon, manakala Jeno pula yang mula tersenyum nakal sambil melambaikan tangannya ke atas. Ingat Jeno tak boleh buat ke macam ni? Heh.

"Kenapa dia ada kat sini?!" teriak Jiyeon berseorangan lalu menjauhkan dirinya daripada tingkap itu.

Kakinya dihentakkan berkali kali ke atas lantai. Bebola mata digulingkan sebagai tanda menyampah. Nampaknya terpaksalah dia mencapai tuala dan pergi membersihkan diri. Lelaki itu memang tidak akan mengalah?

Dan kini Jiyeon mula memahami dengan apa yang dimaksudkan oleh si lelaki pada tempoh hari. Lantas sebuah senyuman terukir di bibirnya.

"Kau betul betul nak aku? Okay Jeno, kau tak tengok lagi sisi sebenar Jiyeon, ihik!" Jiyeon terkekeh kecil selepas itu, dan cepat cepat menyiapkan dirinya untuk bertemu dengan Jeno.















JENO ✔︎Where stories live. Discover now