Taufan memalingkan kepala dari televisyen. Memang dia sedang cari kerja kerana dia sudah cukup umur untuk bekerja. "Nani?"

Ibu Taufan yang berwarganegara Malaysia itu menunjukkan risalah tentang negara Malaysia kepadanya. Kemungkinan ada kerja kosong untuk anak sulungnya.

"Kat Malaysia mesti banyak kerja kosong. Taufan nak tak kerja kat sana? Kat sana memang ramai orang minta kerja." Ibunya menawarkan pekerjaan di negara asalnya, Malaysia. Taufan amat jarang pulang ke kampung sebelah ibunya yang terletak di Malaysia kerana lokasi yang terlalu jauh dari Jepun.

"Mareeshia? Taufan boleh je cari kerja kat sana. Tapi siapa nak jaga adik-adik nanti?"

"Taufan pergi je, tak perlu risau tentang kitorang. Lagipun Taufan juga cakap yang Taufan dah lama nak balik kampung kan? Jadi nilah peluang Taufan!"

Ibunya mengungkit semula permintaan Taufan. Kesemua anaknya memang sudah lama tidak oulang ke Malaysia kerana terlalu jauh. Inilah peluang putera sulung untuk ke Malaysia semula.

"Hmmm...tapi kalau ada apa-apa jadi disini macam mana? Apa Taufan nak buat?"

"Ha, yang tu biar mak dan ayah selesaikan. Nanti kita bincang ye? Mak memang tawarkan Taufan untuk bekerja kat sana sebab kadang-kadang ada banyak kerja kosong kat restoran, sekolah atau syarikat."

Anaknya menunduk memikirkan tawaran itu. Memang dia gembira dapat ke Malaysia lagi, tapi dalam masa yang sama dia juga tidak sanggup meninggaalkan keluarganya di Jepun.

"Mayu, Sini kejap!" Laungan seorang lelaki dewasa bewarganegara Jepun kuat bergema dari luar rumah. Anak-anaknya yang lain seeonok bermain salji musim sejuk.

"Ahh, nantilah kita sambung cakap. Ayah kamu dah panggil tu."

"Yelah."

Taufan turut keluar rumah untuk berseronok bermain salji di malam hari.

🍵🍵🍵🍵🍵

"Jadi..boleh tak abang benarkan Taufan kerja kat Malaysia?"

Suami Mayu yang bernama Hikaru masih memikirkan keputusan yang sesuai buat putera sulung.

"Kenapa perlu kerja di Malaysia? Di Osaka ni sudah tiada kerja ke?"

"Kenapa abang tanya macam tu? Marah ke? Kalau abang tak setuju saya batalkan jelah-"

"B-bukan marah! Abang tanya saja. Jangan sedih, abang tidak marah. Boleh sahaja kalau sayang mahu Taufan kerja di situ. Abang benarkan je." Jelas ayahnya. Awalnya sedikit gelabah kerana takut isterinya akan sedih jika mendengar ayatnya yang tadi.

"BETUL KE?! SERIUS?!" Mata Mayu berbinar-binar teruja.

"Haii..abang serius. Ada nampak muka abang macam muka main-main?" Hikaru berjenaka. Isterinya tersengih.

"Okey! Saya akan maklumkan kepada Taufan nanti! Arigatou gozaimasu abang! Aishiteiru!" Mayu mencium pipi Hikaru berkali-kali.

"Dou ishimashita. Aishiteiru juga buat isteri abang."

🍀🍀🍀🍀🍀🍀

"Halilintar, cuba baca majalah ni!"

Halilintar mempause lagu yang dimainkan di MP3. Matanya memandang satu-persatu kawan-kawannya. Kadang-kadang sahaja Halilintar melepak bersama kawan rapat perempuannya.

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Où les histoires vivent. Découvrez maintenant