" Kau ni--"

" Ada apa ni? " serentak mereka berdua menoleh kearah seorang Cikgu Disiplin yang sudah berumur. Pelajar - pelajar yang dari tadi menyaksikan drama percuma mula beredar pergi dari situ.

Tidak dihiraukan dengan pertanyaan itu , Sara dan jejaka itu hanya memandang sesama sendiri dengan pandangan yang tidak puas hati.

" Kalau aku jumpa kau lagi nahas kau aku kerjakan." ugut lelaki itu dingin sebelum beredar meninggalkan Sara berseorangan. Sempat juga dia melanggar bahu gadis itu.

Ekor mata Sara menyorot ke arah lelaki buta itu sehingga bayangnya hilang dari pandangan mata. Dia menggeleng kecil. Kaki diatur menuju kearah Pejabat Sekolah. "Dasar binatang pink."

" Siapa tu? " tanya Tengku Aqil Nazwan apabila ketua kumpulan Unix sudah berada di hadapan mereka.

" Target baru ke? " Soal Tengku Iman Danish pula.

" Yup. My new target." Senyuman sinis terukir di bibir jejaka-jejaka itu.

Unix.

|...|...|...|...|...|

" Jadi Saya nak--"

Knok

Knok

Tidak sempat Cikgu Suraya menghabiskan ayatnya , pintu kelas 5B sudah diketuk dari luar.

" Maaf kalau saya menganggu, ni kelas 5B kan? " tanya Sara sopan. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaanya bila dirinya menjadi tatapan beberapa pasang mata yang begitu asing baginya.

" Yes, kamu murid baru ke? " Tanya Cikgu Suraya dengan senyuman manis yang terukir di bibir.

Sara membalas pertanyaan Cikgu Suraya dengan anggukan.

" Okay, masuk dan sila perkenalkan diri kamu." Kaki diatur menuju kehadapan kelas 5B.

" Nama saya Tengku Sara Irdina. Boleh panggil Sara." senyuman manis dilemparkan buat pelajar-pelajar 5B.

" Thank you , Sara, awak boleh ambil tempat duduk dekat belakang tu." Arah Cikgu Suraya sambil tangannya menujukkan kearah meja kosong yang berada di tepi tingkap.

Ucapan terima kasih di ucapkan sebelum kakinya mengorak langkah kearah meja yang di tunjukkan oleh Cikgu Suraya.

" Eh tu bukan tempat Harris ke?"

" Harris bukan tak benarkan siapa-siapa duduk sebelah dia ke? "

" Awal-awal masuk sekolah dah cari masalah."

Dan banyak lagi bisikan-bisikan kelas 5B yang Sara dengar. Dia segera menepis beberapa tanggapan buruk setelah mendengar bisikan-bisikan itu. Sara melabuhkan duduk di tempat yang dikatakan oleh Cikgu Suraya.

" Sudah, diam! Okay, sila--"

Klak.

Lagi sekali pintu kelas 5B dibuka dari luar. Terpancul dua orang jejaka yang sedang melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh selamba.

Beberapa pelajar 5B mula menjerit suka.

"Oh Mak kau!" segera tangannya naik menutup mulut. Anak mata hazel itu mengerling sekilas kearah pelajar - pelajar perempuan yang seakan-akan menjadi sotong. Sara kerut kening  sebelum anak matanya jatuh kepada dua orang jejaka yang masih berdiri di hadapan kelas.

Macam ku kenal.

" Tengku Harris Iskandar? Tengku Iqbal Aieman? Kenapa lambat? " Cikgu Suraya sudah bercekak pinggang memandang wajah tanpa riak dua orang jejaka itu.

" Jammed cikgu." Jawab Iqbal di sebelah Harris.

" Jammed ? Sejak bila--" tanpa menunggu lama mereka berdua melangkah menuju ke tempat duduk masing-masing.

" Oi, Liyana Darwisha! Buat apa tu..." bahu 'Liyana Darwisha' di cuit Iqbal setelah dia mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu. Saja mahu mengusik si gadis.

" Apa masalah kau setan?! " tangan jejaka itu ditolak kasar. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia kaki kan wajah iqbal disebelahnya.

" Tu pun nak marah."

" Oi!! " Sara menoleh ke tepi apabila mejanya ditepuk kuat. Dia menjeling sekilas wajah dingin itu sebelum cepat-cepat dia memandang ke tempat lain.

" Siapa benarkan kau duduk sini? " Keras nada Harris berkata-kata. Tangannya naik memeluk tubuh memandang Sara di sebelah.

Wait... ni mamat buta tu kan?!

Sara hanya mendiamkan diri. Pura-pura tak nampak je lah. Buku dinaikkan ke muka berharap Harris tidak perasan akan dirinya.

Harris hanya diam memandang perlakuan Sara di sebelah. Punggung di labuhkan di tempat duduknya sebelum tangan naik menongkat dagu memandang gadis yang sedang menutup wajah menggunakan buku teks Sejarah itu.

" Kau... perempuan kat koridor tu kan? "

Diam.

Tidak menunggu lama bibir jejaka itu melorek senyum sinis. " Kau--"

" Tengku Harris Iskandar!! Sila fokus apa yang saya ajar! " Harris menggulingkan mata keatas. Pantang betul dia kalau ada orang memotong percakapannya.

Arahan Cikgu Suraya diabaikan. Matanya ralit memandang Sara di sebelah. Harris mendekatkan wajahnya pada buku teks milik Sara.

" Aku tak habis lagi dengan kau."

Sara rasa nak nangis sekarang ni. Baru masuk sekolah dah dapat musuh! What the fish!!

|...|...|...|...|...|

Kringgg!!

Loceng berbunyi menandakan sekarang sudah masuk waktu rehat.

" Hye, Sara! " Sapa seorang gadis. Senyuman manis menaikkan lagi seri di wajahnya.

Memang kat sekolah ni semua cantik-cantik eh? Gerutu Sara dalam hati. dia hanya diam memandang gadis itu.

" Sorry, nama aku--"

" Weh! "

To Be Continue

Tengah edit kan so saya tambah sikit and satu lagi saya mintak maaf kalau ada typo.

1083 Words

Saya baru perasaan yang nama Tengku Hasni tu nama guru kelas saya, Astaghfirullah 😭




The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now