0

559 72 46
                                    

"boo!"

Jeno mengejutkan gadis yang sedang tersentak hebat ke belakang. Jeno tertawa dan mengambil tempat di sebelah Jiae yang sedang ralit dengan handphonenya. Seketika, Jiae mencebik kesal akan kelakuan sahabat baik yang sentiasa ingin mengusiknya.

"kau tengok apa tu, princess?"

Jeno bertanya dan membuatkan Jiae menggulingkan bebola matanya apabila dia mendengarkan nama panggilan itu. Sekali lagi, Jeno tersengih berasa gembira akan kekesalan yang muncul di wajah Jiae.

"buat apa lagi? stalk crush la hihi"

Senyuman Jeno mula memudar setelah dia mendengarkan itu. Dia hanya melihat Jiae yang mula mengukirkan senyumannya sambil menatap layar skrin handphone itu. Jeno memuncungkan mulut dan diam.

"nooooooooo! kenapa dia perlu handsome sangat?? hihi gigit kang"

Kini, Jeno pula yang mencebik kesal apabila dia mendengarkan pujian itu. Dia melukis bulatan bulatan kecil di atas meja di hadapannya dengan menggunakan jari telunjuk. Raut wajahnya sekelip mata terlihat sedih.

"handsome sangat ke Jaemin tu? aku rasa yang aku lagi handsome daripada dia.." ujar Jeno perlahan namun tidak membuatkan Jiae tidak mendengar itu. Si gadis berpaling lalu memukul bahu Jeno. Handphonenya tadi disimpan ke dalam poket.

"hei! dia handsome okay. kau dengan dia berbeza dan kau takde apa yang dia ada. dia....sempurna ihikhikhik" Jiae mula menggidikkan bahunya, cair dengan lelaki yang sering bermain main di dalam fikirannya.

Aksi itu membuatkan Jeno menyampah dan hanya mampu menyumpah seranah di dalam hati sahaja. Dia kemudian melihat Jiae yang sedang mengemas barangnya dalam keadaan yang terburu buru.

"eh eh? kau nak pergi mana ni?"

"nak pergi kelas, tapi sebelum tu aku nak pergi intai dia dulu. byebye bestie, see you tomorrow~"  jawab Jiae sambil melayangkan sebuah 'flying kiss' kepada Jeno. Jeno yang melihat itu cepat cepat berpura pura mengelakkan dirinya daripada terkena.

Dia memegang telinganya yang mula memerah sambil menghantarkan pandangan kepada gadis itu yang semakin jauh menghilang. Setelah itu, Jeno memandang sebuah buku miliknya yang terletak elok di atas meja di hadapan. Dia mengeluh lalu membuka helaian buku itu.

Sebuah lukisan wajah Jiae hasil karyanya hanya dia tatap sebelum termenung. Adakah hatinya akan terus dipermainkan oleh gadis itu? Atau mungkinkah suatu hari nanti, Jiae akan sedar mengenai hal ini?

Jeno mengeluh lalu mengusap kertas karyanya dengan perlahan. Dia tidak kisah akan itu. Izinkan dia untuk menyakiti dirinya sendiri untuk sementara waktu. Selama mana pun waktu yang perlu dia tunggu, dia pasti akan tunggu. Tanpa jemu.

Sebuah senyuman yang ikhlas terbit di bibirnya sebelum berkata sesuatu.

"suatu hari nanti.."

JENO ✔︎Where stories live. Discover now