"Ada seseorang yang dah curi maklumat yang penting"

Tukkk!! Tuuukkk!! Ttuukkk!!

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dengan kuat. Kedua mereka tersentak dan dengan pantas mereka menyumbatkan segala rekod itu kedalam beg semula. Shakir membuka perlahan pintu itu. Dia menjengukkan kepalanya sedikit keluar melihat sekeliling. Pelik. Itu sahaja perkataan yang terdetik apabila tiada sesiapa di luar bilik itu.

"Siapa tu?" soal Mia setelah selesai menyumbatkan semua kertas-kertas itu ke dalam beg hitam itu semula.

Shakir merapatkan kembali pintu itu perlahan-lahan. Hatinya mulai rasa tidak sedap. Mia yang melihat reaksi Shakir berasa semakin tidak keruan.

Tukkkk!! Ttukkk!! Ttuukkk!!

Pintu diketuk lagi dan kali ini semakin kuat. Entah perasaannya sahaja atau memang ketukan pintu itu semakin kuat. Dada Shakir berombak pantas kerana terkejut dengan ketukan itu. Dahinya mulai merembeskan peluh nipis.

"Awak, kenapa ni?" soal Mia cemas sambil tangannya mencapai lengan Shakir apabila dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena disitu.

Shakir memandang Mia. Setelah itu matanya terarah pula kepada beg hitam itu.

"Mia did you take something that not yours?" soal Shakir inginkan kepastiaan.

"No, never" jawabnya

Shakir menarik lembut beg dari tangan Mia. Dia menyelongkar kembali segala barang yang terdapat dalam beg hitam itu. Semua rekod-rekod itu dikeluarkan semula,

Tuukkk!!! Tuuukkkk!!!tttuukkk!!!!!!tttuukkk!!!tttuukkkk!!!

Ketukan itu berterusan. Mia mula menunjukkan reaksi cemas.

"Awak" katanya dengan suara terketar-ketar.

"Don't open it" tegas Shakir.

Tangannya masih ligat mencari-cari sesuatu di dalam beg itu. Habis semua barang di dalam beg itu bersepah di atas lantai. Tangannya berhenti bergerak. Riaknya kosong. Tangannya ditarik perlahan dari beg itu bersama sesuatu benda yang aneh.

"Damn it!"

Gerak hatinya tidak pernah salah. Pada mula lagi dia dah dapat meneka perkara ini. Tangannya dengan pantas menyambar telefon bimbitnya di atas almari dan menyentuh skrin telefonnya lalu talian disambungkan.

"Haidi kau kat mana sekarang ni?"

Suasana tiba-tiba menjadi gelap gelita.

"Awak, apa kita nak buat ni?" soal Mia ketakutan masih merangkul erat lengan Shakir.

"Akkuu..ada.. dekat....." Panggilan terputus.

Shakir melihat tefonnya sudah kehabisan bateri. Dia memegang erat lengan Mia supaya Mia tidak ketakutan. Dia menoleh ke atas dan mendapati mentol lampu bilik itu pecah. Langit diluar kelihatan mendung seperti bumi bakal menimpa hujan yang begitu lebat. Shakir memberanikan diri memulas tombol pintu perlahan-lahan. Namun pintu itu seperti terkunci dari luar.

"Aahh shitt!!"

Tangan Mia yang merangkul lengannya mulai dilepaskan perlahan-lahan. Tanpa disedari Mia rebah ke lantai terbaring kaku.

"Mia...Miaa...Umairah..." panggil Shakir sambil menggoncangkan bahu Mia.

***

"Gema suara alunan menari bersama"

"Yang indah fikirannya memiliki dengan mudah"

"Dia pujaan jua derita"

"Samudera teragung tinggi berkuasa"

SAMUDERAWhere stories live. Discover now