𝐎𝐔𝐓𝐑𝐎 : 𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐁.

135 24 75
                                    

❗Watak WayV sebagai pasukan penyiasatan dan pakar psiktari telah ditukar kepada Day6

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❗Watak WayV sebagai pasukan penyiasatan dan pakar psiktari telah ditukar kepada Day6. Please take note, harap tiada yang keliru. ❗

.
.
.

[ 1 years later. ]

"Doktor Jae ada?" Wonpil bertanya pada salah seorang jururawat di kaunter pendaftaran.

"Encik ada buat temujanji ke dengan doktor itu?" Wanita itu mula mendail nombor seseorang menggunakan telefon pejabat. Wonpil menunjukkan sehelai kertas berisikan maklumat kes siasatan pada wanita tersebut, "Ini. Sebagai bukti. Ya, kami ada buat temunjanji semalam. Kami dari pasukan penyiasatan Korean Police Agency."

"Baik. Tuan boleh tunggu dulu ya di kerusi yang disediakan. Doktor Jae akan turun sebentar lagi." Wonpil mengangguk sebagai jawapan. Lantas tubuh dipusingkan lalu dia menghampiri pasukannya.

Selang beberapa minit, Jae turun dan menghampiri pasukan itu. Sempat mereka bertiga berkenalan singkat dengannya sebelum Jae menjemput mereka ke tingkat enam. "Kita pergi bilik meeting. Ruangnya agak besar dan soundproof. Senang kalau kita nak bincang hal-hal yang agak rahsia dan berat di situ."

Mereka sekali lagi mengangguk tanda setuju. Sesampainya di tingkat enam menggunakan lif, sebuah bilik meeting di hujung koridor dihampiri. Jae memasukkan kata laluan dan membuat pengesahan menggunakan cap ibu jari. Kemudian, barulah mereka dibenarkan masuk ke dalam dan mengambil tempat masing-masing di sebuah meja.

"Saya perkenalkan diri sekali lagi, saya Park Jaehyung. Call me Jae. Doktor pakar psiktari hospital ini," Jae membuka bicara, sekaligus memperkenalkan diri.

"Saya Kang Younghyun. Ketua detektif pasukan penyiasatan Korean Police Agency." Younghyun menayangkan senyum ramahnya, dan tentunya dibalas Jae dengan seukir senyuman kecil. Younghyun menghala jari telunjuknya pada kedua-dua ahli pasukannya yang lain, "Ini Wonpil dan Dowoon. Ahli pasukan ini. Nice to meet you, doktor."

"Nice to meet you all too. Jadi, boleh kita mulakan? Kenapa ya kamu semua ingin berjumpa dengan saya?" tanya Jae.

"Begini doktor..." Younghyun menghulurkan sehelai kertas pada Jae, "Doktor tahu perihal kes ini? Kes 'Three Silent Killer', atau orang ramai diluar sana memanggil kes ini dengan nama 'Pembunuhan Gila Sekeluarga.' ?"

Jae merenung sekejap pada kertas yang dipegangnya, kerutan jelas tercetak pada dahi saat dia membaca satu-persatu maklumat yang tertera, "'Three Silent Killer'? Felix, Chaeyoung, Jackson, Heejin dan Siwon..."

"Mengikut maklumat yang tertera pada fail ini," Wonpil pula mencelah setelah keheningan menyelimuti mereka selama seminit, "Doktor yang rawat Felix dan menangani kes Chaeyoung kan?"

Lambat-laun, Jae mengangguk. Segugus nafas dileraikan dari dada. "Iya. Memang benar. Saya yang merawat dua beradik tu. Kenapa ya?"

"Felix disahkan menghidap penyakit post traumatic stress disorder, benar?" Kali ini,  Younghyun terlebih dahulu bertanya, "Mengikut kertas siasatan ini, Chaeyoung pula menghidap penyakit major depressive disorder."

[C] True Identity.Where stories live. Discover now