07 :: The Numb Pain.

122 28 106
                                    

⚠️ Trigger warning : Self-harm. ⚠️

.
.

"Satu, sebab Chaeyoung dah tak sayang aku..."

"Dua, sebab Echan sakit..."

"Tiga..."

"Empat..."

Mata pisau lipat itu ditekan lalu ditarik dari telapak tangan hingga ke siku. Darah membuak-buak keluar dari satu garisan yang baru sahaja ditoreh ke atas permukaan kulit. Darah mengalir, hingga menitik ke atas lantai yang dingin. Tetapi berbeza pula dengan suasana hati Jayden yang panas dan menggelegak dengan amarah yang tidak pernah padam.

"Lima..." Kali ini, permukaan tangan ditoreh dengan cara melintang. Membentuk banyak garis luka yang tidak terkira. Jayden menumpahkan kekesalannya melalui cara self-harm. Baginya, sakit di tangan adalah sementara sahaja. Tidak boleh dibandingkan dengan rasa sakitnya saat Chaeyoung memilih untuk menjauhkan diri daripadanya.

"Jay?"

Terdengar suara Johnny memanggilnya. Namun Jayden tidak menjawab. Pisau lipat diletakkan di atas lantai lalu tubuh disandarkan pada pintu. Rambut pula diramas kusut. Fikirannya runsing dan serabut. Nafasnya juga kembali tidak stabil, dadanya terasa berat. Dari kelopak matanya tergenang air mata hangat, tinggal tunggu untuk tumpah sahaja, "Sakit... Kepala aku sakit..."

"Jay, are you there?"

Johnny cuba memulas tombol pintu namun hasilnya nihil. Pintu itu dikunci. Sepertinya, Jayden tidak mahu diganggu sekarang. Namun Johnny lebih mengerti tentang keadaan Jayden yang baru sahaja pulang daripada bertemu Chaeyoung. Lelaki itu tidak mengucapkan sepatah kata saat bahu mereka bergeser. Jayden lebih memilih untuk pergi menjauhinya, mengurung diri di dalam bilik.

"Leave me alone, John." Jayden bersuara setelah lima minit suasana diselubungi keheningan. Jayden memeluk tubuh yang terasa sejuk, "Chaeyoung mesti benci aku, kan?"

"Jay, open the door for me, can you?" Johnny berusaha memujuk Jayden untuk membuka pintu. Riak khuatir jelas tercetak pada wajahnya. Tangan masih memulas tombol pintu dengan kuat, dengan harapan dia dapat membukanya.

"John, kenapa aku rasa kosong? Kepala aku sakit gila. I can't take this anymore." Air mata kekesalan tercalit pada wajah Jayden. Lelaki itu menggenggam penumbuk lalu kepalanya dipukul kuat, "Aku benci diri aku."

"Hey Jay, hey..." Johnny melangkah masuk dengan pantas setelah berjaya membuka pintu. Lantas kedua belah bahu Jayden dipegang, pipi lelaki itu ditepuk perlahan untuk menyedarkannya semula ke alam nyata. "Jay. Ini aku, Johnny. This is me. Look at me. Take a deep breath..."

Pandangan Jayden berubah kelam. Sakit dikepalanya kian parah, seperti ada jarum halus menusuk perlahan dalam kepalanya. "Chae... Echan..." Itu perkataan yang sempat diujar Jayden sebelum pandangannya secara tiba-tiba berubah hitam dan badannya jatuh menghempas lantai dingin.

"Jayden!"

.

.

.

"Chae, balik sini boleh? Tolong aku tenangkan Jayden. Dia meracau lagi dan asyik panggil nama kau dan Echan..."

"Stop calling me!" Chaeyoung berkata, dadanya naik turun menahan marah yang kian bergelojak, "Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan orang gila tu. Kau faham tak Johnny? Aku merayu sangat, jangan ganggu hidup aku dan Echan lagi."

"Chae... please. Kau seorang je yang boleh buat dia pulih," Johnny dihujung talian masih tidak mahu mengalah. Chaeyoung menghembus nafas kasar. Tanpa sedar, pelukannya pada tubuh Echan semakin erat, "Jangan telefon aku lagi. Kalau sekali lagi kau telefon, aku takkan teragak-agak untuk lapor pada polis atas apa yang terjadi."

[C] True Identity.Where stories live. Discover now