05 :: Sacrifice For Blood.

142 26 127
                                    

"Aish, dasar Jayden tak guna!" Chaeyoung menggerutu kesal. Di bawah lindungan payung, dia mengorak langkah ke sebuah tempat. Langit yang menumpahkan air matanya bertali-temali, kilatan petir sambar-menyambar serta bayu bersilir kencang tidak sedikitpun mengganggunya. Satu persatu langkah diambil bersama hati yang kian dibalut debar. Matanya meliar memandang suasana perumahan yang sunyi tanpa manusia.

"Abang..." Chaeyoung bergumam lirih. Di hatinya bercampur baur pelbagai perasaan. Sama ada dia perlu ikut arahan Jayden atau membiarkan Jackson jatuh dalam genggaman lelaki itu. Chaeyoung terkurung dalam penjara masalah yang selalu membelenggu diri.

Secara tiba-tiba, langkahnya mati. Chaeyoung menghunjamkan pandangan ke pinggir jalan, ada sekujur tubuh seseorang terbaring meniarap seraya darah merah yang kian mengalir deras daripada kepala. Chaeyoung mendekati bersama fikiran yang rancu dengan kebimbangan, "Oh Tuhan, anak siapa yang terbaring dekat sini ni?"

Chaeyoung menggagahkan semangat untuk mencari wajah anak itu. Dia mencangkung, sebelah tangan masih memegang payung dengan erat, lalu tubuh dingin anak itu dipusingkan menghadapnya. Debaran jantung tiba-tiba menggila pada saat wajah anak itu ditatapi.

"Ec...Echan..."

Chaeyoung terpaku, telapak tangan yang tidak memegang payung menutup mulut yang melopong luas. Dia bagai tidak percaya bahawa dihadapannya ini adalah Echan. Tubuh anak itu penuh dengan lebam, pipinya yang tergores serta kepalanya yang cedera parah. Wajah Echan pucat sekali. Keseimbangan emosi Chaeyoung mula tergugat. Kesedihan dan kerisauan mula menghimpit diri.

"Siapa buat ni? Ya Tuhan..." Payung diletakkan dibawah, Chaeyoung membiarkan hujan membasahi badan. Kedua-dua tangannya menggigil kencang saat tubuh ringkih Echan diangkat perlahan lalu direngkuh seerat-eratnya.

Tiada kata yang dapat diungkapkan buat masa ini. Ibu mana yang tidak risau dan gelisah saat anak mereka nampak tidak bermaya, ditambah pula dengan kecederaan yang teruk pada sekujur tubuh mungil itu. Dari kelopak mata Chaeyoung, mutiara jernih pun menitis dengas derasnya. Nafasnya rasa terputus.

Dia sudah gagal menjadi seorang ibu buat Echan.

"Mama..." Kata-kata melantun keluar dari mulut Echan. Di sudut matanya yang kian redup, wanita pelengkap jiwanya akhirnya hadir juga. Hati Echan dipalit rasa sebak, "Kepala Echan sakit, mama. Mama tiup boleh? Nanti mesti sakit tu hilang..."

Masih dalam tangisan, Chaeyoung menggeleng laju, "Kita pergi hospital ya sayang? Kali ni, tiupan penyembuh mama tak dapat nak rawat kepala Echan. Kita biar doktor rawat ya?"

Echan menggeleng, "Mama tiup je. Echan kan kuat, nanti mesti Echan akan sembuh." Echan memberi Chaeyoung senyuman seadanya. "Papa panggil mama. Papa suruh Echan bawa mama pulang..."

Gelombang kemarahan mengocak jiwa Chaeyoung, "Papa? Tell me, Echan. Tell me the truth. Papa yang buat luka ini pada Echan, kan?"

Echan tersenyum kecil, kelopak mata anak itu semakin layu, "Papa tak salah, mama. Echan yang tak dengar cakap papa---"

"Echan, hear me out. Echan tak pernah salah, okey? Yang salah adalah papa. Mana mungkin ada lelaki yang bergelar seorang ayah sanggup mendera anak sendiri?" Chaeyoung bingkas bangun. Geramnya pada Jayden membuak-buak. Dia akan pastikan Jayden menerima balasan yang setimpal dengan apa yang lelaki itu lakukan pada anaknya.

Terus tubuh Echan didukung. "Mari, kita ke hospital. Mama nak Echan hidup. Jangan tinggalkan mama, sayang..."

"Hm," Echan bersuara pelan, "Kalau Echan sembuh awal, Echan boleh lindungi mama daripada papa kan?" Suaranya mengendur dihujung ayat. Pasti anak itu lelah sekali sampai tiada tenaga untuk berbicara dengan lebih lanjut.

[C] True Identity.Where stories live. Discover now