04 :: Blood, Sweat and Tears.

121 25 131
                                    

"Jackson! Where are you, huh?"

Suara itu bergema di sebuah rumah. Jackson mengetap bibir seraya memejamkan mata saat derapan kaki seseorang menyapa halwa pendengaran. Hatinya dicakar resah yang ganas, takut-takut jika bayang yang dihindarinya akan muncul tepat dihadapan mata. Di luar sedar, Jackson mula menyikat peluh yang entah bila merinik di sekitar dahi.

"Jackson. Keluarlah... ke kau nak aku bunuh adik kau dulu?" Gelak tawa gerangan itu mula berderai, untuk sejenak menambah debaran kuat dalam dada Jackson. Dalam diam, dia merutuki diri sendiri yang dengan bodohnya membantu Echan mencari jalan pulang ke rumah.

Kerana itu adalah umpan perangkap oleh musuh abadinya, Jayden. Setelah dia berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Jayden sebentar tadi, dia terus berlari mencari tempat perlindungan diri. Sayangnya, dia tidak dapat menjejakkan kaki keluar jadi terpaksalah dia menyembunyikan diri dalam rumah besar ini.

Jackson mengunci mulut. Dia yang bersembunyi di dalam sebuah bilik kosong hanya mampu membiarkan hembusan nafas kencangnya memenuhi ruang yang sepi. Sekalipun dia tidak berganjak dari tempat asal. Bilik ini hanya mempunyai sebuah tingkap yang bergerigil. Tiada perabot mahupun bilik air. Mustahil untuk Jackson menyelamatkan diri melalui tingkap itu kalau tiada sesuatu yang dapat digunakan untuk membukanya.

Jackson hanya mempunyai sebilah pisau lipat untuk melindungi diri. Alatan yang lain pula dibawa pulang Karina. Terpaksalah dia mencari tempat persembunyian, dengan harapan agar Jayden tidak menemukannya dan mungkin akan membunuhnya pada waktu itu juga.

Derapan kaki itu mula samar. Mungkin Jayden sudah menjauh. Jackson menghembus nafas lega. Sekarang ini, dia perlu mencari jalan keluar daripada sini secepat yang boleh.

"Papa... Sakit..."

"Papa... jangan pukul Echan... Hiks..."

Suara rintihan Echan kedengaran kuat. Jelas kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila telinga Jackson menangkap bunyi kaca berderai. Gelodak resah di dalam dadanya berombak kencang. Apa pula Jayden lakukan pada budak itu? Dan... Sekejap. Telinganya tidak salah dengar bukan? Echan memanggil Jayden dengan panggilan 'Papa'?

'Apa pula hubungan Jayden dan Echan?' Kerutan jelas tercetak pada wajah Jackson. Persoalan demi persoalan silih berganti memenuhi lautan fikirannya. Ah lupakan, yang penting, dia harus mencari jalan keluar. Itu tujuan utamanya.

Jackson memutuskan untuk keluar dari bilik ini. Tiada guna juga kalau dia hanya duduk menunggu maut menjemputnya. Bibir digigit kuat saat satu persatu langkah diambil. Lehernya dipanjangkan, matanya menebarkan pandangan ke sekelilingnya.

"Bukannya sakit pun kan? Setakat tu pun kau nak nangis? Gedik."

"Papa... Sa... Sakit... Echan sakit..."

Suara lirih Echan mencederakan ketenangan Jackson. Risaunya pada kanak-kanak itu semakin meninggi. Walaupun Echan telah membawanya ke sini, namun anak itu tidak bersalah. Dia hanya mengikuti arahan 'bapa'nya. Echan tidak perlu menjadi mangsa dendam antara dirinya dan Jayden.

"Jayden gila. Tak dapat aku, orang lain pula jadi tempat dia melampiaskan marah..."

Mulut Jackson tiba-tiba ditekup. Jeritannya tergelam timbul. Dia cuba meronta tetapi badannya dipeluk erat sehingga tidak mampu bergerak. Sebilah pisau diacukan pada wajahnya. Hampir-hampir sahaja hujung pisau tajam itu nyaris mengguris pangkal hidung namun Jackson sempat memalingkan wajah.

Siku dihayun ke belakang, tepat mengenai tubuh seseorang yang memeluk erat badannya. Saat pelukan terlepas, Jackson sempat berpaling untuk mencari wajah orang itu. Matanya melebar, apabila lelaki dihadapannya ini adalah seseorang yang paling dikenalinya, "John... Johnny..."

[C] True Identity.Where stories live. Discover now