08 :: Scary Voices.

136 27 168
                                    

[ Flashback, 2 years ago

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Flashback, 2 years ago. ]

"Saya tak cukup ke buat awak selama ni? Kenapa awak perlu berselingkuh dibelakang saya?"

"Kenapa awak mesti percaya cakap dia hah?! Kami hanya sekadar karyawan pejabat, tak lebih daripada itu. Stop making false assumption."

"Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang awak berselingkuh. Jangan nak pura-pura tak tahu, Siwon."

"Itulah masalah awak, cepat sangat percaya cakap orang. Eh malaslah saya nak bertikam lidah dengan awak. Buang masa. Lebih baik saya pergi je dari sini."

"Kita tak habis cakap lagi," tangan sang suami diraih lalu digenggam kuat. "Kenapa awak nak lari? Takut perkara ni sampai ke telinga anak-anak?? Ni bukan kali pertama awak buat macam ni. Hati saya sakit sangat."

Sang suami, Siwon merentap tangannya kasar. Kesabarannya kian menipis. Leteran sang isteri pula menambahkan lagi darjah kepanasan di dalam kamar pengap ini. "Saya penatlah, Heejin. Saya balik rumah ni, nak makan, nak tidur. Tapi bila berhadapan dengan awak ni, darah saya asyik menggelegak je. Berhenti cari salah saya!"

Medan tempur bicara itu bergoncang lagi dengan genderang perang perdebatan pasangan itu. Gelombang kemarahan mengocak jiwa masing-masing. Ini bukan kali pertama mereka bertikam lidah seperti ini.

"Lagipun, ini semua berpunca daripada awak. Kalau awak tak sibuk dengan produk kosmetik awak tu dan jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri serta ibu pada anak-anak kita, saya takkan berselingkuh dibelakang awak."

"Jadi betullah sangkaan saya selama ini? Awak berselingkuh dengan karyawan pejabat awak? Jawab, Siwon. Jawab! Jangan diam sahaja." Tergenang air mata hangat pada tubir mata Heejin. Jari telunjuknya terhala pada dada sang suami lalu ditunjal-tunjal kesal, "Saya kecewa dengan awak, Siwon. Awak mainkan perasaan saya."

Hati Siwon tercalit geram, gigi terketap rapat. Lantas rambut isterinya dicengkam seterusnya ditarik ke belakang, membuatkan kepala Heejin terdongak menatap wajah berang sang suami. "This thing won't happened if you being a good wife to me and a good mother to our child."

Pang!

Pipi Heejin dilempang kuat. Berdesing telinga Heejin apabila kepalanya terteleng dengan deras. Belum sempat dia mempertahankan diri, Siwon terlebih dahulu menendang sisi tubuh Heejin hingga wanita itu jatuh terhempas ke atas lantai.

"Kau ni memang selalu menyusahkan aku!" Rahang sang isteri ditumbuk laju. Tak cukup dengan itu, perut Heejin diinjak-injak kuat tanpa belas kasihan. Rintihan dan rayuan Heejin yang memintanya untuk berhenti diabaikan sepenuhnya. Entah apa yang merasukinya, rasa marah dan bengang dilampiaskan pada tubuh sang isteri yang sudah tidak bermaya.

"Mati, mati, mati!" leher Heejin dipijak-pijak kuat. Udara yang dihirup terasa kian menipis. Bebola mata sudah berair menahan segala kesakitan yang diterima. Heejin merayu lemah, "L-lepaskan s-saya, Siwon."

[C] True Identity.Where stories live. Discover now