01 :: Inception Of The Story.

216 39 58
                                    

"Kejadian pembunuhan pada kawasan perumahan 116 Ingye-ro, Paldal-gu, Suwon-si, Gyeonggi-do telah dilaporkan oleh seseorang yang enggan dikenali pada tujuh pagi tadi. Dikatakan, saksi menyaksikan kejadian pembunuhan tersebut ketika terdengar bunyi mangsa bergelut dengan seseorang...."

Samar-samar sahaja suara pembaca berita di kaca televisyen menyapa gegendang telinga Felix yang sedang berbaring kemalasan di atas sofa. Televisyen terpasang, namun dia sibuk bermain game di telefon bimbit. Keluhannya jelas terdengar apabila dia tewas dalam game tersebut buat kesekian kalinya.

"Kalah lagi..." Felix menarik nafas untuk merendahkan darjah kekecewaannya.

"Level ni susah siot!" Telefon diletakkan di atas meja kopi lalu dia kembali menatap siling rumah sambil memeluk tubuh. Bias angin malam menerusi jendela yang terbuka terus menggigit diri yang hanya dibaluti t-shirt nipis. Entahlah, cuaca malam ini terasa sejuk daripada kebiasaannya.

"Adik?" Jackson menapak turun tangga lantas Felix dihampiri.

"Hm?" Anak matanya bertembung dengan anak mata Jackson saat abangnya itu menghempas punggung dihujung sofa. Felix memandang penuh curiga pada Jackson yang sedang menaip sesuatu diruangan sembang aplikasi KakaoTalk. Abangnya itu sudah siap berpakaian rapi seperti ingin keluar.

"Abang nak pergi mana ni?" tanya Felix seraya mendudukkan diri.

"Abang nak keluar sekejap." Telefon disimpan ke dalam poket seluar lalu telapak tangan Jackson terulur untuk mengusap lembut rambut Felix, "Duduk dengan kakak dekat rumah ya?"

"Malam-malam ni ke?" Felix menjuih bibir. Lengan kekar Jackson diraih dan digoncang manja. Baru sahaja dia berniat ingin mengajak Jackson bermain Minecraft bersamanya, tetapi niatnya itu harus dibatalkan dek Jackson yang nampak seperti tergesa-gesa.

"Iya..." Pipi Felix dicuit lembut, "Eii pipi adik dah berisi... Tulah asyik makan je... bila orang ajak bersenam, tak nak..." Tawa Jackson berderai. Tak cukup dengan itu, pipi adiknya ditelungkup lalu ditekan-tekan lembut.

Automatik bibir Felix yang menyungging senyuman kecil kembali luntur. Terus tangan Jackson ditepis laju.

"Ish! Adik tak berisi la, adik kurus tau.." Bibir Felix mengerucut lucu, tidak terima ditertawakan Jackson. Nampaknya perbualan ringan bersama abangnya dapat menghalau jemunya untuk seketika.

"Okeylah, abang ada hal urgent ni... Nak pamit dekat kakak dulu baru berangkat keluar," Jackson menebarkan pandangan ke sekelilingnya. Dia mencari kelibat Chaeyoung.

"Kakak ada kat dapur, dia buatkan adik jajangmyeon," beritahu Felix. Jackson menggelengkan kepala, "Manja lebih. Sampai kakak buatkan makanan untuk dia."

"Kakak yang offer nak buatkan. Kalau biarkan adik masuk dapur, entah-entah dapur pun boleh terbakar..." Chaeyoung menghampiri sambil menatang semangkuk jajangmyeon. Dia turut melabuhkan punggung di sofa berhampiran. Setelah memberi Felix makanannya, tumpuan Chaeyoung beralih penuh pada kaca televisyen.

"Ha makan puas-puas, biar pipi tu makin tembam," seloroh Jackson pula. Sebelum dia pergi, masa yang terluang ini adalah baik untuk diisi bersama adik-beradiknya.

"Ish dah-dah pergilah keluar, kata tadi sibuk..." Felix mendengus kesal. Jika dibiarkan Jackson berlama di sini, pasti lelaki itu akan mengganggunya pada setiap masa. Belakang tangan dihayun laju tanda menghalau.

"Sampai hati eh halau abang, mana tau kita tak dapat jumpa dah lepas ini... Baru time tu nak rindu..." ujar Jackson sambil menayangkan mimik sedih. Lelaki itu bingkas bangun apabila jarum jam menginjak angka sembilan.

"Takkan rindu pon," Chaeyoung menimpali. Terus tawa Felix meledak. "Tah, takkannya."

"Hm, iyalah. Bye, abang pergi dulu!" Sebelum Jackson sempat menutup dedaun pintu, Felix sempat berpesan padanya, "Abang, jaga diri. Lately ni banyak kes pembunuhan. Bahaya."

"Sudah tentu, adik. Don't worry about me too much."

❲ ⸙͎ ❳

Qin bagi yang happy-happy dulu haha ^^
Cerita ni tak panjang pon, don't worry.
Terima kasih sebab baca <3

— edited, 261121.

[C] True Identity.Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα