Ch. 2.1 : Zeldris (II)

12 5 17
                                    

Zeldris tersedar dari tidurnya. Dia bangkit dari baringnya lalu menggaru kepala dan menguap dengan ngangaan yang besar akibat tidak menutup mulut. Kemudian, dia melunjurkan badannya untuk menggeliat dan menggeluarkan bunyi aneh yang kuat.

Akane: "Woi!, hormat sikit aku kat sini."

Gugur jantung Zeldris akibat terlalu terkejut lalu terkentut apabila mendengar suara jeritan yang datang entah dari mana. Zeldris mengurut dadanya, kemudian dia memandang ke arah Akane.

Zeldris: "Salam khabar tak de, tetiba woi. Pukimak kau."

Akane: "Salah aku plak, aku dah duduk sini lama tau. Kang aku tembak kau, mati jugak kat sini."

Akane mengacu pistol ke arah Zeldris, tepat pada kepalanya. Zeldris pula sudah sedia untuk melepaskan tumbukannya kepada Akane. Huh, orang kata kita kena ambik "Kesan pertama (first impression)" saat kita pertama kali bertemu dengan seseorang. Tapi, nampaknya ia tidak akan pernah berlaku antara Zeldris dan Akane.

Beberapa minit telah berlalu, suasana menjadi sepi dan janggal. Untuk mengakhiri situasi ini Akane memulakan perbualan.

Akane: "Tch, buang masa aku je layan kau. Dengar sini, pergi mandi then makan sarapan. Aku tunggu kau kat luar."

Zeldris: "Why aku perlu ikut cakap kau??"

Selamba Zeldris menjawab. Akane yang sudah habis menahan sabar dengan kelakuan Zeldris, dia terus menembak tepat pada tapak tangan kirinya. Zeldris merintih kesakitan, setitik demi setitik darah mengalir. Akane yang melihat kejadian itu tersenyum puas dengan tembakannya.

Akane: "Dah! pergi siap sana, jangan banyak soal."

Akane memanggil beberapa orang yang berhampiran dengannya dan menyuruh mereka merawat luka Zeldris. Tanpa sebarang bantahan, mereka akur dengan perintah Akane. Zeldris merenung ke arah Akane. Dia tidak merasai sebarang aura kekuatan pada tubuh Akane, namun dia sangat dihormati oleh orang di sekelilingya. Siapakah dia yang sebenarnya?

"Aku sangat yakin dia dari keluarga tingkat bawah atau lebih teruk."

⊱──────ஓ๑♡๑ஓ─────⊰

Zeldris diberikan sepasang sut hitam bersama sehelai  baju kemeja putih dan seutas tali leher. Perasaan ingin tahu Zeldris membara kerana semua pakaian yang dipakai oleh orang di sekelilingnya (*orang yang di markas) memakai pakaian yang serupa. Zeldris menyuap nasi lemak (*meleis) dan meneguk air milo panas ke dalam mulutnya.

Setelah selesai, dia menuju ke pintu bilik. Zeldris membuka sedikit pintu lalu mengintai keadaan sekeliling di luar bilik. Kelihatan Akane sedang duduk di atas sebuah meja sambil mengelap pistol yang digunakannya tadi. Zeldris meraba pakaiannya untuk memeriksa pisau bedah yang dicurinya semasa dirawat sebentar tadi. Pisau bedah tersebut disorokkan ke dalam baju lengannya.

Zeldris memalsukan batukannya untuk menarik perhatian Akane. Akane yang sedar tentang itu, dia terus mengarah Zeldris untuk mengikutinya. Segala pertanyaan Zeldris kepada Akane tidak terbalas. Akane hanya diam dan membawanya ke sebuah bilik.

Akane mengetuk pintu lalu meminta izin untuk memasuki bilik. Pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki yang memakai pakaian yang sama seperti Zeldris. Mereka berdua memasuki bilik tersebut.

President: "Zeldris, prince of darkness."

Tersentak Zeldris mendengar nama lainnya disebut. Zeldris memandang wajah si pemilik suara dengan muka yang waswas. President meletakkan sehelai kertas di atas mejanya. Sehelai kertas yang memiliki semua biodata milik Zeldris. President mengukirkan sebuah senyuman sinis lalu berkata..

[OG] DIARYWhere stories live. Discover now