Ch. 2 : Zeldris (I)

13 5 3
                                    

Suasana yang tenang dan nyaman bertukar menjadi gelap, suram dan mengerikan. Bau bunga mawar yang pada awalnya mengisi seluruh pelusuk kawasan kini digantikan dengan bau hanyir darah. Muzik latar yang tadi enak dimainkan berhenti lalu bertukar menjadi suara-suara bisikkan yang tidak jelas didengari.

Beberapa gerakan bayang dapat ditangkap oleh mata. Ia laju tapi jelas dilihat, aneh. Bunyi desahan nafas kini semakin kuat. Entah apa yang ada dihadapannya. Seluruh badan terasa berat. Tidak dapat digerakkan. Munculnya bebola putih bernyala diteruskan pula dengan kemunculan bentuk separuh bulatan.

Beberapa belah tangan meraba seluruh badannya. Jika dilihat dengan jelas, ianya terlihat sangat kurus dan bewarna merah kehitaman. Jumlah keseluruhannya boleh dianggarkan sebanyak 12 belah tangan, namun dia tidak merasai sebarang kewujudan makhluk di sekelilingnya. Siapakah pemilik tangan-tangan ini?

Mata khusyuk mememerhatikan tangan-tangan di sekitar tubuhnya sehingga melupakan makhluk-makhluk hitam yang berada di hadapannya.

"HHHWAAAARRRGGHHHH!!"

Tersentak mendengar bunyi jeritan nyaring yang tiba-tiba berbunyi. Makhluk-makhluk hitam itu berlari kearahnya. Semakin mereka mendekati, semakin jelas susuk tubuh itu terlihat. Berbola putih bernyala itu juga turut mengikuti pergerakkan si makhluk hitam. Perasaan risau mula menguasai hati dan pemikiran. Berusaha keras untuk menggerakan diri dan berlari selamatkan diri. Namun ianya tidak memberikan sebarang hasil.

Wajah rupa makhluk hitam itu berada tepat di hadapan batang hidungnya. Siapa sangka, berbola putih bernyala, bentuk separuh bulatan dan beberapa belah tangan adalah bentuk sebenar wajah makhluk-makhluk hitam tersebut. Belum sempat dia mengelipkan mata, tangan di muka makhluk itu telah memberikan cakaran dalam kemukanya ...

"AAAAAARRRRGGGHHHH!!"

Zeldris terbangun dari tidurnya. Berpeluh lebat seolah dia baru selesai mandi. Tangan kanannya mencapai dada yang berdegup laju manakala tangan kirinya direnung oleh mata. Zeldris memandang ke arah kanan lalu menyedari dia tertidur di dalam kereta. Zeldris menghembuskan nafas lega kerana ianya hanya sekadar mimpi.

Akane: "Another nightmare?"

Zeldris menoleh padangannya kearah pemilik suara. Seorang gadis cantik dan menawan duduk disampingnya sambil mengelap sebilah pisau dengan sehelai kain putih. Zeldris hanya menganggukan kepala sebagai tanda jawapan kepada Akane.

Akane: "Well, aku tak salahkan kau. Bekerja sebagai mata tangan orang bukan suatu kerja yang nyaman."

Zeldris: "Kau tak perlu kot bagi tahu aku setiap kali aku kena nightmare. Aku tau apa yang aku buat."

Akane: "Heh, aku just bagi peringatan je. President amanahkan aku untuk jaga kau."

Zeldris menggigit bibirnya. Menahan geram dengan kelakuan Akane, walaupun mereka berada dalam kumpulan yang sama, mereka berdua masih tidak serasi dengan personaliti masing-masing.

Akane pula sedikit memandang rendah kepada Zeldris. Zeldris adalah keluarga berketurunan Vampire, namun dia masih mempunyai 1001 kekurangan. Berbeza dengan dirinya, Akane adalah seorang manusia yang telah berdikari sejak kecil. IQ level dan tahap kelincahannya telah mengatasi makhluk jenis ahli sihir.

Akane: "Nanti, kau jangan lupa report dekat President. Aku ada pelanggan lain lepas ni."

Zeldris: "Ye ye, aku tahu."

Zeldris mengeluh perlahan, teringat kembali saat kali pertama dia menyertai organisasi mafia itu serta pertemuan kali pertama dia berjumpa dengan Akane dan ketua mafia atau nama lainnya 'President'.

⊱──────ஓ๑♡๑ஓ─────⊰

Zeldris terbaring lemah. Mulutnya tercungap-cungap menghirup udara untuk bernafas. Kedua tanggannya gementar hebat dan tidak dapat digenggam. Matanya tidak beralih daripada memandang siling. Fikirannya kosong tidak memikirkan apa-pa.

Bunyi suatu tapak kasut semakin mendekat. Zeldris yang buntu untuk membuat sebarang reaksi, dia hanya merenung ke arah siling lalu menggerakkan anak matanya ke arah pemilik bunyi tapak kasut tersebut.

Seorang lelaki yang tinggi, bersut hitam, berkaca hitam, bertopeng, berjam dan bersarung tangan berada di sampingnya. Disisi seluarnya pula terdapat sepucuk pistol. Selang beberapa saat kemudian, lima orang yang tidak dikenali turut muncul di hadapannya.

BZZZZZZZZ! BZZZZZZZZZ! SHHHHHHHH!

Bunyi aneh menangkap perhatian Zeldris. Sedikit demi sedikit kesedaran Zeldris kembali pulih. Dia menyedari dan mengingati semula semua perbuatan yang telah dilakukannya. Lokasi tempat baringannya adalah suatu bilik yang dipenuhi dengan tompok-tompok darah di seluruh dinding. Beberapa tubuh juga dikenal pasti tidak bernyawa berada di dalam bilik tersebut.

Zeldris mencuba untuk membangkitkan badannya namun apakah daya, dia tidak mempunyai sebarang tenaga untuk melakukan pergerakkan tersebut. Zeldris memandang kembali ke arah makhluk-makhluk yang berada di sampingnya sebentar tadi. Alangkah terkejutnya Zeldris apabila mendapati seekor makhluk iblis berada di sampingnya. Berdasarkan gerak geri yang dilakukan, makhluk berjenis iblis itu sengaja mengeluarkam aura keiblisan dalam dirinya untuk menakutkan Zeldris.

Tubuh Zeldris menjadi kaku akibat terlalu gerun setelah melihat wajah si iblis. Kemudian, sebuah isyarat mata telah diberikan kepada mereka yang lain. Seorang gadis mendekati Zeldris lalu menutup lubang hidung dan mulut Zeldris dengan menggunakan sehelai kain silver. Zeldris yang tidak mampu melawan, hanya memerhatikan wajah si gadis yang semakin lama semakin kabur. Tidak lama kemudian, Zeldris pengsan di hadapan gadis tersebut...

President: "Bawa dia ke markas, yang lain bersihkan tempat ni. Jangan tinggal satu bukti pun. Bakar mayat mayat tu."

Orang bawahan: "Yess, boss!"

Sesekali mata President iblis itu melihat ke arah Zeldris. Bibirnya tersenyum sinis kerana takjub dengan hasil perlawanan Zeldris dengan beberapa orang bawahannya. Mata President iblis itu bernyala warna ungu kehitaman. Munculnya suatu kesan dalam hatinya mengatakan "Dia mempunyai kemahiran".

P/s - hi yall. Dah lama tak update. So here we go! Sorry. Ayat tunggang-langgang, shhshshsshs.

Btw, aku ada ubah sikit. Dulu aku tulis 'Pengarah Syarikat terkaya di dunia' but now aku tukar jadi 'President organisasi Mafia'.

But still terkaya di dunia and nama organisasinya pon still VOC. Wokey bye!

p/s: Jangan lupa vote (。•́︿•̀。)

[OG] DIARYWhere stories live. Discover now