Ch. 1 : Estarossa (I)

30 10 0
                                    

Bunyi kicauan burung diselangi dengan gelak ketawa pelajar sekolah. Masing-masing saling bergurau senda dan menikmati suasana yang menyeronokkan. Guru-guru juga saling bertukar senyuman riang dan bahagia.

Dalam kalangan orang-orang yang merasai rasa bahagia. Terdapat juga pelajar yang merasa lain daripadanya...

"Senior~
Di sini rupanya awak! Hehehe...
Senior, awak tak boleh lari dari saya.
Tau tak hari ni, hari apa?
Memang tak mengejutkan lagi....
Tapi....
Happy Valentine Day.... Yeay~
Syukurlah hari ni hari sekolah.
Jadi saya boleh berjumpa awak dengan lebih mudah. Tapi tak bermaksud saya tak suka pergi ke rumah awak... hehe."

⊱──────ஓ๑♡๑ஓ─────⊰

"Hm?
Janganlah buat muka macam tu...
Saya gurau je senior~
Saya sangat mencintai senior....
Jadi....
Saya ingin menawarkan awak untuk tinggal bersama saya! Apa kata awak senior??"

⊱──────ஓ๑♡๑ஓ─────⊰

"Saya ambik ianya sebagai tanda setuju, sejak awak tak dapat melihat dan berjalan dengan betul buat masa sekarang...
Mari...
Kita hidup bersama!
Saya sangat menantikannya~"

Estarossa: Norman...... Aku mohon.... lepaskan aku.....

Norman: Shhh..... Senior, saya akan pastikan awak akan mendapatkan hukuman sebaik sahaja balik nanti sebab cuba untuk menolak tawaran ini.... Saya cintakan senior.

"Tak....Takkk!! Semua ini tak betul... Kenapa semua ni terjadi?? Ini... Ini berlaku sebab tu!!!! Aku akan mati... AKU AKAN MATI!!"

FLASHBACK

KKRRRIINNNGGGGGGGGG!!!

Bunyi loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Semua pelajar berdesu menuju ke pintu pagar sekolah. Estarossa diminta waktu oleh Norman untuk membincangkan tentang suatu isu, itulah hari dimana semuanya bermula terjadi.

Bilik kelas mulai kosong, satu demi satu pelajar pulang ke rumah. Kini hanya meninggalkan mereka berdua untuk membahas tentang suatu privasi hidup Norman.

Estarossa: "So, Norman. Apa dia?"

Norman: Senior... SAYA CINTAKAN AWAK!!"

Bamm!! Tanpa ada sebarang ayat pendahuluan, Norman terus mengungkapkan rasa cintanya. Estarossa terdiam seribu bahasa, terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan daripada Norman. Bukan itu sahaja... yang lebih mengejutkan ialah... orang yang baru sahaja mengungkapkan isi hatinya adalah.... seorang lelaki!!!

Estarossa cuba mengawal riaksi mukanya. Masih tidak pasti dengan apa yang difikirkan oleh Norman. Bagaimana, seorang pembuli dapat membuatkan seorang pelajar 'innocent' jatuh hati kepadanya? Gila... ini semua gila.

Estarossa: "Norman, aku rasa kau confused ni. Mungkin kau keliru antara kawan dekat? dengan lover. And lagi satu, kita ni..... laki."

Walau seburuk manapun perangai Estarossa, dia cuba untuk tidak memainkan perasaan orang lain. Kisah hidup keluarganya mengajarkan kepadanya tentang selok belok hal kekeluargaan. (*tibe gitu)

Norman mulai menangis, mukanya ditunduk kebawah, kedua jari tangannya digenggam erat. Kelihatan Norman sangat beremosi selepas mendengar jawapan daripada Estarossa.

Norman: "Tak... Saya tak. Saya yakin ini cinta. Senior! Saya cintakan awak!! Saya inginkan diri awak!! Saya inginkan semuanya dari awak!! Saya... Saya... Saya jatuh cinta dengan awak senior..."

Estarossa menghela nafas berat, dia berasa rimas dengan kata-kata daripada Norman. Estarossa berdiri bersandarkan dinding sambil memerhatikan Norman yang dari tadi mengelap air matanya yang tidak berhenti mengalir.

Estarossa: "Norman...aku terus terang. Semua yang aku cakap sebelum ni macam kau comel, innocent, bijak semua tu. Aku just nak gunakan kau je. Aku tak pernah pun maksudkan dengan apa yang aku cakap tu."

Norman diam. Mukanya masih ditundukkan ke bawah. Estarossa yang sudah habis kehilangan kata-kata, terus mengangkat begnya untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba...

Norman: "AKU TAU!!"

Bamm!! Estarossa tersentak mendengar ucapan Norman. Setahunya, bukan kebiasaan Norman untuk dia menggunakan perkataan 'aku'. Dan... dia tahu?

Norman: "Hahh... Kau fikir aku cukup bodoh untuk tak menyedari itu?"

Bamm!! untuk kali yang ketiga. WTF IS HAPPENING??!!!!

Norman: "Aku cintakan kau, bukan sebab kau puji aku. Aku tau, kau yang bunuh sepasang suami isteri dekat hujung kota sana."

Estarossa mulai cuak. Kematian itu sebenarnya tidak pernah dirancang, pada ketika itu dia dan kawannya cuba untuk menembak dengan menggunakan pistol yang mereka curi untuk kepuasan sendiri. Namun tanpa disedari, peluru pistol itu menuju ke arah sepasang suami isteri yang sedang berjalan diantara bangunan tinggi. Cahaya matahari yang dilindung oleh dinding menyebabkan kawasan itu menjadi gelap tanpa sebarang cahaya. Kejadian itu telah berlaku sebulan yang lalu, disebabkan tahap kemisterian dunia yang terlalu tinggi, kes itu ditutup tanpa sebarang bantahan.

Norman: "Senior tau...? sepasang suami isteri itu sebenarnya adalah keturunan dari keluarga iblis dan cubalah teka!! hehe....."






"Aku anaknya"

p/s: Jangan lupa vote (。•́︿•̀。)

[OG] DIARYDonde viven las historias. Descúbrelo ahora