(Image) Hello there. Siapa cakap I tak mampu pujuk? You jangan sibuk-sibuk pula lepas ni ya? :P - Elliana.

Hardeen melepaskan keluhan. Mesej multimedia yang dihantar Elliana dibaca kosong sebelum anak matanya terpanah kepada raut wajah Tiara yang sibuk melengkapkan sebuah borang. Panggilan daripada Farzana setengah jam lalu masih terngiang-ngiang di telinga. Dia tidak sangka Tiara mengambil jalan ini untuk keluar dari kepompong. Tidakkah gadis itu sedar dunia seni tidak semudah yang difikirkan? Nama Tiara sudah mencanak naik daripada kontroversi percintaan olok-olok mereka berdua, dan dia khuatir gadis itu akan berhadapan dengan prejudis yang lebih dahsyat di hari muka.

Ketenangan diragut pergi. Simbahan lampu isyarat berwarna merah gemerlapan di wajah. Perkara yang sepatutnya tidak perlu dibimbangkan akhirnya sedang galak tertawa. Haru-biru jiwa dibuatnya. Brek tangan diturunkan. Destinasinya sudah berubah. Dia tiada pilihan lain selain mengakui.

"Your payment is ready, here you go."

Sampul coklat berisi lima puluh keping not RM 100 diserahkan kepada gerangan di hadapan. Ucapan terima kasih diterima dengan senang hati. Bibirnya melorek senyuman. Mengingatkan reaksi terpesona peserta-peserta yang mengikuti Akademi Runway Stars, itu sudah cukup menyakinkan Elliana bahawa pilihannya adalah tepat. Dia tidak kisah untuk melaburkan sejumlah wang yang besar untuk gadis ini kerana hasilnya pasti sangat lumayan. Tiara didaftar sebagai peserta eksklusif dan jadual pembelajaran boleh ditetapkan mengikut kelapangan sendiri.

"I berterima kasih sangat pada you. I tahu tak mudah untuk belajar semuanya dari awal, tapi kita sama-sama cuba okey? I akan bimbing you."

Tiara tersenyum. "Boleh I tahu bila hari kejadiannya nanti? That way I can make sure my schedule is clear, and I'll be ready to go when you need me."

"Hujung tahun, mungkin dalam anggaran 27, 28 November hingga 1 or 2 Disember." Jawab Elliana sebelum menaikkan dua jari. Sebelah mata dikenyit. "Kiranya you ada dua bulan lagi untuk bertatih. Venue mungkin di New York, tapi I dengar-dengar mereka nak buat sedikit kelainan tahun ni."

"Oh."

"Jangan risau, modelling tak susah seperti you bayangkan. Jangan tertekan sangat. I tak nak fikiran you mampat dengan negativiti."

Elliana tersenyum. Matanya menangkap satu figura sasa yang memasuki ke dalam studio. Jari dipetik. Anak mata bulat Tiara difokuskan semula. Akalnya menjengah. "I bagi tips. Kalau you nak cepat mahir, you menuntut dengan Hardeen. Dia berbakat. It's easier for you to understand because you guys already have a thing for each other."

"Tiara."

Tiara terperanjat tatkala bahunya disentuh seseorang. Apabila iris bertembung dengan sepasang mata hazel itu, ketenangannya diragut. Terkulat-kulat dia tidak mengerti setelah terlihat jelingan lelaki itu kepada Elliana. Lengannya ditarik berlapik. Kakinya diheret untuk terus melangkah. Pintu studio dilintasi sehingga ke bahagian porch. Sedar akan keadaan yang dimanipulasi, Tiara merentap lengan hingga pautan tangan sasa itu terlepas. Wajah ketat Tuan Hardeen disinari cahaya bulan purnama.

"What's wrong with you?!"

Hardeen menjawab laju. Nadanya serius. "Batalkan kontrak kau dengan Elliana. Now. Tell her you're not interested in continuing."

Tiara tergelak sinis. Bibir separa terbuka manakala kepala ditolehkan ke sisi sebelum diluruskan ke hadapan semula. Dia cuba menghadam situasi yang sedang berlaku. Sungguh dia tidak mengerti dengan tindak-tanduk Tuan Hardeen sekarang ini. Datang macam pelesit, tiba-tiba memaksanya membatalkan kontrak. Gila ke apa?

T I A R AHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin