Telefon yang berada di dalam poket dikeluarkan, skrin telefon yang bercahaya itu memaparkan hari sudah pun pukul sembilan malam. Tanpa menunggu panjang, nombor milik Puan Azzah didail oleh Sahara untuk mengetahui keadaan anaknya di rumah.

"Assalamualaikum, mak cik."

"Waalaikumussalam, Sahara. Kenapa tak balik lagi ni? Sahara dekat mana? Risau tau mak cik dibuatnya."

"Maaf, mak cik. Saya sibuk sangat dekat hotel ini sampai terlupa nak beritahu yang saya kerja lebih masa hari ni. Fiyadh mana mak cik? Dia dah tidur ke?"

"Belum. Dia tengah tengok tv ni. Tadi dia sibuk tanyakan fasal kamu, tapi sekarang dah okay. Kamu nak cakap dengan dia? Kejap ya."

"Mama!" Mendengar suara Fiyadh membuatkan rasa penat Sahara hilang serta merta, senyuman terukir dibibirnya.

"Sayang mama. Mama hari ni balik lambat sikit tau. Fiyadh jangan nakal-nakal."

"Okay, mama! Fiyadh tunggu mama balik ya."

"Fiyadh pergi masuk tidurlah, sayang. Dah lewat dah ni."

"Alah, Fiyadh nak tunggu mama balik."

"Okaylah, tunggu mama ya? Sikit lagi mama balik."

"Yeay! Okay mama. Kerja elok-elok, bye!"

"Bye sayang."

Telefon itu dipandangnya sambil tersenyum, dapat juga dirinya melepaskan rindu pada Fiyadh. Baru sahaja dia hendak menyambung kerja mengemopnya kedengaran suara garau yang berdehem membuatkan dirinya terkejut.

"Curi tulang nampak? Saya baru bercadang nak bagi awak balik awal tapi... macam tak jadi je," tegur Qaisar yang bersandar pada dinding sambil tangannya disilangkan, memerhatikan Sahara dari jauh sebelum dirinya mendekati pekerja wanitanya itu.

"Maaf tuan," jawab Sahara namun tangannya masih tidak berhenti mengemop lantai itu.

"Siapa yang awak call tu? Boyfriend eh? Bersayang-sayang bagai."

Mendengar soalan Qaisar itu membuatkan Sahara rimas, sibuk benar mahu tahu hal peribadinya.

"Kalau saya cakap ya, tuan ada masalah ke?" tanya Sahara menahan rasa geramnya.

"Tak ada."

Sahara tidak membalas, fokusnya hanya pada kerjanya memandangkan dia sudah tidak sabar mahu pulang!

"Awak pergilah balik, dah lewat ni," suruh Qaisar bermurah hati.

"Tak apalah, lagi satu jam je. Alang-alang baik tunggu je," bantah Sahara yang berbaur sindiran, jika mahu beri pelepasan sepatutnya diberi lebih awal!

"Okay, kalau itu yang awak nak. Tapi... cuba awak tengok keadaan sekeliling." Sahara mengikut kehendak Qaisar, suasana hotel itu seakan suram memandangkan sudah tidak ramai lagi penginap mahupun pekerja yang berkeliaran di tingkat tiga itu. Muncul perasaan takut dalam dirinya tanpa disedari.

"Boleh je awak nak kerja satu jam lagi. Saya balik dululah ya. Cuma hati-hati..." Belum sempat Qaisar menghabiskan ayatnya, Sahara terlebih dahulu menyampuk.

"Saya ikut." Sahara cepat-cepat mendekati Qaisar sambil matanya memerhatikan keadaan sekelilingnya.

Qaisar hanya tersenyum sinis, meneruskan langkahnya dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket, berpuas hati apabila taktiknya berjaya membuatkan wanita itu akur dengan pelawaannya.

Sahara terus berjalan menuju ke arah pintu masuk hotel itu untuk pulang memandangkan kerjanya sudah pun selesai.

• • •

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now